BitDefender

From Wikipedia, the free encyclopedia

BitDefender
Remove ads


Bitdefender merupakan syarikat perisian antivirus dan keselamatan maya yang berasal dari Romania.[1] Syarikat ini diasaskan oleh Florin Talpeș pada tahun 2001. Beliau kini merupakan CEO syarikat ini.[2] Bitdefender membangunkan dan memasarkan perisian antivirus, perisian keselamatan Internet, perisian keselamatan endpoint, serta produk dan perkhidmatan keselamatan maya yang lain. Sehingga tahun 2018, perisian-perisian tersebut mempunyai kira-kira 500 juta pengguna di seluruh dunia.[3]

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Industri ...
Remove ads

Sejarah syarikat

Perisian Bitdefender pada asalnya dibangunkan oleh SOFTWIN dan dipasarkan dengan nama AVX (Antivirus Expert) dari tahun 1996 hingga tahun 2001. Pada tahun 2001, namanya telah ditukarkan. Pada tahun 2007, syarikat SOFTWIN telah bertukar kepada Bitdefender.[4]

Produk-produk Bitdefender

Bitdefender membangunkan dan memasarkan produk antivirus, keselamatan Internet, keselamatan endpoint, serta produk dan perkhidmatan keselamatan maya yang lain. Produk tersebut boleh digunakan untuk Microsoft Windows, Symbian OS, Windows Mobile, Mac OS X (beta) dan freeBSD.

Produk untuk pengguna

Perlindungan perkakasan dan peranti Internet oleh Bitdefender dinamakan sebagai Bitdefender BOX. BOX ini merupakan penghala (router) yang direka khas untuk melindungi produk rumah pintar serta perkakasan dan peranti Internet dengan cara menyekat trafik Internet yang berbahaya. Perkhidmatan ini tersedia untuk Windows dan Mac.

Bitdefender menawarkan penyelesaian keselamatan yang berasaskan awan (cloud) dengan kemampuan mencegah perisian hasad, kecurian dan pencerobohan untuk pengguna Android dan iOS yang dinamakan sebagai Bitdefender Mobile Security.

Produk untuk perniagaan

Bagi kegunaan pejabat, syarikat ini memasarkan perkhidmatan Bitdefender GravityZone untuk keselamatan perusahaan. Perkhidmatan ini terdiri daripada kit swa-tatarajah untuk pengaturan dari desktop ke pusat data, dan seterusnya ke awan maya, perisian yang melindungi endpoint berasaskan awan, fizikal mahupun maya, serta perisian yang menggunakan jaringan data perisian hasad untuk sentiasa dikemaskini.[5]

Maklumat lanjut Kegunaan Rumah, Kegunaan Pejabat ...
Remove ads

Teknologi Bitdefender

Bitdefender Antispam NeuNet

Bitdefender Antispam NeuNet,[6] merupakan penapis antispam yang diprogramkan dan diuji oleh Makmal Antispam Bitdefender pada beberapa siri mesej spam, supaya ia dapat mengenal spam yang baharu dengan cara mengesan kesamaan antara mesej-mesej itu dengan mesej yang ia telah diuji.

B-HAVE

Pada bulan Mei 2006, Bitdefender telah membangunkan teknologi baharu, B-HAVE, untuk mengurangkan kebergantungannya pada tandatangan digital virus dengan cara mengesan ancaman yang tidak diketahui secara proaktif. Teknologi ini berasaskan analisis tingkah laku di persekitaran maya.[7]

Kawalan Aktif Virus

Bitdefender telah memperkenalkan Kawalan Virus Aktif (Active Virus Control) pada bulan Ogos 2009. Teknologi ini memantau secara berterusan setiap atur cara (proses tertentu) yang berjalan di komputer sebaik sahaja ia dibuka. Teknologi ini dapat mengesan sebarang tindakan berupa perisian hasad. Setiap tindakan diskorkan, apabila ambangnya dicapai, proses tersebut dilaporkan sebagai berbahaya.

Teknologi FuTON

Pada versi 2014, syarikat ini mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan teknologi baharu yang dinamakan sebagai "Teknologi FuTON", yang dapat meningkatkan kelajuan dan prestasi komputer secara nyata dengan beradaptasi dengan setiap komputer secara beransur-ansur.

Teknologi penapisan kandungan

Teknologi penapisan kandungan telah dibangunkan untuk menapis kandungan Internet mentah. Teknologi ini digunakan dalam perkhidmatan antispam, anti-phishing, penapisan web, imbasan spam dan rangkaian sosial. Perkhidmatan ini juga memudahkan untuk mencipta tandatangan digital untuk mengesan secara proaktif fail berbahaya yang tidak pernah dilihat sebelumnya.

Machine learning

Syarikat ini mengumumkan bahawa perisian Bitdefender menggunakan machine learning berasaskan awan maya untuk mengenal perisian hasad yang baharu, URL berbahaya serta ancaman Internet yang lain dengan cara memproses dan menganalisis data besar untuk mendapatkan corak tingkah laku dan mengesan ancaman lanjut yang akan datang.

Remove ads

Kritikan

Ketidakserasian dengan Asus AiSuite

Perisian Bitdefender adalah tidak serasi dengan Asus AiSuite2 dan Asus AiSuite3, iaitu suite pengoptimuman papan induk (motherboard) bagi perisian yang dipasangkan bersama dengan papan induk Asus, yang mendayakan overclock secara automatik, penalaan kuasa dan kawalan kipas. Bitdefender mengatakan bahawa ketidakserasian itu adalah disebabkan oleh pemacu NDIS Asus (WinpkFilter LightWeight Filter), yang menghalang pemasangan sesetengah fail Bitdefender.[8]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads