IPad (Generasi Pertama)

Apple komputer tablet From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads


iPad (Generasi pertama) adalah komputer tablet, direka dan dipasarkan oleh Apple. Dikeluarkan pada 3 April 2010, ia adalah yang pertama dalam keluarga iPad. Berjalan dengan menggunakan sistem pengendalian iOS, antara muka pengguna dibina dengan mengguna papan sesentuh maya. iPad mempunyai sambungan Wi-Fi dan selular (2G dan 3G).

Fakta Segera Pembangun, Pengilang ...

iPad boleh digunakan untuk memain muzik, menghantar dan menerima e-mel dan melayar laman sesawang. Fungsi lain seperti permainan video, navigasi GPS dan lain-lain boleh digunakan dengan memuat turun perisian dari App Store.

Remove ads

Sejarah

iPad bukanlah komputer tablet pertama oleh Apple. Apple sebelum ini telah memgeluarkan komputer tabletnya, Newton MessagePad pada tahun 1993.[3] Selepas itu, Apple telah membangunkan pelbagai peranti dengan sambungan selular tetapi tidak memasuki pasaran. [4] PDA terakhir Apple ialah MessagePad 2100 yang dihentikan pengeluarannya pada tahun 1998.[5]

Apple memasuki semula pasaran pengkomouteran bergerak dengan memperkenalkan iPhone pada tahun 2007.[6] Kecil daripada iPad dan mempunyai kamera serta iPhone direka untuk menjadi sebuah telefon bimbit. Steve Jobs berkata, Apple membangunkan iPad sebelum membangunkan iPhone.[7]

iPad mula dijual di Amerika Syarikat pada 3 April 2010[1], dan memasuki pasaran Malaysia hampir lapan bulan selepas itu[2]. iPad berjaya menguasai lebih 70% pasaran komputer tablet pada akhir 2010.[8]

Remove ads

Ciri-ciri

Perisian

Pada mulanya iPad menggunakan versi iPhone OS yang telah disesuaikan untuk kegunaan iPad sahaja[9]. Pada 1 September 2010, Apple mengumumkan bahawa iOS 4.2 akan menyokong iPad pada November 2010[10]. Untuk memenuhi kehendak ini, iOS 4.2.1 telah dikeluarkan pada 22 November[11]. iPad didatangkan dengan beberapa aplikasi termasuk Safari, Mel, Foto, Video, iPod, iTunes, App Store, iBooks, Peta, Nota, Kalendar dan Kenalan dengan beberapa daripadanya adalah versi telah diperbaiki daripada aplikasi yang terdapat di iPhone atau Mac.

iPad boleh diselaraskan (sync) dengan iTunes di Mac atau Komputer Windows. Applikasi iWork yang sebelum ini hanya di Mac, dibawa masuk ke iPad dengan aplikasi Pages, Numbers, dan Keynotes yang telah disesuaikan untuk iPad. Walaupun iPad direka bukan untuk menggantikan telefon bimbit, pengguna boleh menggunakan fon kepala atau speaker dan mikrofon terbina-dalam dan menelefon dengan sambungan Wi-Fi atau 3G menggunakan aplikasi VoIP.

Peralatan

iPad dilengkapi dengan skrin sesentuh, paparan hablur kristal 9.7 in (250 mm), 1024 x 768 piksel, berukuran 7.75 in × 5.82 in (197 mm × 148 mm) dengan kaca tahan calar dan cap jari. Paparan ini bertindak balas dengan penderia lain: penderia cahaya sekitar untuk memperbetulkan kecerahan skrin dan meter pecut 3-paksi untuk mengesan orientasi iPad dan menukar antara mod potret dan landskap. Tidak seperti iPod touch dan iPhone hanya menyokong 3 orientasi (potret, landskap-kiri, landskap-kanan), iPad menyokong semua empat orientasi (termasuk terbalik). Berikutan itu, "orientasi asal" boleh dikatakan tiada; hanya posisi relatif dengan butang utama.

Terdapat empat suis fizikal pada iPad, termasuk butang utama berhampiran paparan yang membawa pengguna ke menu utama dan tiga suis di bahagian sisi: tidur/bangkit dan kelantangan (naik/turun), dan juga suis yang dikawal perisian yang fungsinya telah diubah dengan kemaskini perisian. Pada mulanya, suis tersebut mengunci orientasi skrin iPad, tetapi iOS 4.2 menukarkan ia kepada fungsi senyap dengan kunci pusingan terdapat di menu atas skrin. [12] Semasa kemaskini iOS 4.3, tetapan untuk suis tersebut telah ditambah membenarkan pengguna untuk menetapkan fungsi suis tersebut samada untuk mengunci putaran atau senyap.

iPad ini tidak didatangkan dengan kamera.

Aksesori

Apple menawarkan pelbagai aksesori iPad, kebanyakannya menggunakan sambungan dok 30-pin, satu-satunya port iPad selain bicu fon kepala. Pengguna boleh memasang aksesori seperti papan kekunci yang direka khas untuk iPad dengan menyambungkan ke port tersebut.

Walaubagaimanapun, kebanyakan aksesori kini menggunakan sambungan tanpa wayar bluetooth, memberikan kebebasan kepada pengguna. Tetapi, sambungan wayar masih diperlukan untuk mengecas dengan menggunakan pengecas 10W yang disediakan serta beberapa aksesori seperti sambungan keluar video[13] .

Remove ads

Jualan di Malaysia

iPad mula dijual di Malaysia pada 30 November 2010.[2] Harga yang ditawarkan kepada pengguna Malaysia adalah:

Wi-Fi

  • 16GB - RM1549
  • 32GB - RM1849
  • 64GB - RM2149

Wi-Fi + 3G

  • 16GB - RM1999
  • 32GB - RM2299
  • 64GB - RM2499

Tawaran terawal plan data kepada pengguna adalah oleh Maxis tanpa kontrak[2].

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads