Idris Omar
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Haji Idris bin Omar ialah seorang pendakwah dan ahli politik di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Pahang bagi DUN Semantan pada 1999 hingga 2004[1][2].
Remove ads
Latar belakang
Idris dilahirkan pada 18 Oktober 1935 di Kampung Tebal, Seberang Temerloh. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Pondok Jambu Panji, Kota Bharu dan Pondok Guai. Kedua-duanya di Kelantan. Kemudian beliau meyambung pengajian di Kolej Islam Malaya, Klang sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir.[3]
Di Universiti al-Azhar, beliau memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang keluarga dan sarjana dalam usul fiqh.[3]
Kerjaya
Beliau ialah Ketua Pendakwa Syari’e pertama di Bahagian Pendakwaan dan Bahagian Penguatkuasaan di Jabatan Agama Islam Pahang[4][3] dan pernah menganggotai Jawatankuasa Fatwa Pahang.[5] Dalam dunia akademik, beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah, Ketua Jabatan Syariah dan dekan di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)[5]
Remove ads
Politik
Beliau mula aktif dalam PAS sejak 1966. Beliau pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang pada 1999-2004. Selain itu, beliau pernah menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Yang Dipertua PAS Titiwangsa.[6]
Remove ads
Anugerah dan pencapaian
Beliau pernah menerima Anugerah Ummah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang pada 2019.[7]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads