Iskandar

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Iskandar ialah sebuah filem aksi romantik Malaysia 2003 arahan V. Nagaraj yang ditayangkan pada 27 Februari 2003.[1] Filem yang dibintangi aktor berkaliber Awie, Jeslina Hashim, Hetty Sarlene dan Bob Lokman ini menceritakan tentang perhubungan cinta antara jejaka kaya dan wanita biasa serta kehidupan keluarganya yang penuh dengan jenayah.

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Karl Iskandar adalah anak kepada Tan Sri Hisham Al-Bakri. Dia pulang ke tanahair untuk mengambil alih perniagaan ayahnya. Namun, kepulangannya telah membongkar satu komplot pembunuhan seorang jutawan, Vincent Cheah, yang telah dilakukan oleh Ringgo seorang ketua gangster yang beroperasi di Kuala Lumpur. Di sebalik komplot pembunuhan tersebut, Karl Iskandar menemui satu kebenaran yang amat memedihkan. Ternyata, Tan Sri Hisyam Al-Bakri juga terlibat di dalam perniagaan haram dan menjadi dalang di sebalik komplot pembunuhan tersebut.

Remove ads

Pelakon

  • Awie sebagai Karl Iskandar (Main protagonis), Anak kepada Tan Sri Hisyam Bakri, beliau seorang graduan salah sebuah universiti di New York, Amerika Syarikat dan menguruskan cawangan syarikat milik Tan Sri sebelum kembali ke tanah air berikutan tragedi 9/11 dan menjadi CEO syarikat Tan Sri
  • Jeslina Hashim sebagai Amira, Pekerja Kelab Malam yang hidup sebagai anak yatim selepas bapanya dimasukan ke penjara akibat membunuh ibu Amira. Amira kemudian menjadi teman wanita Karl Iskandar
  • Jalaluddin Hassan sebagai Tan Sri Hisham Al-Bakri, Ayah kepada Karl Iskandar dan Sarah serta dalang membunuh Vincent Cheah
  • Bob Lokman sebagai Eddie Gondol, Kawan sekolah kepada Karl Iskandar yang menjual burger jalanan
  • Radhi Khalid sebagai Sawi, Tukang Masak untuk Keluarga Tan Sri Hisyam Al Bakri
  • Aleeza Kasim sebagai Sara Serena, Kakak kepada Karl Iskandar dan anak perempuan kepada Tan Sri Hisyam yang gemar minuman keras disebabkan tekanan hidup
  • Bob Khairul Omar sebagai Ringgo, Ketua samseng (antagonist utama) yang berdendam dengan Tan Sri Hisyam dan Karl Iskandar
  • Farouk Hussain sebagai Man Stering, Pemandu untuk keluarga Tan Sri Hisyam seorang cakap besar dan kelakar
  • Hetty Sarlene sebagai Alissa, Sepupu kepada Karl Iskandar yang pernah menaruh hati kepada beliau
  • Ameng Spring sebagai Mail Komando, Pembunuh upahan dan pengikut Ringgo
  • Accapan sebagai Bos Disko
  • Terry Gallyot sebagai Bud, Pengawal Peribadi Karl Iskandar
  • Maideen sebagai Pak Man
  • Buvanes sebagai Mala
  • Amrizal Ramli sebagai Dato' Mazlan
  • Hamidah Wahab sebagai Puan Sri
  • Nasir Ali sebagai Bapa Amira
Remove ads

Penerbitan

Iskandar diarahkan oleh V. Nagaraj, yang sebelum ini mengarahkan filem Ghazal untuk Rabiah (1997) dan Getaran (2001).[2]

Penyanyi rock Awie diberikan peranan utama; beliau juga berkhidmat sebagai penyelaras lawan. Penyanyi Hetty Sarlene memegang watak Alissa, bakal isteri Iskandar; Iskandar ialah filem sulung lakonannya.[2][3] Hetty, yang dipaksa menghadiri ujibakat oleh ibunya,[4] menyatakan bekerja dengan Awie pada awalnya gentar, namun menghadapinya dengan tenang.[5] Pelakon lain termasuk Jalaluddin Hassan, Farouk Hussain, Bob Lokman, Radhi Khalid, Bob Khairul, Jeslina Hashim dan Aleeza Kasim.[2]

Filem ini menampilkan lagu "Sangsi Asmara",[4] single yang dikeluarkan oleh Hetty pada Oktober 2001.[6]

Keluaran dan sambutan

Iskandar ditayangkan pada 27 Februari 2003 dan menjadi filem Malaysia kedua yang ditayangkan pada 2003. Ia dipasarkan sebagai aksi-komedi.[2]

Meor Shariman, menulis untuk The Malay Mail, yakin bahawa Iskandar lebih baik dari Getaran dan "semua ramuan dalam filem Melayu paling berjaya yang dibuat 10 tahun" sebelumnya, tetapi menyatakan ia kekurangan fokus dan akhirnya menjadi "naskhah kekurangan genre".[2] Di dalam New Straits Times, Sharifah Arfah memberikan ulasan yang hambar, menulis bahawa filem ini "tiada apa-apa selain watak dua dimensi, plot yang suam-suam kuku dan gurauan membingungkan."[3]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads