Ismail Osman

ahli agamawan di Malaysia dan ahli politik berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Ismail Osman ialah seorang ahli agamawan di Malaysia dan ahli politik berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau ialah pengetua Maahad Darul Quran yang berpusat di Kampung Rusila, Terengganu.

Fakta Segera Ustaz HajiS.M.T., Pengetua Maahad Darul Quran, Rusila ...
Remove ads

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan menengah di Maktab Mahmud, Alor Setar (1971-1973) dan Kolej Islam Kelang (1974-1977). Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir), daripada Universiti al-Azhar, Mesir (1978-1983).[1]

Kerjaya

Sebelum menceburi bidang politik, beliau pernah menjawat jawatan Penolong Pengarah di Lembaga Peperiksaan Malaysia (1993-1995), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) (1991-1993) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab (SHOAW) (1984-1988) serta Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Kuching Sarawak (1989-1991). Selepas tewas dalam PRU ke-10 tahun 1999, beliau diamanahkan sebagai Pengarah Unit Pembangunan Insan (UPI) di bawah Pejabat Menteri Besar Terengganu (1999-2004), Pendaftar Kolej Universiti Darul Quran Islamiah, Kuala Terengganu (2006-2015) dan kini sebagai Pengetua Maahad Darul Quran, Rusila, Marang, Terengganu (2019-sekarang).

Remove ads

Politik

Di peringkat parti politik, beliau merupakan Penolong Setiausaha 1 Dewan Ulamak PAS Pusat sejak 2019 [2] dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu juga sejak 2019.[3] Selain itu, beliau pernah menjadi Timbalan Yang Di-Pertua PAS Kawasan Hulu Terengganu (2001-2021), Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu (2013-2019) dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu (2001-2013).

Pilihan raya

Beliau pernah menjadi calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Hulu Terengganu di atas tiket PAS dalam pilihan raya umum Malaysia 1999.[4] Beliau tewas dengan majoriti 125 undi setelah mendapat 4,188 undi berbanding lawannya Rosol Wahid daripada UMNO yang mendapat 4,313 undi.[5]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads