Menteri Besar Terengganu
rencana senarai Wikimedia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Menteri Besar Terengganu ialah jawatan ketua kerajaan bagi negeri Terengganu. Semasa Terengganu di bawah pemerintahan mutlak, Menteri Besar dilantik oleh Sultan Terengganu. Semenjak pengisytiharan kemerdekaan Malaysia (ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu) dan pilihan raya pertama, Menteri Besar merupakan ahli Dewan Undangan Negeri.
Remove ads
Senarai Menteri Besar Terengganu
Berikut merupakan senarai Menteri Besar Terengganu semenjak 1925:[1]
Kunci warna (untuk parti politik):
BEBAS
Barisan Alternatif
Perikatan/BN
PAS/Gagasan Sejahtera
PN
Remove ads
Kontroversi
Kontroversi berlaku apabila Dato' Seri Haji Ahmad bin Said dikatakan akan ditamatkan perkhidmatannya oleh Kerajaan Persekutuan selepas kontrak sebagai Menteri Besar selama 2 tahun telah tamat. Sebelum ini, Ahmad Said enggan mengulas mengenai perkara tersebut[2], tetapi pada 12 Mei 2014, rakyat negeri Terengganu dikejutkan dengan berita Ahmad Said meletak jawatan sebagai Menteri Besar sekaligus menghantar surat keluar parti kepada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor bersama-sama dengan ADUN Ajil, Ghazali bin Taib berkuatkuasa serta merta.[3], [4]
Perkara tersebut menyebabkan kerusi yang dipegang oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjadi sama iaitu masing-masing 15 kerusi dan 2 lagi dipegang oleh ADUN Bebas. Ahmad Said dan Ghazali Taib bagaimanpun telah menyertai semula UMNO selepas beberapa hari dan keadaan itu menjamin kedudukan Ahmad Razif untuk kekal mentadbir kerajaan negeri.
Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada malam 12 Mei 2014. Dan pada 10 Mei 2018, Ahmad Samsuri Mokhtar telah menggantikan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar Terengganu.
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads