Isyarat Cinta

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Isyarat Cinta merupakan sebuah filem drama Malaysia 2015 arahan dan skrip oleh Bade Hj. Azmi. Dibintangi oleh Liyana Jasmay, Fizo Omar dan Adi Putra, filem ini ditayangkan pada 19 Mac 2015.[1][2]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Plot

Mengisahkan cinta pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) antara pasangan buta dan pekak. Iskandar (Adi Putra) merupakan seorang jejaka yang mengalami cacat pendengaran, manakala pasangannya pula Dhia (Liyana Jasmay) seorang gadis buta.

Hubungan mereka terjalin ketika Iskandar cuba menyelamatkan Dhia dalam satu kemalangan. Ariel (Fizo Omar) bertindak sebagai orang tengah dalam menghubungkan kedua-dua mereka kerana masalah kecacatan yang mereka alami. Namun, dalam masa yang sama Ariel turut mempunyai perasaan terhadap Dhia yang akhirnya menimbulkan konflik selepas itu.

Adakah cinta Dhia dan Iskandar bakal bersatu? Bagaimana dengan perasaan istimewa Ariel terhadap Dhia? Berjayakah Ariel menambat hati Dhia? Siapakah jejaka pilihan hati Dhia sebagai teman hidup?

Remove ads

Pelakon

Penerbitan

Isyarat Cinta diarahkan oleh Bade Hj. Azmi dengan Rosyam Nor berkhidmat sebagai penerbit untuk RK Screens, Skop Productions mengendalikan urusan pengedaran. Liyana Jasmay yang sebelum ini berlakon dalam beberapa filem arahan Bade, memegang watak sebagai Dhia, seorang gadis yang cacat penglihatan.[3] Liyana, Fizo Omar dan Ady Putra mengikuti kelas bahasa isyarat bagi menghidupkan watak masing-masing.[4]

Keluaran dan sambutan

Isyarat Cinta dikeluarkan pada 19 Mac 2015 di pawagam seluruh Malaysia. Majlis tayangan amal filem ini diadakan di Cathay Cineplex, Damansara, Selangor dan telah meraih kutipan sebanyak RM100,000.[5][6]

Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online mempunyai pandangan skeptikal terhadap filem ini, terutama dari segi garapan, beliau menulis: "…sebuah filem cinta yang matang dan saya harus akui bahawa hati saya tersentuh sehingga bergenang air mata menonton filem ini terutama pada babak akhir."[1] Aqmar Mustaza dari Sinar Harian mengulas: "tidak seperti filem tempatan lain yang mula hilang ciri-ciri sebuah filem, Isyarat Cinta mengembalikan nostalgia anda terhadap sebuah filem romantis yang sebenar."[7]

Menurut portal web Rotikaya, Isyarat Cinta tidak ditayangkan di Astro First.[8]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads