Izwan Azir Saleh

Penyampai berita, wartawan penyiaran, pengacara televisyen dan penyampai radio Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Izwan Azir Saleh
Remove ads

Mohd Izwan Azir Haji Mohad Saleh atau lebih dikenali sebagai Izwan Azir Saleh (lahir 15 Disember 1980) merupakan seorang bekas penyampai berita TV3 dan juga bekas wartawan kanan di stesen TV itu. Selain Buletin Utama, Izwan turut diberi kepercayaan untuk menjadi hos siaran untuk beberapa program lain seperti Malaysia Hari Ini (MHI), Soal Jawab, Pembentangan Bajet, dan program pilihanraya 'Mandat'. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Kemanusiaan dengan membuat pengkhususan dalam bidang Komunikasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2005. Memulakan kerjayanya sebagai Penyampai Berita sambilan di TV3 pada 2003, beliau diserap sebagai wartawan sepenuh masa setelah bergraduasi dan telah membuat liputan penting termasuk peristiwa MH370 dan MH17 pada 2014. Beliau meletak jawatan pada 2 Julai 2018 setelah 16 tahun berkhidmat di TV3. Pada awal Januari 2021 beliau kembali menjadi pengacara di ntv7 dalam program Soal Drama. Pada Oktober 2020 hingga Jun 2023, Izwan memulakan tugas sebagai Penyiar Radio, di Buletin FM 'Suara Semasa' yang juga dimiliki Media Prima. Izwan mengendalikan 'Fokus Pagi' setiap Isnin - Jumaat, 6 - 10 pagi. Pada 2023, Izwan diterima masuk ke SelangorTV, sebuah saluran TV dalam talian kendalian Media Selangor yang dimiliki kerajaan Negeri Selangor dan bertindak sebagai seorang Konsultan (Projek Khas)

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Filemografi

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Radiografi

Radio

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads