Klang
Bandar Diraja Selangor From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Klang ( Jawi: کلڠ) dahulunya dikenali sebagai Kelang merupakan Bandaraya DiRaja, bandar terbesar Selangor, bandar sekolah menengah persendirian dan sebuah daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bandar ini pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum wujudnya Kuala Lumpur dan Shah Alam. Ia terletak kira-kira 32 km di barat Kuala Lumpur dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selangor.
Klang bersempadan dengan daerah Petaling di sebelah timur, daerah Kuala Langat di sebelah selatan manakala Kuala Selangor di sebelah utaranya. Di sebelah baratnya pula merupakan Selat Melaka.
Daerah Klang terdiri dari dua jajahan perbandaran iaitu Majlis Bandaraya Diraja Klang (dulu dikenali sebagai Majlis Perbandaran Klang) dan Majlis Bandaraya Shah Alam.
Bilangan sekolah menengah Cina persendirian paling banyak turut terletak di Klang. Terdapat 4 buah sekolah persendirian didirikan di Klang ini. Komuter Malaysia juga yang pertama sekali tiba di Klang dan di seluruh Malaysia.
Remove ads
Asal-usul nama Klang اصل-اصول نام كلاڠ
Terdapat banyak versi tentang asal usul nama Klang diantaranya:
- Sejarah penubuhan Klang dipercayai lebih awal dari sejarah penubuhan Melaka. Klang dipercayai adalah sebahagian dari jajahan takhluk kerajaan Srivijaya dan Majapahit. Perkataan Klang dipercayai berasal dari perkataan bahasa Asli, rumpun bahasa Mon-Khmer atau bahasa Austro-Asia iaitu "Klong".[2] Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang dikemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang. Charles A. Fishr pula berpendapat "Klang" itu bermaksud "terusan" atau jalan air. Pendapat ini dipersetujui di mana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai seperti Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg Kapar Indah, Sg. Agas, Sg. Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan Sg. Putus. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini. Klang menjadi penting hanya selepas Kuala Selangor merosot khususnya selepas kemangkatan Sultan Muhammad (1826-1857). Sehinggalah pada tahun 1875, Klang di pilih sebagai ibu kota Negeri Selangor sebelum ditukar kepada Kuala Lumpur pada 1880. Pada tahun 1886, Klang merupakan sebuah tempat yang cantik dan bersih.[3]
- Bandar Klang mendapat namanya dari istilah bahasa Langkasuka iaitu "klang" yang bererti 'tempat yang terletak di tengah-tengah’. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, Sultan Kedah yang bernama Sultan Mahmud Shah II, Kedah (1506-1546) iaitu Sultan Kedah yang ke-10, baginda mula menerbitkan matawang baru yang diberi nama Tera, Pitis, Kupang (Kepeng), Jempal dan Rial. Baginda dari Kota Siputih (kini Kota Seputeh) telah melakukan kunjung hormat ke istana Melaka yang waktu itu yang diperintah oleh Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Di tengah perjalanan, baginda telah menemui sebuah pelabuhan yang terletak di antara negeri Kedah dan Melaka. Pelabuhan tersebut dipanggil sebagai Klang. Nama tersebut kekal digunakan hingga ke hari ini.
Remove ads
Sejarah

Siasatan arkeologi pada abad ke-20 menemui tiga buah genta purba serupa yang ditemukan dalam tapak arkeologi budaya Dong Son di Vietnam, dan bertarikh sekitar abad ketiga SM. Selain itu, tinggalan perkakasan besi purba juga ditemui di kawasan Klang. Walaupun begitu, sejarah terperinci masyarakat purba di Klang tidak dapat diperincikan dengan lengkap berikutan kekurangan bukti.[4]
- 1850 - Sultan Selangor menyerahkan Lembah Klang kepada Raja Abdullah
- 1867 - 1874 Perang Kelang
- 1880 - 1889 Ibu negeri Selangor sebelum Kuala Lumpur
- 1974 - 1977 Ibu negeri Selangor sebelum Shah Alam
- 1977 - Majlis Perbandaran Klang ditubuhkan
Remove ads
Tempat-tempat menarik
Tempat-tempat menarik di bandar ini ialah Istana Alam Shah, Tugu Kris (Jalan Tengku Kelana berhampiran bulatan simpang lima), Masjid Sultan Sulaiman (bersebelahan Istana Negeri), Stesen Keretapi Klang, Jalan Tengku Kelana (Little India), Taman Pengkalan Batu (Taman Persisiran Sungai), Kota Raja Mahadi, Gedung raja Abdullah(muzium), Bangunan Sultan Sulaiman, Masjid India Muslim, Tokong Qin Liang, Kuil Sri Sundaraja Perumal, Tokong Kwan Yin, Pelabuhan Klang, Kelab Kapal Layar Diraja Selangor, Taman Burung Unta, Pulau Carey, Pulau Ketam dan juga Tokong Dong Zen. Kawasan perumahan utama yang menjadi tumpuan kegiatan ekonomi adalah Bandar Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas, Bandar Botanic, Aman Perdana, Canary Garden (hampir siap), One Kesas (dalam pembinaan), Sazean Business Park (dalam pembinaan), Gravit8 (dalam pembinaan) dan Bukit Raja. Tanjung Harapan tempat paling popular untuk menikmati keindahan laut serta makanan laut.
Politik
Senarai Wakil Rakyat di dalam daerah Klang, Selangor.
Ahli Parlimen
- Ahli Parlimen Kapar
- YB Dr. Halimah Ali
- Ahli Parlimen Klang
- YB Tuan Ganabatirau Veraman
- Ahli Parlimen Kota Raja
- YB Datuk Seri Mohamad Sabu
Ahli Dewan Negeri (ADN)
- ADN Meru
- YB Puan Mariam Abdul Rashid
- ADN Sementa
- YB Tuan Najhan Salleh
- ADN Selat Klang
- YB Datuk Abdul Rashid Asari
- ADN Bandar Baru Klang
- YB Tuan Dr. Quah Perng Fei
- ADN Pelabuhan Klang
- YB Tuan Azmizam Zaman Huri
- ADN Pandamaran
- YB Tuan Leong Tuck Chee
- ADN Sentosa
- YB Tuan Gunarajah George
- ADN Sungai Kandis
- YB Tuan Wan Dzahanurin Ahmad
- ADN Kota Kemuning
- YB Tuan Preakas Sampunathan
Remove ads
Demografik
Berikut adalah statistik bancian penduduk Klang. Jumlah dari tahun 1957 dan 1970 diambil sebelum Klang diseragamkan dan status Bumiputera digunakan sebagai satu kategori. Jumlah dari tahun 2010 pula diambil dari Majlis Perbandaran Klang.
Jenayah
Terdapat beberapa kumpulan geng jenayah yang beroperasi di Klang.[7][8] Contohnya dalam kalangan masyarakat Cina, terdapat kumpulan geng Ang Bin Hoey dari Gang 21 yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Terdapat juga Gang 24, Geng 36 dan lain-lain.[9]
Remove ads
Pengangkutan awam dan kemudahan
Klang mempunyai lima stesen komuter yang menghubungkan Laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim bagi sistem Komuter KTM, iaitu Stesen Komuter Bukit Badak, Stesen Komuter Kampung Raja Uda, Stesen Komuter Klang, Stesen Komuter Teluk Pulai dan Stesen Komuter Teluk Gadong.
Jambatan Ketiga Klang bernilai RM199 juta dan dibuka pada bulan Mei 2017, dan melengkapkan dua jambatan lain yang terdapat di Klang yang menghubungkan Klang Utara dan Klang Selatan.[10] Menjelang Ogos tahun 2020, Klang juga akan dihubungkan dengan landasan kereta api LRT 3 yang bernilai RM 9 bilion.
Remove ads
Infrastruktur dan pembangunan
Senarai hospital dan pusat perubatan
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Jalan Langat
- Bukit Tinggi Medical Centre, Bandar Bukit Tinggi
- Hospital Pantai Klang, Persiaran Raja Muda Musa, Port Klang
- Pusat Perubatan Sri Kota, Jalan Mohet
- Pusat Perubatan Pakar KO Specialist, Jalan Goh Hock Huat
- KPJ Klang, Bandar Baru Klang
- Hospital Bersalin Metro, Jalan Pasar
- Hospital Pakar Sentosa
- Hospital Bersalin Razif, Taman Sri Andalas
- Hospital Columbia Asia, Bandar Bukit Raja
- Klinik Kesihatan Bandar Botanic (Hospital kesihatan kerajaan)
Senarai kompleks membeli-belah

- Pusat Membeli-Belah ÆON Bukit Tinggi (Bandar Bukit Tinggi)
- Pusat Membeli-Belah ÆON Bukit Raja (Bandar Baru Klang)
- Pasar Borong ÆON (Jalan Kapar)
- Pusat Membeli-Belah Big (TUNE) Mall (sebelum ini dikenali sebagai Harbour Place Shopping Mall) (Persiaran Raja Muda Musa)
- Centro Mall
- Pasaraya Besar Giant (Bandar Bukit Tinggi, Klang Sentral)
- GM Klang (Bandar Botanic) – Terkenal dalam perjualan secara borong
- KSL City Mall @ Klang (Bandar Bestari) – dirancang, dan akan menjadi pusat-membeli terbesar di Bandar Klang.[11]
- Shaw Centrepoint (Bandar Klang)
- Tesco Extra (Bandar Bukit Tinggi)
Remove ads
Makanan
Makanan Melayu
Tempat makanan yang terkenal di Klang adalah "Emporium Makan". Ia terletak di tengah-tengah pusat bandar, bertentangan dengan Pasar Jawa dan bersebelahan Jambatan Kota. Salah satu gerai popular "Emporium Makan" adalah "Lontong Klang". Ia menyajikan hidangan yang tidak dapat dilupakan seperti lontong dan nasi lemak sambal sotong. Tempat ini dikunjungi oleh semua kaum, Melayu, Cina dan India, dan masih dibuka sehingga kini.
Makanan India
Klang tidak lengkap tanpa restoran India kerana Klang mempunyai salah satu restoran India terbaik di negeri ini. Nasi daun pisang, ayam, kambing, Nasi Briyani, Ayam Tandoori, Idiyappam, Idli adalah sebahagian makanan yang boleh didapati pada waktu tengah hari dan malam di Klang.
Makanan Cina
Klang terkenal dengan Bak Kut Teh (Bahasa Cina Pinyin: Ròu Gŭ Chá), iaitu sup herba yang menggunakan tulang rusuk babi dan tenderloin. Hidangan ini dianggap berasal dari Klang.[12] Bak Kut Teh terkenal di pelbagai lokasi termasuk Taman Intan (sebelum ini dikenali sebagai Taman Rashna), Teluk Pulai, Jalan Kereta Api dan Pandamaran.
Terdapat pelbagai makanan di Klang yang menyajikan masakan tempatan. Di Taman Eng Ann, terdapat pelbagai makanan ringan seperti adalah Chee Cheong Fun, Yong Tau Foo, Popia, minuman herbal Lin Zhi Kang, termasuk rojak dan cendol.
Makanan laut
Kawasan pantai dan pulau-pulau berhampiran Pelabuhan Klang juga terkenal dengan makanan laut mereka, seperti Pulau Ketam, Bagan Hailam,[13] Teluk Gong,[14] Pandamaran dan Tanjung Harapan.[15]
Remove ads
Pendidikan
Senarai sekolah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Istana
- Sekolah Menengah Kebangsaan Meru
- Sekolah Kebangsaan Klang
- Sekolah Kebangsaan Telok Menegon
- KAFAI Telok Menegon
- Sekolah Menengah Kebangsaan Shahbandaraya
- Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa
- Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Klang Utama
- Sekolah Kebangsaan Taman Klang Utama
- Sekolah Agama Rendah Batu 4 Jalan Kapar
- Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning
- Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2
- Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun
- Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas
- Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah
- Sekolah Kebangsaan Pulau Indah
- Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang
- Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Klang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Klang
- Sekolah Kebangsaan Convent (1) (M)
- Sekolah Kebangsaan Convent (2) (M)
- Sekolah Kebangsaan Batu Belah
- Sekolah Kebangsaan Sungai Udang
- Sekolah Kebangsaan Telok Gadong
- Sekolah Kebangsaan Telok Pulai
- Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hamzah
- Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah
- Sekolah Kebangsaan Simpang Lima
- Kolej Islam Sultan Alam Shah
- Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin
- Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sungai Bertih
- Sekolah Agama Menengah Nurul Iman
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Kwang Hua
- Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (Acs), Klang
- Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah
- Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bukit Kuda
- Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda
- Sekolah Kebangsaan (P) Bukit Kuda
∗ Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi
- Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Kapar
- Sek. Keb. Kg. Pendamar, 41200 Klang
- KAFAI Kg Pendamar
- Sekolah Kebangsaan (1) Jalan Batu Tiga,klang
- Sekolah Kebangsaan Batu Unjur
- Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Unjur
Remove ads
Hubungan antarabangsa
Bandar bersaudara
Klang mempunyai dua bandar bersaudara
|
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads