Jamalul Kiram III

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Jamalul D. Kiram III (lahir pada 16 Julai 1938 di Maimbung, Sulu; memerintah 1974 - 1981, 2012 - 2013; meninggal 20 Oktober 2013[1] di Bandar Quezon, Filipina) adalah salah seorang penuntut takhta Kesultanan Sulu di Sulu, selatan Filipina ketika era Marcos. Dia juga merupakan seorang calon bagi senator dalam Pilihan Raya Filipina 2007.[2] Dengan persaraannya, hak pewarisan kesultanan telah dipertikaikan di kalangan waris seperti Mohammad Akijal Atti. Pertikaian mengenai hak pewarisan berakhir pada November 11, 2012 apabila semua pihak yang menuntut dari keluarga Kiram bertemu bersama-sama di Sulu, menamatkan persengketaan panjang sedekad mereka.[perlu rujukan] Selepas mesyuarat keluarga, Jamalul Kiram III sekali lagi menjadi de facto sultan bersama Ismael Kiram II. Beliau juga mengisytiharkan Rajah Mudah Agbimuddin Kiram sebagai "putera mahkota".[3]

Fakta Segera Lahir, Meninggal ...

Pada Februari 2013, sekumpulan pengikutnya yang diketuai adiknya Agbimuddin Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Remove ads

Biografi

Kematian

Pada 20 Oktober 2013 Kiram III mati akibat kegagalan organ; ketua pengganas meninggalkan delapan putera-puteri dengan dua permaisuri. ketua pengganas mewasiatkan mayatnya untuk ditanam di ibu kota Kesultanan di Maimbung, Sulu..[4] Banyak tokoh-tokoh politik memberikan penghormatan terakhir mereka kepada ketua pengganas termasuk gabenor Daerah Autonomi Muslim Mindanao, Mujiv Sabbihi Hataman dan wakil gabenor Sulu, Abdusakur Mahail Tan,[5] Mantan Wanita Pertama Filipina, Imelda Marcos,[6] serta dari pihak Istana Malacanang mewakili Presiden Filipina semasa.[7]

Polis Diraja Malaysia di Sabah menyatakan bahawa mereka "akan terus waspada terhadap gangguan apapun."[8] Abraham Idjirani, salah seorang jurubicara kerabat diraja menegaskan bahawa kerabar diraja Kiram di Sulu akan meneruskan penuntutan kedaulatan mereka ke atas Sabah sepertimana yang sentiasa dilakukan pada zaman bapanya.[9]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads