Tuntutan Sabah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tuntutan Sabah
Remove ads

Pertikaian Sabah, tuntutan [ke atas] Sabah (Sabah dispute) ataupun tuntutan [ke atas] Borneo Utara (bahasa Inggeris: North Borneo dispute) merujuk kepada tuntutan ke atas bahagian timur laut Sabah di Malaysia oleh Filipina. Sabah sebelum ini dikenali sebagai Borneo Utara sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963.

Thumb
  Wilayah yang dinyatakan dalam Perjanjian 1878 - Dari Sungai Pandasan di Barat Laut sehingga ke Sungai Sebuku di selatan.[1]

Pihak Filipina yang menggelar dirinya sebagai entiti penyambung kepada Kesultanan menegaskan bahawa timur Sabah sepatutnya termasuk dalam wilayah negaranya, atas alasan bahawa wilayah itu hanya disewakan kepada Syarikat Borneo Utara British pada kurun ke-19 dan selanjutnya tidak pernah melepaskan hak kedaulatan Sulu itu.[2] Walau bagaimanapun, pertikaian terhadap Sabah dilihat semakin sepi dan tidak dibangkitkan secara serius oleh pemerintah Filipina lagi. Sementara itu, pihak Malaysia tidak menganggap pertikaian ini suatu permasalahan besar kerana menganggap bahawa kandungan perjanjian yang dipersetujui pada 1878 itu adalah berbentuk penyerahan wilayah.[3] Bahkan, Malaysia juga menegaskan bahawa rakyat wilayah Sabah termasuk pantai timurnya telah menunaikan hak menentukan kedaulatan dan status politik sendiri dengan memilih untuk bergabung membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.[4]

Remove ads

Perjanjian 1878

Thumb
Geran Sultan Sulu ke atas tanah taklukan baginda dari Sungai Pandasan ke Sungai Sebuku di tanah besar pulau Borneo

Tuntutan ini boleh dikatakan berpunca utamanya daripada perjanjian yang ditandatangani pada 22 haribulan Januari 1878 di antara pihak-pihak Kesultanan Sulu diwakili Sultan Jamalul Alam dan Syarikat Borneo Utara British diwakili Alfred Dent dan Gustav von Overbeck. Perjanjian ini menetapkan bahawa Borneo Utara sama ada diserahkan atau disewakan (berrgantung kepada versi terjemahan mana yang digunakan) kepada pihak Syarikat British dengan bayaran sebanyak 5,000 dolar Malaya setahun,[5][6] selain juga melantik Dent dan Overbeck sebagai Dato Bendahara dan Raja Sandakan.

Kandungan asal perjanjian yang dimaktubkan dalam Bahasa Melayu tulisan Jawi adalah seperti berikut:

Maklumat lanjut Perjanjian asal yang ditulis dengan tulisan Jawi, Kandungan perjanjian dalam tulisan Rumi ...

Ungkapan utama yang dipertikaikan antara kedua-dua pihak adalah seperti berikut:

"...sudah kuredhai pajakkan dengan keredhaan dan kesukaan kita sendiri kepada tuan Gustavus Baron von Overbeck yang tinggal dalam negeri Hong Kong dan kepada Alfred Dent Esquire yang tinggal dalam negeri London... sampai selama-lamanya sekalian perintah dan kuasa yang kita punya yang takluk kepada kita di tanah besar Pulau Borneo dari Sungai Pandasan di sebelah barat sampai sepanjang semua tanah di pantai sebelah timur sejauh Sungai Sebuku di sebelah selatan."[7][8]

...dan;

tiadalah boleh sekali-sekali kuasa dan perintah yang dikeredhai dalam pajakan ini diberi atau ditukarkan kepada lain bangsa atau kompeni daripada bangsa asing kalau tiada dengan keredhaan perintah bawah duli Queen terlebih dahulu.[9]

Kata kunci yang menjadi permasalahan dalam perjanjian tersebut adalah istilah pajakkan, yang mempunyai tafsiran berbeza-beza:

  • bahasa Melayu sebagai bahasa perjanjian memberi takrifan pajakkan sebagai "gadaikan" atau "sewakan", di mana wilayah tersebut pada hakikatnya digadaikan dengan sejumlah wang yang dibayarkan secara tahunan dan pihak kesultanan harus membayar kembali dari nilai wang yang diberikan untuk menuntut wilayahnya kembali;[10] selama-lama pula menandakan bahawa perjanjian tersebut akan laku kuatkuasa selama pemerintahan sultan-sultan berikutnya.
  • ahli bahasa Sepanyol pada tahun 1878 dan dua ahli antropologi asal Amerika Syarikat H. Otley Beyer dan Harold Conklin pada tahun 1946 mentafsirkan ia hampir sama sebagai "sewa" (arrendamiento, lease).[11][12][13]
  • Pihak British menggunakan terjemahan dari sejarawan Najeeb Mitry Saleeby pada tahun 1908 serta William George Maxweel dan Wiliam Summer Gibson pada tahun 1924, yang mengertikan kata pajakkan sebagai "menganugerah dan menyerahkan" (grant and cede).[14][15]
  • Kandungan perjanjian asal menetapkan bahawa kuasa pemindahan hak milik tanah yang dipajak/diserah itu adalah tertakluk sepenuhnya kepada Duli Queen iaitu Ratu Britain sahaja, manakala dalam terjemahan ke Bahasa Sepanyol, kuasa tunggal Ratu Britain ini dikaburkan sambil kata putus dikatakan terserah kepada para Raja-Raja.

Selama masa penjajahan British di Borneo Utara, penjajah British meneruskan pembayaran tahunan kepada Sultan Sulu dan para waris takhta baginda yang terlampir dalam nota pembayaran sebagai "wang serahan" (cession money).[16] Dalam sebuah sidang perjumpaan di London tahun 1961 antara wakil-wakil pemerintah Filipina dan British untuk membincangkan tuntutan Filipina atas Borneo Utara, pihak British memberitahukan kepada anggota kongres Filipina Jovito Salonga bahawa kata-kata "wang serahan" dalam nota pembayaran tidak dibantah atau disanggah oleh Sultan Sulu dan waris baginda.[17]

Dalam pertemuan Mafilindo pada tahun 1963 antara kerajaan Filipina, Indonesia, dan Malaysia, pemerintah Filipina menyampaikan bahawa Sultan Sulu meminta pembayaran sejumlah RM5,000 daripada kerajaan Malaysia.[18] Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Tunku Abdul Rahman, mengatakan bahawa beliau akan kembali ke Kuala Lumpur untuk mengurus permintaan tersebut.[18] Sejak saat itu, Kedutaan Besar Malaysia di Manila telah membayarkan cek sejumlah RM5,300 (bersamaan USD1,710 atau sekitar PHP77,000) kepada penguasa undang-undang pewaris takhta Kesultanan Sulu;[19] pembayaran ini diteruskan sehingga ia dihentikan sejak tahun 2013 apabila berlakunya pencerobohan ke wilayah Sabah oleh pengikut-pengikut seorang yang mengakui waris kepada Kesultanan Sulu.[19] Pemerintah Malaysia menganggap bahawa jumlah yang dibayar setiap tahunnya adalah pembayaran untuk penyerahan wilayah, sedangkan pihak keluarga keturunan sultan menganggapnya sebagai biaya sewa.[20]

Surat kuasa sebagai Datu Bendahara dan Raja Sandakan 1878

Thumb
Kiri: Surat kuasa pertama yang ditandatangani Sultan Brunei iaitu Sultan Abdul Momin pada 29 Disember 1877, melantik Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah, Rajah Gaya and Sandakan.[21]
Kanan: Surat kuasa kedua yang ditandatangani Sultan Sulu iaitu Sultan Jamal ul-Azam of Sulu pada 22 Januari 1878 yang juga melantik Baron de Overbeck sebagai Dato Bendahara and Raja Sandakan, kira-kira tiga minggu setelah perjanjian pertama dimaktubkan.[22][23][24]

Di samping geran yang diberikan Sultan Sulu ke atas jajahan dan taklukannya di tanah besar Pulau Borneo, satu lagi perjanjian ditandatangani pada hari yang sama untuk melantik Baron de Overbeck sebagai kepala dan wali yang mempunyai kuasa mutlak ke atas penduduk-penduduk dan harta benda di tanah yang dianugerahi tersebut.[25][26][27]

Surat dan lantikan kuasa ini bertindih dengan surat kuasa lain yang ditandatangani oleh Sultan Brunei Sultan Abdul Momin pada 29 Disember 1877 yang kandungannya menetapkan Baron de Overbeck sebagai "Maharaja Sabah", "Rajah Gaya dan Sandakan". Perjanjian ini juga memberikan Overbeck wilayah Paitan sampai ke Sungai Sibuku sehinggakan kawasan tersebut bertindih dengan wilayah yang diakui taklukan Kesultanan Sulu di Sabah.[28] Ini menunjukkan bahawa pada tahun 1877 sekalipun, Kesultanan Brunei masih menganggap dan mempertahankan bahawa wilayah tersebut berada dalam kekuasaan mereka dan tidak pernah diberi kepada Kesultanan Sulu pada abad ke-17.[29]

Remove ads

Protokol Madrid 1885

Pada 22 Julai 1878, Sultan Sulu melucutkan sepenuhnya hak kedaulatan ke atas jajahan dan taklukan miliknya dan diserahkan sepenuhnya kepada Sepanyol, yang termaktub dalam perjanjian bertajuk "Dasar-dasar Pendamaian dan Penyerahan" antara Sultan Sulu dah Raja Sepanyol di Jolo. Sultan Sulu menitahkan tanpa syarat bahawa Sepanyol berhak sepenuhnya ke atas Kepulauan Sulu dan segala jajahan dan taklukannya.[30][31]

Pada tahun 1885 pula, United Kingdom, Jerman dan Sepanyol menandatangani Protokol Madrid yang mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke atas Kepulauan Sulu serta sebagaimana juga had pengaruh Sepanyol di rantau ini. Di bawah perjanjian itu, Sepanyol melepaskan semua tuntutannya ke atas Borneo.[32]

Remove ads

Pengesahan Penyerahan Pulau-pulau berkenaan 1903

Thumb
Perjanjian pengesahan penyerahan Pulau-pulau berkenaan pada tahun 1903, ditulis dalam tulisan Jawi dan Rumi."

Pada 22 haribulan April 1903, waris Sultan Jamalul Alam iaitu Sultan Jamalul Kiram II menandatangani sebuah perjanjian yang bernama "Pengesahan Penyerahan Pulau-pulau berkenaan". Dalam perjanjian itu, baginda menyerahkan seberapa pulau tambahan selain yang telah dinyatakan dalam perjanjian 1878 yang berada di sekeliling tanah besar Borneo antara Pulau Banggi dan Teluk Sibuku, kepada Syarikat British Borneo Utara.[33]

Di dalam perjanjian tersebut, istilah "pajakkan" yang takrifannya meragukan tidak lagi digunakan, sebaliknya frasa kita telah keredhai menyerahkan kepada pemerintah British North Borneo digunakan dalam perjanjian 1903 sedikit sebanyak menjelaskan pemahaman pihak sultan berkenaan maksud perjanjian yang lebih awal pada 1878 itu.[34]

Maka, perjanjian pengesahan 1903 mengumumkan antara kedua-dua pihak bahawa pulau-pulau yang disebut dalam perjanjian itu termasuk dalam penyerahan daerah-daerah dan pulau-pulau yang dinyatakan dalam perjanjian 22 Januari 1878. Bayaran asal sebanyak 5000 Dolar Malaya setahun itu dinaikkan kepada 5300 Dolar Malaya setahun, manakala tunggakan 3,200 dolar Malaya dijelaskan sekaligus atas penjajahan ke pulau-pulau tersebut sebelum 1903[35][36][37]

Pencerobohan Pantai Timur Sabah

Pada 11 Februari 2013, telah berlaku satu pencerobohan di bahagian timur Sabah oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai pengikut Jamalul Kiram III. Kehadiran mereka adalah disebabkan ingin menuntut pengiktirafan kedaulatan ke atas Sabah dan hak untuk selama-lamanya tinggal di negeri ini.[38] Namun, perlakuan ini telah ditentang sekeras-kerasnya oleh kerajaan Filipina.[39]

Remove ads

Perselisihan diplomatik

Pada 27 Julai 2020, Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr. menulis pernyataan dari akaun media sosial Twitter beliau yang dibalas dari Kedutaan AS di Manila mengatakan bahawa Sabah bukan berada dalam Malaysia. Menteri Luar Hishammuddin Hussein membalas dalam platform sama membidas pernyataan Locsin sebagai kenyataan tidak berasas yang boleh menjejaskan hubungan dua hala, dan pada 30 Julai 2020 menyaman kedutaan Filipina. Locsin kemudian menyaman kedutaan Malaysia.[40]

Selain itu, bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman, meminta Filipina untuk menarik balik pendirian untuk menuntut Sabah, dan berhenti membuat kenyataan 'basi' untuk tujuan politik dalaman. Bekas Menteri Luar, Anifah Aman, yang juga berasal dari Sabah, mengkritik Locsin atas kenyataannya.[41]

Remove ads

Tindak Balas oleh Malaysia

dalam konflik berkepanjangan di Laut China Selatan (terutamanya antara Brunei, Filipina, Malaysia, Vietnam dan Republik Rakyat China (serta Republik China)), Filipina mula mengumpulan fail kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres [42], dengan berisi mengenai Wilayah Dasar Laut, dengan pelantar benua yang dimana Filipina berdakwa ia berhak kedaulatan dan eksekutif untuk kelola sumber daya asli dengan jarak 200 batu, selepas Filipina berbuat sedemikian Malaysia sebagai negara berdaulat, dengan Sabah sebagai bahagian dalam Persekutuan Malaysia sejak 1963, telah menghantar nota diplomatik juga kepada PBB, dengan menyatakan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh Filipina, kerana pelantar benua versi Filipina yang ada merangkum 200 batu ke Barat Pulau Pahlawan ada di lengkapi dengan sempadan yang diperpanjang berdasarkan garis dasar Sabah, dengan maksud Wilayah Sabah ada termasuk dalam zon ekonomi ekslusif Barat Filipina, dengan sejauh 200 batu tersebut dan dalam nota diplomatik Malaysia, sudahpun ditegaskan bahawa Malaysia pasti menolak pemfailan Filipina, tindakan Malaysia untuk membuat bantahan tersebut ialah atas dasar marjin benua yang dilanjutkan dalam penyerahan "diunjurkan daripada garis dasar negeri Sabah di negara ini", dari itu Filipina bermaksud tidak menghormati kedaulatan Malaysia yang tidak boleh dipertikaikan termasuk pada wilayah Sabah [43].

Untuk rekod, pertikaian membabitkan Sabah berlanjutan beberapa kali sebelumnya, yang menyaksikan bukan hanya membabitkan penyerahan nota diplomatik, tetapi juga tindakan undang-undang dan pencerobohan bersenjata [43].

dan Nota Bantahan yang dibuat oleh Malaysia sebagai tindak balas kepada tuntutan Filipina, ialah selaras dengan status negara merdeka dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang juga ditekankan oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan iaitu nota bantahan itu dihantar kepada PBB susulan usaha Manila untuk mengambil sempadan laut negara ini sebagai sebahagian wilayah mereka bermula dari Sabah, dengan perkataan beliau dengan sebagai berikut

"Kita buat nota kepada pihak PBB kerana ada nota daripada pihak Filipina menyatakan bahawa dia (Manila) mengambil kira sempadan laut dari Sabah."

dan diikuti dengan perkataan sebagai berikut

"Jelas sekali, jika itu jadi asas ukuran Manila, maka mereka mengatakan Sabah itu mereka punya, jadi kita buat nota bantahan kepada PBB."

[44].

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan berkompromi mengenai mempertahankan kadaulatan negara dan tidak menerima sebarang tuntutan termasuk tuntutan keatas Sabah, beliau juga menjelaskan pada perkara mengenai tuntutan Filipina keatas Sabah, iaitu Kerajaan Malaysia telahpun membuat pernyataan yang kukuh bahawa Malaysia tidak akan berkompromi bahkan seinci tanah air dan tidak pernah sekalipun terlibat rundingan yang melibatkan hak serta kedaulatan Malaysia, walaupun dimasa yang sama beliau secara kekalkan hubungan baik antara Malaysia dan Filipina, juga beliau sebagai perdana menteri Malaysia kekal dekat dan berhubungan baik kepada Ferdinan Marcos Jr. sebagai Presiden Filipina, dari itu beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menekankan pentingnya tingkatkan keselamatan serantau melalui hubungan diplomatik tersebut [45].

lalu pihak Menteri Luar Malaysia (juga dikenali sebagai Wisma Putra), ada mengulangi pendirian kerajaan yang telah lama wujud, bahawa Sabah sentiasa menjadi sebahagian daripada Malaysia, dengan pernyataan sebagai berikut:

Malaysia tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah.
Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963


juga pernah dinotakan bahawa rakyat Sabah menggunakan hak penentuan nasib sendiri melalui Suruhanjaya Cobbold 1962 semasa pembentukan Malaysia [46].

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads