Jambatan Merdeka
jambatan di Pulau Pinang, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Jambatan Merdeka merupakan sebuah jambatan penghubung negeri Kedah dan Pulau Pinang. Ia terletak di Jalan Butterworth-Sungai Petani LP 1 di Sungai Muda.[2]
Remove ads
Sejarah
Jambatan Merdeka yang terletak di Kepala Batas merupakan laluan biasa yang sering digunakan untuk menghubungi antara dua daerah di kedua-dua negeri itu iaitu Kepala Batas dan Sungai Petani. Menurut penduduk tempatan, struktur jambatan itu asalnya dibina oleh penjajah British, tetapi ianya dirobohkan dan dimusnahkan oleh British apabila Jepun menyerang Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua pada tahun 1941.[3][4]
Salah satu penduduk kampung yang berdekatan berkata tentera British merobohkan jambatan dengan menggunakan bom yang kuat pada tahun 1941 untuk menyekat kemaraan tentera Jepun yang hendak menyerang Tanah Melayu dengan melalui kawasan di sebelah utara.[3][4]
Sebaliknya, tentera Jepun telah membina jambatan yang baharu menggunakan bahan sasar kayu untul menyeberang Sungai Muda. Pada tahun 1945, selepas British kembali mengambil alih pemerintahan di Tanah Melayu, mereka membina semula jambatan dengan menggunakan bahan dasar besi dan konkrit agar lebih kukuh.[3][4]
Remove ads
Nama

Jambatan Merdeka mendapat namanya untuk memperingati sejarah dan jasa-jasa pengorbanan penduduk tempatan yang membantu membina semula jambatan tersebut.[3]
Ia juga dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Malaysia ke-1) pada tahun 1957.[1]
Lihat juga
- Kampung Jambatan Merdeka
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads