Jangan Pandang Belakang (siri filem)

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Jangan Pandang Belakang merupakan sebuah siri filem yang diterbitkan oleh Metrowealth Pictures ini terdiri daripada filem Jangan Pandang Belakang (2007), Congkak (2008), Jangan Pandang Belakang Congkak (2009), Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (2010) dan Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu (2024). Siri filem ini diarahkan oleh Ahmad Idham dan Pierre Andre.

Fakta Segera Pengarah, Dihasilkan oleh ...
Remove ads

Filem

Jangan Pandang Belakang

Jangan Pandang Belakang ialah sebuah filem seram Malaysia yang mula ditayangkan pada 5 April 2007.

Filem ini menempa sejarah dalam industri perfileman negara setelah mendapat kutipan tiket filem Melayu tertinggi di Malaysia sebanyak RM 6.33 juta dan kutipan mencecah RM 7.4 juta di tiga negara iaitu di Malaysia, . Kutipan tiket hari pertama filem ini juga mencatat sejarah baru negara dengan mendapat kutipan mencecah RM 410,000 menewaskan filem superhero Cicak-Man yang pernah mengutip RM 350,000 pada hari pertama tayangan di pawagam. Dalam Festival Filem Malaysia ke-20 di Pulau Pinang pada 2007, filem ini memenangi anugerah Box Office.

Congkak

Congkak ialah filem Malaysia tahun 2008 arahan Ahmad Idham.

Jangan Pandang Belakang Congkak

Jangan Pandang Belakang Congkak ialah sebuah filem 2009 arahan Ahmad Idham yang berunsurkan seram komedi. Filem ini telah berada di seluruh pawagam di Malaysia pada 4 Jun 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak 2

Jangan Pandang Belakang Congkak 2 ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah terkenal, Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 7 Oktober 2010. Filem yang dibintangi oleh Lan Pet Pet, Cat Farish, Nora Danish, Azlee Jaafar dan Lisa Surihani ini merupakan kesinambungan kepada judul sebelumnya, Jangan Pandang Belakang Congkak.

Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu

Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu ialah sebuah filem seram arahan pengarah terkenal, Pierre Andre yang ditayangkan di pawagam Malaysia 21 November 2024. Filem yang dibintangi oleh Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Alif Hadi dan Mawar Rashid ini merupakan kesinambungan kepada judul sebelumnya, Jangan Pandang Belakang.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads