Mawar Rashid
Pelakon, penyanyi, model dan usahawan wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid (Jawi: ماور رشيد; lahir 3 April 1995) dikenali sebagai Mawar Rashid merupakan seorang pelakon, usahawan dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015.
Remove ads
Kerjaya
Mawar Rashid memulakan kerjaya pemodelan sebagai peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 bersama-sama dengan Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif, Fify Azmi dan Syamim Farid dan diundi sebagai peserta kegemaran.[1]
Selepas Dewi Remaja tamat, kerjaya lakonannya bermula apabila Mawar diberikan peranan pembantu dalam siri televisyen Astro Ceria, Super Gameboy. Beliau kemudiannya meraih pencapaian luar biasa dalam bidang lakonan apabila dipilih menjayakan peranan antagonis sebagai Elfira dalam drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu lakonan Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi.
Beliau kemudiannya muncul dalam telefilem Rajuk di TV9 menerusi slot Skrin Di 9. Paling terkini, Mawar muncul sebagai Qisya Iris dalam Suamiku Paling Sweet di Slot Akasia TV3.
Mawar menjadi bintang utama di samping Elvina Mohamad, Amar Baharin dan Syazwan Zulkifly dalam drama berat Kalis Kasih arahan Nazir Jamaluddin yang bersiaran di Slot Samarinda TV3. Beliau menjayakan watak sebagai Senah dalam telefilem Pok Ya Cong Codei, Siti di Hati arahan dan lakonan Sabri Yunus yang bersiaran pada 30 Jun 2018 di Astro Citra.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Mawar dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau mempunyai darah campuran Melayu dan Siam. Beilau juga fasih berbahasa Melayu dan Thai.
Beliau berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Dato' Fazley Yaakob pada 9 November 2017. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.[2] Pada bulan awal muharram tahun 2020 beliau mula memakai hijab dan menutup aurat sepenuhnya.[3] Beliau dan suaminya sah bercerai pada November 2023.[4]
Remove ads
Kontroversi
Nama Mawar menjadi trending dalam sekelip mata di media sosial berikutan beliau tidak dapat menjawab soalan mengenai perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini berkuatkuasa 1 April 2015.[5] Mawar dikatakan tidak jelas ketika memberikan jawapan kepada setiap pertanyaan mengenai GST. Beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan mohon maaf atas keterlanjuran beliau yang kurang berpengetahuan mengenai ekonomi negara.[6][7]
Diskografi
Single
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads