Jimmy Choo

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jimmy Choo
Remove ads

Jimmy Choo (Cina : 周仰傑; pinyin: Zhōu Yǎngjié) ialah seorang pereka kasut kelahiran Malaysia berpusat di London, England. Jimmy Choo terkenal kerana kasut serta beg tangan buatan tangan yang mahal. Antara pelanggan-pelanggannya ialah Natalie Imbruglia dan Katie Holmes, serta Puteri Diana dari Wales. Tamara Mellon menjadi rakan kongsi dengan Jimmy Choo untuk memulakan sebuah syarikat pengeluaran kasut yang berpusat di Itali untuk mengeluarkan kasut dalam kuantiti yang besar.

Thumb
Jimmy Choo

Pada bulan April 2001, Jimmy Choo mengumumkan satu perjanjian perkongsian baru dengan Equinox Luxury Holdings Ltd, yang memperoleh saham-saham Jimmy Choo. Pengerusi dan CEO Equinox Robert Bensoussan menjadi CEO syarikat Jimmy Choo.

Remove ads

Profil

Nama sebenar Jimmy Choo adalah sebenarnya Jimmy Chow. Pendaftar telah tersilap mengeja namanya pada sijil kelahiran Jimmy Choo sehinggakan nama Jimmy Choo itu dikenali ramai. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia, dan belajar di Kolej Teknikal Cordwainer (sekarang Kolej Fesyen London). Beliau mula membuat kasut ketika umurnya sebelas tahun.

Choo sekarang ialah warganegara UK.

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads