Jonestown
jonestown From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Peoples Temple Agricultural Project ("Projek Pertanian Kuil Rakyat") - juga diberi jolokan "Jonestown" - merupakan sebuah petempatan didirikan di barat laut negara Guyana oleh sebuah kultus ajaran sesat bernama Peoples Temple pimpinan Jim Jones.
Pada 18 November 1978, seramai 918[1][2] orang yang menghuni petempatan ini dipercayai meninggal dunia di beberapa tempat di Guyana yang dipercayai terdorong kegiatan yang diamalkan ajaran sesat tersebut.[3]
Remove ads
Latar belakang
The People's Temple dan pergerakan mereka
Kultus The Peoples Temple ditubuhkan di Indianapolis, Indiana, pada tahun 1955[4] lebih kepada gerakan kebangkitan pembaharuan Kristian, namun ia lama-kelamaan mengalakkan fahaman "sosialisme apostolik" (apostolic socialism)[5][6] di mana adanya kepercayaan "mereka yang kekal dicandukan agama perlu dibawa kepada suatu pencerahan - sosialisme."[7][8]
Jones mendapat cemuhan hebat atas dokongan integrasi kaum di negeri asalnya di Indiana, maka beliau memindahkan ibu pejabatnya ke Redwood Valley, California pada tahun 1965.[9] Pada awal 1970-an, kultus ini membuka beberapa cawangan lain di Los Angeles dan San Francisco - San Francisco lama-kelamaan dijadikan tempat ibu pejabat mereka yang baharu. [10]
Pada musim luruh tahun 1973, sebuah artikel akhbar yang melaporkan pendedahan oleh beberapa anggota People's Temple yang melarikan diri mengancan pertubuhan ini, Jones dan peguamnya Tim Stoen segera merancang suatu cara tindak balas sekiranya diekori pihak polis atau media. [11] Pelan ini menyenaraikan pelbagai pilihan, termasuk melarikan diri ke Kanada atau petempatan di kepualauan Caribbean" seperti Barbados atau Trinidad dan Tobago. [11] Bagi jawatan dakwah Caribbean, maka Temple cepat memilih Guyana, menjalankan penyelidikan ke atas ekonomi dan kedudukan ekstradisi perjanjian dengan Amerika Syarikat [11] Pada bulan Oktober 1973, para pengarah Temple meluluskan resolusi untuk menubuhkan sebuah misi pertanian di sana. [11]
negara Guyana dipilih sebahagiannya, kerana dasar pemerintahan negara tersebut yang berkencerungan sosialis,[11][12] berpendudukan penutur jati berbahasa Inggeris serta banyak kaum penduduk peribumi lalu mampu membenarkan sebahagian anggota kultus ini hidup dengan aman damai.[13] Jones juga berpendapat bahawa pemerintah negara tersebut mudah dipengaruhi kerana keadaan ia yang bebas serta mempunyai ekonomi yang kecil.[11]
Remove ads
Petempatan baharu
19 November 1978 - Insiden pembunuhan beramai-ramai
Kejadian berikutan
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads