Jutawan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Seorang jutawan ialah seorang individu yang nilai bersih atau kekayaannya sama dengan atau melebihi satu juta unit mata wang. Ia boleh juga seseorang yang memiliki satu juta unit mata wang di dalam satu akaun bank atau akaun simpanan. Bergantung pada mata wang, tahap darjat tertentu dikaitkan dengan menjadi seorang jutawan, yang membuatkan jumlah kekayaan itu satu matlamat untuk beberapa orang dan hampir tidak tercapai bagi yang lain.[1] Di negara-negara yang menggunakan sistem penamaan nombor skala pendek, seorang bilionair ialah seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya seribu kali sejuta dolar, euro atau mata wang negara tertentu.

Kebanyakan mata wang negara mempunyai, atau dahulu mempunyai pada pelbagai masa, satu nilai unit rendah, dalam banyak keadaan disebabkan oleh inflasi pada masa lampau. Ia jelas lebih mudah dan kurang penting menjadi seorang jutawan dalam mata wang tersebut, maka seorang jutawan (dalam mata wang tempatan) di Hong Kong atau Taiwan, sebagai contoh, mungkin jadi hanya kaya sederhana, atau boleh jadi kurang kaya daripada yang sederhana. Seorang jutawan di Zimbabwe pada 2007 boleh jadi fakir miskin.[2]
Pada akhir tahun 2018, dianggarkan hanya lebih 14 juta jutawan AS$ atau individu bernilai bersih tinggi (HNWI) di dunia. Amerika Syarikat mempunyai bilangan tertinggi HNWI (4,900,000) dari mana-mana negara, sementara Bandar Raya New York mempunyai HNWI teramai (377,000) antara bandar yang lain.[3][4][5]
Remove ads
Lihat juga
| Cari Jutawan dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Permintaan agregat
- Bilionair
- Kekayaan
- Oligarki perniagaan
- Agihan kekayaan
- Individu bernilai bersih tinggi
- Kelompok menengah atas
- Kelompok atasan
- Pendapatan berangka enam
- Penumpuan kekayaan
- Who Wants to Be a Millionaire? (rancangan mainan akal)
- The Millionaire Next Door (buku)
- Pesta Jutawan Moscow
- Pierre Lorillard II (warga Amerika pertama dinamai seorang "jutawan")
- Senarai jutawan Afrika
- Senarai bilionair
- Sunday Times Rich List
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
