Kampung Belukar, Mukim Pedu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kampung Belukar, Mukim Pedumap
Remove ads

Kampung Belukar (Jawi: كامڤوڠ بلوكر; kadang-kadang dieja sebagai Kampong Belukar) merujuk kepada sebuah kampung di tengah-tengah Daerah Padang Terap, iaitu daerah di Kedah, Malaysia.[1] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Pedu dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][2] Poskod bagi Kampung Belukar ialah 06300 Kuala Nerang.

Fakta Segera Kampong Belukar, Negara ...
Remove ads

Latar belakang

Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Belukar telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan manusia di Kampung Belukar telah wujud sejak tahun 1930-an lagi. Kampung Belukar turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 45 dan garisan timuran 71 (rujukan grid RG4571, dengan paparan nama sebagai "Kg. Belukar").[2] Toponim kampung ini iaitu Kampung Belukar telah dimasukkan ke dalam pangkatan data geografi GeoNames pada 8 April 2023. Pengenal pasti Kampung Belukar dalam GeoNames ialah 12522661.[1]

Remove ads

Pentadbiran

Kampung Belukar secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di tenggara Daerah Padang Terap, yang berhampiran dengan sempadan Malaysia–Thailand.[2] Kampung Belukar diurus tadbir oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Daerah Padang Terap (MDPD).

Geografi

Bentuk muka bumi

Sebahagian besar bentuk muka bumi di kawasan perkampungan Kampung Belukar ialah tanah pamah, dengan anggaran ketinggian dari min aras laut iaitu sebanyak 66 meter (216.5 ka).[1] Kawasan perkampungan ini juga terletak di lembah anak sungai kepada Sungai Kesai. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau tertumpu di bahagian utara dan timur Kampung Belukar. Bukit Ular Selatan yang mempunyai kemuncak tertinggi iaitu 104 meter (341.2 ka) di atas permukaan laut merupakan bukit bernama terletak berhampiran dengan kampung ini yang terletak kira-kira 3.17 kilometer (2.0 bt) ke arah barat laut dari Kampung Belukar.[1] Anak sungai kepada Sungai Kesai yang tak bernama yang berkuala di Sungai Kesai di Kampung Tandop Baharu turut menelusuri Kampung Belukar.[2][3]

Guna tanah kawasan

Dalam peta Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu edisi kedua, terdapat lebih kurang dua buah bangunan kediaman manusia yang membentuk kawasan perkampungan Kampung Belukar. Pola petempatan yang dapat dilihat di Kampung Belukar ialah petempatan berkelompok di suatu kawasan. Terdapat beberapa rumah penduduk dibina di kaki-kaki bukit. Hampir guna tanah di Kampung Belukar ialah belukar. Terdapat juga padang ragut di bahagian utara Kampung Belukar. Di bahagian barat, terdapat kawasan pertanian, yang di mana ditanam sepanjang lembah anak sungai Sungai Kesai yang tak bernama. Di lembah sungai itu, penduduk mengunakan tanah itu sebagai kawasan bercucuk tanam padi (atau dikenali sebagai sawah padi atau bendang). Di timur kampung ini, terdapat sebuah kawasan perladangan berhampiran dengan lereng bukit yang tak bernama.[2]

Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira 25 hingga 250 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Belukar, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana–jarang.[4] Berdasarkan data pemerhatian NASA, Anthropogenic Biomes versi kedua pada tahun 2000, tanah di kawasan perkampungan Kampung Belukar dilitupi dikategori sebagai mozek tadah hujan berpenduduk (residential rainfed mosaic) iaitu tanah yang melibatkan kegunaannya untuk industri pertanian seperti buah-buahan dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, jalan raya dan padang ragut.[4][5]

Kejiranan serantau

Kampung Belukar merupakan sebuah petempatan di luar bandar. Kampung Belukar dihubungkan dengan kawasan perkampungan lain dengan jalan tanah dan sungai. Petempatan yang terletak serantau dengan Kampung Belukar adalah seperti berikut.[1][2]

Meteorologi kawasan

Iklim di kawasan perkampungan Kampung Belukar ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen).[6] Purata suhu di Kampung Belukar untuk tahun 1995 yang direkodkan ialah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan April merekodkan bulan yang paling panas dalam tahun 1995 di Kampung Belukar dengan dengan suhu mencecah 28.4 °C (83.1 °F). Manakala, bulan yang paling sejuk atau kurang panas terjadi di Kampung Belukar ialah pada bulan Novemver, dengan suhu mencecah 26.5 °C (79.7 °F).[7][8] Seterusnya, purata pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah sebanyak 2,219.8 milimeter (87.4 in). Bulan November merekodkan bulan pembentukan kerpasan melalui curahan air hujan yang paling tinggi iaitu, sebanyak 367.1 milimeter (14.5 in). Manakala, bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Januari iaitu sebanyak 47.5 milimeter (1.9 in) sahaja.[7][8]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads