Kampung Seraya

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kampung Serayamap
Remove ads

Kampung Seraya (Jawi: كامڤوڠ سرايا), juga dikenali sebagai Kampong Seraya ialah sebuah kampung yang mungkin ditinggalkan di dalam kawasan pentabdiran Mukim Batang Tunggang Kiri, Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Poskod bagi Kampung Seraya ialah 06300 Kuala Nerang.

Fakta Segera Negara, Negeri ...
Remove ads

Sejarah

Kampung Seraya wujud pertama kali di dalam peta Alor Star siri HIND 1076 yang diterbitkan oleh Survey of India pada tahun 1948.[3] Nama kampung berasal daripada sebatang sungai yang mengalir berhampiran kampung ini, iaitu Sungai Seraya.[4]

Pentadbiran

Kampung Seraya secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Batang Tunggang Kiri, iaitu mukim di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap.[5][6]

Geografi

Menurut rekod dalam gazetir Gazetter (No. 10) – British Borneo, Singapore, and Malaya; Official Standard Names Approved by the United States Board on Geographic Names yang diterbitkan pada tahun1955 dan buku Gazetter (No. 11) – Malay States yang diterbitkan pada tahun 1944, lokasi Kampung Seraya terletak di koordinat 6°25′N 100°41′E.[2][7]

Mengikut topografi kawasan, Kampung Seraya terletak di kawasan pedalaman Daerah Padang Terap yang bergunung-ganang, dengan ketinggian dari atas min aras laut mencecah 84 meter (275.6 ka). Kampung Seraya juga terletak berhampiran antara persempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand. Antara bukit dan gunung berdekatan dengan kampung ini ialah Bukit Nguan, Bukit Kawah dan Bukit Goh Lembu.[1][4] Kampung Seraya juga terletak di kawasan lembah sungai Sungai Seraya (atau Sungei Seraya).[6] Charok China dari Bukit Nguan merupakan anak sungai kepada Sungai Seraya, mengalir sepanjang Kampung Seraya dari hulu anak sungai sehingga di muaranya di Sungai Seraya.[4][5]

Kampung Seraya juga terletak dengan petempatan lain, seperti:[1][3]

  • Kampung Haat Nyei, 10.5 kilometer (6.5 bt) ke timur
  • Kampung Klok Kla, 8 kilometer (5.0 bt) ke timur
  • Kampung Lam Geh, 7.5 kilometer (4.7 bt) ke timur
  • Kampung Lam Tek Chan, 10 kilometer (6.2 bt) ke timur
  • Kampung Banggol Setia, 12.1 kilometer (7.5 bt) ke selatan
  • Kampung Lam Hong, 11.2 kilometer (7.0 bt) ke tenggara
  • Kampung Nam Tiau, 10.5 kilometer (6.5 bt) ke timur
  • Kampung Peng Pak Tani, 7.6 kilometer (4.7 bt) ke selatan
  • Kampung Peraduan Songkeh, 7.7 kilometer (4.8 bt) ke timur laut
  • Kampung Pong, 11.9 kilometer (7.4 bt) ke barat daya
  • Kampung Sungai Sari, 10.5 kilometer (6.5 bt) ke barat daya
  • Kampung Padang Sanai, 8.7 kilometer (5.4 bt) ke selatan
  • Kampung Pumu, 1.7 kilometer (1.1 bt) ke utara
  • Kampung Pumok, 1.9 kilometer (1.2 bt) ke barat
  • Kampung Klian Pintu Wang, 12.1 kilometer (7.5 bt) ke barat
  • Kampung Baroh Tok Bujang, 6.4 kilometer (4.0 bt) ke tenggara
  • Kampung Durian Burong, 7.2 kilometer (4.5 bt) ke timur laut
  • Kampung Baru Padang Sanai, 4.9 kilometer (3.0 bt) ke tenggara
  • Kampung Ulu, 7.7 kilometer (4.8 bt) ke tenggara
  • Kampung Kubang Palas, 8.5 kilometer (5.3 bt) ke tenggara

Iklim di kawasan perkampungan ini ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[8]

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads