Karim Latiff

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Abdul Karim Abdul Latiff (8 Februari 1937 – 18 Ogos 2015) merupakan seorang pelakon filem Melayu. yang paling dikenali Sinonim dengan watak Safar di layar perak dalam trilogi Ahmad Albab bersama Tan Sri P. Ramlee.[1] Beliau berasal dari Rembau, Negeri Sembilan berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura ketika berumur 18 tahun. Selain menyerlah dalam filem Anak Bapak, Masam-Masam Manis, Keluarga 69, beliau juga berbakat dalam arena seni suara.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Che Asma Hussain dan memiliki 5 orang anak, iaitu Izuddin Nizam, Izmir, Nur Iznita, Izhar dan Izralfiddin.[2]

Kerjaya

Beliau menceburi karier seni seawal usia lapan tahun sebagai penyanyi, Karim pernah memasuki pertandingan Bintang Radio pada 1950-an hingga ke peringkat akhir, namun nasib tidak menyebelahinya.

Beliau kemudiannya mengikuti kumpulan Sandiwara Suria Negara dan menjelajah seluruh negara dengan mengadakan pementasan drama serta nyanyian.

Pun begitu, disebabkan minat mendalam terhadap lakonan, dia berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura seorang diri ketika berusia 18 tahun untuk mengejar cita-cita bergelar bintang.

Waktu itu beliau ditawarkan watak sebagai pelakon pembantu oleh Allahyarham A. R. Tompel di bawah syarikat miliknya, Sandiwara Kencana dengan bayaran RM3 sehari. Dari situ, beliau mula berlakon drama TV pada 1964 dan antara drama yang mempopularkannya seperti siri Keluarga Tompel dan Potret Pekerti. Beliau paling dikenali menerusi filem Ahmad Albab memegang watak Safar pada 1968.

Pada masa sama, beliau bekerja di RTM sebagai pengalih suara untuk filem. Selepas muncul sebagai anak wayang, beliau mendapat banyak tawaran daripada Merdeka Studio. Antara filem lakonannya ialah Anak Bapak, Masam-Masam Manis, Keluarga 69, Lain Jalan Ka-Shorga serta Amok Tok Nading.

Remove ads

Kematian

Pada 2014, Karim hanya mampu duduk di kerusi urut selepas mengalami masalah penglihatan dan tidak mampu berdiri lama selain sakit kencing manis dan asma. Beliau meninggal dunia pada 18 Ogos 2015 [3] akibat barah paru-paru.[4][5][6]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads