Kasuari

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kasuari
Remove ads

Kasuari, kesuari atau suari ialah sejenis burung dalam genus Casuarius, salah satu dari dua genus yang masih wujud dalam keluarga Casuariidae. Ia merupakan burung yang berasal dari hutan tropika di pulau Irian, pulau-pulau berdekatan dengannya dan timur laut Australia.[1]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Spesies ...

Terdapat tiga spesies yang masih wujud pada hari ini, dan yang paling biasa ditemui adalah kasuari selatan[2] yang mana adalah burung hidup ketiga tinggi dan kedua berat, kecil sedikit daripada burung unta dan emu.

Remove ads

Penamaan

Perkataan "kasuari" (Jawi: كاسواري), "kesuari" (Jawi: كسواري) dan "suari" (Jawi: سواري) asalnya dipakai kepada spesies kasuari selatan;[3][4] semua perkataan ini menyerap daripada Sanskrit: कास्सोवारिस्, rumi: kās'sōvāris.

Ciri-ciri

Burung kasuari betina biasanya berukuran lebih besar dan berwarna lebih terang daripada burung jantan.

Badan

Burung ini memiliki tanduk di atas kepalanya yang membantu burung ini sewaktu berjalan di habitatnya di hutan tebal. Tulang selangka dan korakoidnya merosot, tulang-tulang lelangit dan tengah tengkoraknya menyentuh.[5] Tulang-belulang ini membantu badan burung ini yang berbentuk baji menepis pokok menjalar, duri dan daun bergerigi sambil cepat lari di hutan hujan.[6]

Bulu pelepah burung kasuari terdiri daripada batang dan ruit halus yang longgar. Ekor burung ini dogel dan tidak ada kelenjar selisik. Kepak burung ini kecil dengan 5–6 bulu terbang yang besar, merosot menjadi duri berkeratin yang keras tanpa cangkuk ruit seperti duri landak.[7]

Kaki

Kaki burung kasuari mempunyai tiga jari yang sangat kuat dan berkuku tajam. Jari kaki kedua yang tengah mempunyai kuku seperti pisau yang berukuran 12.5 sm panjang.[7]

Burung kasuari boleh berlari sehingga 50 km/j dan melompat setinggi 1.5 meter. Ia pandai berenang menyeberangi sungai dan laut.[8]

Remove ads

Tabiat

Kasuari adalah haiwan pemalu, meskipun sekiranya diganggu boleh mendatangkan kecederaan serius kepada manusia dan anjing. Burung ini kerap dipanggil burung yang paling berbahaya di dunia"[2]

Pemakanan

Makanan utama kasuari adalah buah-buahan, meskipun kesemua spesies adalah omnivor sebenar dan diet sehariannya terdiri daripada pucuk pokok, biji rumput dan kulat selain dari serangga kecil.

Pembiakan

Musim bertelur kausari dari Mei hingga Jun. Kasuari betina bertelur 3–8 biji telur besar berwarna hijau terang atau biru hijau pucat atas selonggok daun kering dikumpulkan burung betina.[5] Sebiji telur ini berukuran 9 kali 14 sm – telur burung unta dan emu lagi besar.

Spesies

Maklumat lanjut Gambar, Nama saintifik ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads