Kavita Kaur
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kavita Kaur a/p Sidhu (lahir 29 November 1971) ialah seorang pengacara, pelakon, model, usahawan, penerbit filem, peragawati Malaysia.
Remove ads
Kerjaya

Kejelitaan Kavita Kaur, pemenang Miss Charm International 1990 mula melonjak ke perhatian umum sejak menerokai bidang peragawati pada awal 1980-an ketika menuntut di Kuala Lumpur.[1] Wajahnya yang begitu fotogenik menjadi rebutan majalah-majalah Malaysia seperti Her World, Female, Jelita dan Wanita untuk kulit hadapan. Bukan sekadar dimedia cetak, malahan di kaca televisyen juga Kavita sering muncul. Iklan Palmolive, salah satu iklan revolusi dari segi teknik lewat tahun 80an, menampikan kejelitaanya yang begitu mengkagumkan. Di pentas cat-walk juga Kavita (180cm) terserlah dengan langkah gayanya yang anggun.[2]
Ramai gadis mengaku diri sebagai model tetapi dunia model sendiri mengetahui siapakah sebenarnya seorang model serius. Kavita Kaur termasuk golongan teratas dalam senarai model Malaysia dalam dua kriteria utama seorang model tulen: di pentas catwalk dan foto.[3]
Walaupun Kavita kini bukan sahaja telah mencipta nama sebagai pelakon dan penyanyi malahan juga penerbit filem, dunia fesyen Malaysia, tetap menggangap Kavita sebagai salah seorang model Malaysia tersohor sehingga kini dan mungkin dapat dianggap sebagai salah seorang 'Supermodel' terawal tanahair.[4]

Remove ads
Aktivisme
Pada 16 April 2018, Kavita bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, dan Nora Danish menjayakan kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[5][6][7]
Kehidupan peribadi
Pada Januari 2016, Sidhu berkahwin dengan ahli geologi Itali, Roberto Guiati. Majlis persandingan mereka diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur.[8]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Televisyen
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads