Piala Asia B-17 AFC
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Piala Asia B-17 AFC adalah merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) yang diadakan setiap dua tahun sekali untuk pasukan di bawah-17 tahun yang di mana ia juga berfungsi sebagai kejohanan kelayakan untuk Piala Dunia B-17 FIFA. Kejohanan ini mula ditubuhkan pada tahun 1985.
Empat pasukan teratas iatu juara, naib juara dan dua pasukan yang kalah di peringkat separuh akhir layak untuk mengambil bahagian di Piala Dunia B-17 tahun. Diantara tahun 2002 dan 2006 ia diadakan sebagai kejohanan bawah 17 tahun. Pada 2008 dan 2020, ia telah ditukar kembali kepada Kejohanan B-16. AFC telah mencadangkan untuk beralih semula kepada kejohanan bawah 17 tahun bermula dari 2023.[1] Selain itu, kejohanan itu juga akan dijenamakan semula daripada "Kejohanan Remaja B-16 AFC" kepada "Piala Asia B-17 AFC".[2]
Semenjak kejohanan dari tahun 1985 hingga 2006 perlawanan penentuan tempat ketiga diadakan, namun bermula dari tahun 2008 hingga sekarang ia tidak dimainkan lagi. Hanya penentuan juara dan naib juara dimainkan.
Juara semasa adalah Jepun yang juga merupakan juara terbanyak dengan 3 gelaran, manakala 5 pasukan berkongsi kejuaraan dengan 2 gelaran iatu Korea Selatan, China, Arab Saudi, Oman dan Korea Utara. Pasukan Iran, Iraq, Qatar, Thailand dan Uzbekistan pula masing-masing dengan 1 gelaran kejuaraan.
Remove ads
Keputusan
Bermula 2008 tiada lagi perlawanan tempat ketiga.
Remove ads
Pasukan negara yang berjaya
Remove ads
Negara yang mengambil bahagian
- Rekod Yaman Selatan.
Semua keputusan semasa
- Sehingga Kejohanan Remaja B-16 AFC 2020
Nota: Tidak termasuk Qatar 1985 punca kekurangan data.
Nota 2: Rekod Yaman termasuk Yaman Selatan.
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads