Kepler-37b
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kepler-37b merupakan sebuah planet luar suria yang mengorbit Kepler-37 dalam buruj Lyra. Sehingga kini, ia adalah planet luar suria terkecil yang pernah ditemui, dengan jisim yang lebih besar daripada bulan Bumi.[4]
Remove ads
Penemuan
Kepler-37b ditemui bersama-sama dengan dua buah planet yang lain iaitu Kepler-37c dan Kepler-37d dengan teleskop angkasa Kepler, yang memerhati transit najam.[3][1] Untuk mendapatkan saiz yang tepat planet ini, para ahli falak terpaksa membandingkannya dengan saiz bintang induk menggunakan asteroseismologi dan Kepler-37 adalah bintang terkecil yang dikaji dengan menggunakan proses ini.[3] Kajian-kajian ini telah membolehkan saiz planet diperolehi dengan "ketepatan yang melampau". Sehingga kini, planet ini adalah yang terkecil ditemui di luar sistem suria.[4]
Remove ads
Ciri-ciri fizikal
Jarak planet ini dengan Bumi adalah kira-kira 210 tahun cahaya[5] dan ia mempunyai saiz yang sedikit lebih besar daripada bulan Bumi, dengan diameter kira-kira 3900 kilometer (2,400 batu).[6] Pihak NASA menyatakan bahawa berkemungkinan besar planet ini tidak mempunyai atmosfera dan tidak boleh menampung kehidupan.[3] Tambahan pula, planet ini mungkin terdiri daripada bahan-bahan berbatu.[3] Disebabkan jaraknya yang hampir dengan bintang, suhu purata planet ini dianggarkan sekitar 425 °C (800 °F).[3]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
