Kering

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kering
Remove ads

Kering (Perancis: [kɛːʁiŋ]) ialah sebuah konglomerat antarabangsa yang beribu pejabat di Paris, Perancis dan bertumpu pada pengeluaran barangan mewah. Jenama yang dimiliki oleh Kering antaranya ialah Gucci dan Yves Saint Laurent.

Fakta Segera Nama asli, Nama dahulu ...

Pinault S.A. diasaskan sebagai sebuah syarikat perdagangan kayu pada tahun 1963 oleh François Pinault. Selepas syarikat ini disenaraikan di Euronext Paris pada tahun 1988, syarikat ini berubah menjadi konglomerat peruncitan dengan nama Pinault-Printemps-Redoute (PPR) pada tahun 1994, dan kembali berubah menjadi konglomerat baranga mewah dengan nama Kering pada tahun 2013. Saham kumpulan ini merupakan komponen CAC 40 sejak tahun 1995. François-Henri Pinault menjadi Presiden dan CEO Kering sejak 2005. Pada tahun 2019, pendapatan kumpulan ini mencapai €15,9 bilion.[1]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads