Khalid al-Mihdhar

From Wikipedia, the free encyclopedia

Khalid al-Mihdhar
Remove ads

Khalid Muhammad Abdallah al-Mihdhar (Arab: خالد المحضار, Khālid al-Miḥḍār; juga dialih huruf sebagai Almihdhar) (16 Mei 1975[1] – 11 September 2001) adalah salah seorang daripada lima perampas Penerbangan 77 American Airlines, yang diterbangkan ke dalam Pentagon sebagai sebahagian daripada serangan 11 September 2001.

Fakta Segera Kelahiran, Meninggal dunia ...

Al-Mihdhar dilahirkan di Arab Saudi dan menyertai Perang Bosnia pada 1990-an. Pada awal 1999, beliau pergi ke Afghanistan di mana, sebagai seorang pejuang berpengalaman dan dihormati, dia dipilih oleh Osama bin Laden untuk menyertai serangan tersebut. Al-Mihdhar tiba di California dengan Nawaf al-Hazmi pada Januari 2000, selepas singgah di Malaysia untuk Sidang Kemuncak al-Qaeda Kuala Lumpur. Di waktu ini, CIA telah mengetahui akan Mihdhar, dan gambarnya ditangkap di Malaysia bersama seorang lagi anggota al-Qaeda yang terlibat dalam pengeboman USS Cole. CIA bagaimanapun tidak memaklumkan FBI apabila ia mengetahui Mihdhar dan Hazmi memasuki A.S., dan Mihdhar tidak diletak dalam mana-mana senarai amatan sehingga akhir Ogos 2001.

Pada pagi 11 September 2001, Mihdhar menaiki Penerbangan 77 American Airlines, yang dirampas kira-kira 30 minit selepas berlepas. Kapal terbang itu dihempaskan secara sengaja pada Pentagon, mengorbankan kesemua 64 orang dalam pesawat, bersama dengan 125 di darat.

Remove ads

Nota

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads