Kidal
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Orang yang kidal lebih banyak menggunakan tangan kirinya daripada tangan kanannya. Dia biasanya menggunakan tangan kirinya untuk berbagai-bagai pekerjaan seperti untuk menyikat rambut, memasak dll. Menulis tidak dapat digunakan untuk menentukan apakah seseorang kidal atau bukan, kerana sebahagian orang yang kidal menggunakan tangan kanannya untuk menulis, sementara untuk segala hal yang lainnya menggunakan tangan kirinya contohnya menggunakan telefon,menyikat rambut dan memotong sesuatu menggunakan pisau atau gunting.

Remove ads
Demografi
Kira-kira 8–15% daripada penduduk dewasa adalah kidal [1]. Berbagai-bagai penelitian menunjukkan bahawa tangan kidal lebih umum ditemui di kalangan lelaki daripada perempuan [2] dan lebih banyak di kalangan kaum heteroseksual dibandingkan dengan kaum homoseksual [3]. Dibandingkan dengan masyarakat umum, tangan kidal lebih sering muncul di kalangan kembar seiras [4] dan sejumlah kelompok orang yang mengalami gangguan neurologi (epilepsi,[5] Sindrom Down,[6] autisme,[7] terencat mental,[8] dll.) Dari segi statistik, seseorang yang memiliki saudara kembar yang kidal mempunyai 76% kemungkinan untuk juga kidal [9].
Remove ads
Punca
Tidak ada orang yang pasti mengapa manusia pada umumnya lebih banyak menggunakan tangan kanannya, tetapi sejumlah teori telah diajukan.
Teori evolusi
Kesatria dan perisainya
Teori ini berusaha menjelaskan mengapa orang kidal itu jarang melalui posisi perisai seorang kesatria dan jantungnya. Kerana jantung terletak pada sisi kiri tubuh, kesatria yang tidak kidal (yang menggunakan perisainya dengan tangan kirinya untuk membebaskan tangan kanannya untuk menggunakan senjata) akan lebih mampu melindungi jantungnya dan dengan demikian lebih mungkin bertahan dalam suatu pertempuran.
Di kalangan binatang
Kebanyakan primat juga memperlihatkan kecenderungan untuk menggunakan tangan yang satu lebih daripada yang lainnya meskipun populasi mereka tidaklah terutama menekankan tangan kanan.
Ada legenda umum yang mengatakan bahawa kebanyakan beruang kutub juga kidal [10].
Remove ads
Lihat juga
- Daftar orang kidal terkenal
- Kidal (tinju)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
