Kokerspaniel Inggeris

baka anjing dari England From Wikipedia, the free encyclopedia

Kokerspaniel Inggeris
Remove ads

Kokerspaniel Inggeris atau cocker spaniel Inggeris[a] ialah satu baka gundog. Ia ketara kerana menghasilkan bilangan anak anjing paling berubah-ubah dalam seperinduk dalam banyak-banyak baka. Kokerspaniel Inggeris merupakan anjing sukan giat dan bersifat baik[1] yang berdiri dengan baik pada paras kelasa dan bertubuh padat.[2] Ada kokerspaniel "padang" atau "pekerja" dan kokerspaniel "rumah". Ia merupakan salah satu daripada beberapa keragaman spaniel dan merupakan asas bagi sepupu Amerikanya, kokerspaniel Amerika. Kokerspaniel Inggeris adalah lebih dekat dengan bentuk anjing pekerja bagi spaniel padang dan springerspaniel Inggeris. Kokerspaniel Inggeris juga dikenali sebagai "Merry Spaniel" kerana ekornya yang sentiasa bergoyang-goyang.

Fakta Segera Nama lain, Nama ringkas ...

Di luar Amerika Syarikat, baka ini biasanya hanya dikenali sebagai kokerspaniel, sebagaimana kokerspaniel Amerika juga sedemikian di Amerika Syarikat. OED menyatakan bahawa perkataan "koker-" atau "cocker" diterbitkan daripada hakikat bahawa baka ini digunakan untuk menggarah woodcock.[3]

Remove ads

Sejarah

Thumb
Kokerspaniel Inggeris berwarna padu merah

Anjing jenis spaniel telah ditemukan dalam karya seni dan kesusasteraan selama hampir 500 tahun.[4][sumber lebih baik diperlukan] Pada mulanya, spaniel di England terbahagi antara spaniel darat dengan spaniel air. Pembezaan sesama spaniel yang membawa kepada baka yang terlihat kini tidak bermula sehingga pertengahan abad ke-19. Semasa tempoh ini, spaniel darat menjadi lebih khusus dan pembahagian sesama jenis dibuat berdasarkan berat. Menurut 1840 Encyclopedia of Rural Sports, cocker adalah seberat 12–20 lb (5.4–9.1 kg).[4][sumber lebih baik diperlukan] Pada masa ini, kedatangan cocker dan springer daripada perinduk sama bukan hal jarang. Malah anak anjing daripada zuriat bersaiz "mainan" dapat membesar menjadi springer.[4][sumber lebih baik diperlukan]

Tiada petunjuk daripada sumber-sumber awal ini bahawa spaniel digunakan untuk mengutip buruan. Sebaliknya, ia digunakan untuk mendorong buruan ke arah senjata api.[4][sumber lebih baik diperlukan]

Semasa tahun 1850-an dan 1860-an, jenis cocker lain dicatatkan. Terdapat springerspaniel Wales dan Devonshire cocker. Selain itu, anjing kecil daripada perinduk spaniel Sussex dipanggil cocker.[4][sumber lebih baik diperlukan] Pada tahun 1874, buku pembaka pertama diterbitkan oleh The Kennel Club yang baru dibentuk. Mana-mana spaniel yang lebih ringan daripada 25 paun (11 kg) ditempatkan dalam takungan pembiakbakaan cocker. Walau bagaimanapun, cocker Wales dikelaskan semula sebagai springer pada tahun 1903 kerana saiz lebih besar dan telinga lebih pendek.[4][sumber lebih baik diperlukan]

Sukan penunjukkan pengakuran bermula bersungguh-sungguh sesama spaniel selepas The Spaniel Club dibentuk pada tahun 1885. Apabila ditunjukkan, springer dan cocker baharu, kedua-duanya berada dalam kelas sama sehingga The Spaniel Club mewujudkan piawaian baka untuk setiap jenis. The Kennel Club memisahkan kedua-dua jenis pada lapan tahun kemudian. Sejak itu, penggemar springer dan cocker telah membiakbakakan trait berasingan yang diinginkan. Kini, baka ini berbeza dengan lebih cara daripada berat sahaja.[perlu rujukan]

Thumb
Kokerspaniel Inggeris

Dalam Crufts, kokerspaniel Inggeris telah menjadi baka paling berjaya dalam memenangi Best in Show, dengan kememenangan sebanyak tujuh kali pada antara tahun 1928 dengan tahun 2009, iaitu pada tahun 1930, tahun 1931, tahun 1938, tahun 1939, tahun 1948, tahun 1950, dan tahun 1996. Sebagai tambahan, baka ini merupakan tiga daripada empat pemenang yang telah memenangi gelaran ini lebih daripada satu kali dengan ketiga-tiganya yang berasal daripada kenel Ware milik H. S. Lloyd. Oleh sebab Perang Dunia Kedua, kokerspaniel Inggeris berjaya menjadi satu-satunya baka yang memenangi gelaran ini pada antara tahun 1938 dengan tahun 1950, walaupun pertandingan hanya diadakan sebanyak empat kali dalam tempoh itu. Best in show paling terkini ialah Sh. Ch. Canigou Cambrai pada tahun 1996.[5][6]

Spaniel padang

Pada lewat abad ke-19 dengan kenaikan kepopularan pertunjukan anjing dan pewujudan piawaian untuk pelbagai baka, keluarga spaniel mula berpecah kepada pelbagai baka berlainan. Sekumpulan penggemar mengambil keputusan untuk mewujudkan baka spaniel hitam besar. Empat ekor anjing bertindak sebagai leluhur untuk baka baharu ini, dua ekor daripadanya merupakan kokerspaniel, seekor ialah silangan kokerspaniel/spaniel air Inggeris dan seekor ialah spaniel Norfolk. Baka baharu ini dinamai spaniel padang dan diiktiraf oleh The Kennel Club pada tahun 1892.[perlu rujukan]

Kokerspaniel Amerika

Kokerspaniel Amerika dikembangkan daripada kokerspaniel Inggeris pada abad ke-19 untuk mengutip burung puyuh dan woodcock. Ia pada asalnya terbahagi daripada kokerspaniel Inggeris semata-mata berdasarkan saiz tetapi dibiakbakakan selama bertahun-tahun untuk trait spesifik berlainan.[perlu rujukan] Kedua-dua kokerspaniel ditunjukkan bersama-sama di Amerika sehingga tahun 1936, apabila kokerspaniel Inggeris menerima status sebagai baka terpisah. American Kennel Club memberikan peruntukan baka terpisah untuk kokerspaniel Inggeris pada tahun 1946.[2] Baka Amerika mempunyai muncung lebih pendek.[perlu rujukan]

Remove ads

Perihal

Kokerspaniel Inggeris ialah anjing tegap, padat, dan cukup seimbang. Ia mempunyai ekspresi ciri yang menunjukkan kecerdasan dan kewaspadaan. Matanya patut gelap dan telinga berlobulnya patut mencapai "sedikit lebih" daripada hujung hidung apabila ditarik ke hadapan.[2] Kini, perbezaan ketara dari segi penampilan wujud antara anjing baka padang dengan anjing baka pertunjukan pengakuran.[perlu rujukan] Ekor cocker lazimnya dipotong di Amerika Utara.[2] Di negara yang mengizinkan pemotongan ekor, ekornya biasanya dipotong pada kira-kira 4–5 inci (10–13 cm) pada anjing baka padang sementara ekor anjing pertunjukan biasanya dipotong lebih dekat dengan tubuh.[perlu rujukan] Pemotongan ekor kini haram di Australia[7] dan di Afrika Selatan.[8][9] Di England dan di Wales, pemotongan ekor hanya boleh dilakukan pada anjing yang telah dibuktikan oleh pemilik digunakan sebagai anjing pekerja atau anjing penembakan.[10]

Piawaian baka menunjukkan bahawa jantan baka ini berpurata setinggi 15.5–16 inci (39–41 cm) pada paras kelasa dengan betina yang sedikit lebih kecil yang membesar sehingga setinggi 15–15.5 inci (38–39 cm). Kedua-dua jantan dan betina baka ini berukuran seberat hampir-hampir 13–14.5 kilogram (29–32 lb).[11] Kokerspaniel Amerika adalah lebih kecil dengan jantan pada purata yang setinggi 14.25–15.5 inci (36.2–39.4 cm) dan betina yang sekali lagi lebih kecil pada purata setinggi 13.5–14.5 inci (34–37 cm), kedua-duanya berukuran seberat hampir-hampir 11–13 kilogram (24–29 lb).[11]

Kokerspaniel Inggeris adalah serupa dengan springerspaniel Inggeris dan pada pandangan pertama, satu-satunya perbezaan besar ialah saiz lebih besar springerspaniel. Walau bagaimanapun, kokerspaniel Inggeris juga cenderung untuk mempunyai telinga lebih panjang dan terletak lebih rendah berbanding dengan springerspaniel Inggeris. Sebagai tambahan, springerspaniel juga cenderung untuk mempunyai muncung lebih panjang dan matanya tidak begitu menyerlah dan lapis bulunya kurang banyak.[12]

Warna

Piawaian baka The Kennel Club United Kingdom menyatakan bahawa pada anjing berwarna padu, tiada bahagian putih yang diizinkan kecuali sejumlah kecil pada dada[11] dan American Kennel Club mempunyai piawaian untuk ciri yang termasuk ekspresi, leher, garis atas, dan tubuh.[13] Pada cocker pekerja, pembiak baka menghargai keupayaan kerja berbanding dengan warna anjing.[perlu rujukan]

Warna padu kokerspaniel Inggeris terdapat dengan warna hitam, hati/perang, merah/keemasan dengan pempigmenan hitam atau perang[14] dan kokerspaniel berwarna-warni terdapat dengan warna biru kemerah-merahan, hati kemerah-merahan, jingga kemerah-merahan dengan pempigmenan hitam atau perang, lemon kemerah-merahan dengan pempigmenan hitam atau perang, berbintik hitam dan putih, berbintik hati dan putih, berbintik jingga dan putih dengan pempigmenan hitam atau perang, berbintik lemon dan putih dengan pempigmenan hitam atau perang,[15] hitam dan putih, hati dan putih dengan pempigmenan perang, jingga dan putih dengan pempigmenan hitam atau perang, lemon dan putih dengan pempigmenan hitam atau perang.[16]

Daripada warna padu, sabel dianggap jarang dan berkontroversi dan dikelaskan oleh sesetengah negara sebagai sejenis berwarna-warni kerana batang bulu bercampurnya.[perlu rujukan] Walaupun sesetengah orang telah mendakwa bahawa warna ini adalah daripada silangan dengan baka berbeza,[siapa?] ahli genetik[yang mana?] telah menemukan bahawa kokerspaniel Inggeris sabel adalah unik untuk baka ini.[17] Sebagai tambahan, warna perak/abu, yang biasanya dikaitkan dengan anjing Weimar, dianggap mungkin secara genetik tetapi masih belum dicatatkan oleh The Kennel Club United Kingdom.[18] Daripada keragaman kemerah-merahan, lemon kemerah-merahan dengan pempigmenan perang cerah adalah yang paling resesif antara semua keragaman kemerah-merahan.[15] Cocker putih kosong jarang lahir dan tidak digalakkan pada baka ini.[16]

Remove ads

Perangai

Kokerspaniel Inggeris menduduki tangga ke-18 dalam The Intelligence of Dogs karya Stanley Coren sebagai baka dengan kecerdasan kerja/kepatuhan cemerlang.[19]

Dengan tahap sosialisasi bagus pada usia awal, kokerspaniel dapat bergaul dengan baik dengan orang, kanak-kanak, anjing lain, dan haiwan peliharaan lain.[1] Baka ini kelihatannya mempunyai ekor sentiasa bergoyang-goyang dan lebih suka berada di sekeliling orang; ia paling tidak sesuai untuk bersendirian di halaman belakang. Cocker dapat semudahnya menjadi tertekan dengan bunyi lantang dan dengan layanan atau pengendalian kasar. Apabila dilatih dengan tangan lembut dan ganjaran banyak, kokerspaniel akan menjadi teman patuh dan penyayang dengan sifat gembira dan ceria.[20]

Kesihatan

Thumb
Kokerspaniel Inggeris dengan anak anjing

Sebuah kajian United Kingdom tahun 2022 tentang data klinik veterinar mendapati jangka hayat sebanyak 11.31 tahun yang lebih tinggi sedikit daripada purata keseluruhan 11.21 tahun tetapi kurang daripada purata 11.82 tahun untuk baka silang.[21] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 13.3 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[22] Sebuah kajian Itali tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 13 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[23]

Sebuah kajian tahun 1996 yang dilakukan oleh Universiti Cambridge yang meninjau 932 isi rumah kokerspaniel Inggeris di serata Britain mendapati bahawa pemilik melaporkan agresi lebih tinggi pada kokerspaniel Inggeris berwarna berlainan bergantung pada senario.[24][25] Sebuah kajian tahun 2009 oleh penyelidik Sepanyol di Universiti Berautonomi Barcelona mendapati bahawa kokerspaniel Inggeris lebih kerap dihadirkan ke klinik rujukan untuk agresi dan bahawa ia mempunyai serangan lebih impulsif berbanding dengan anjing lain.[25][26][27] Walau bagaimanapun, tanggapan 'berang cocker' telah disingkirkan sebagai mitos.[28]

Semakan terhadap 2,318 ekor kokerspaniel Inggeris yang menghadiri penjagaan veterinar mendapati bahawa keadaan paling umum merupakan: penyakit periodontium dengan prevalens 20.97%, otitis luaran dengan prevalens 10.09%, kegemukan dengan prevalens 9.88%, pengimpakan kantung dubur dengan prevalens 8.07%, cirit-birit dengan prevalens 4.87%, dan agresi dengan prevalens 4.01%.[29]

Kokerspaniel Inggeris cenderung terhadap hepatitis kronik,[30] dengan sebuah kajian yang mendapati bahawa baka ini adalah 2.78 kali lebih berkemungkinan menghidap penyakit ini.[31]

Kokerspaniel Inggeris ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat degenerasi rod-kon progresif. Suatu mutasi resesif autosom pada gen PRCD bertanggungjawab atas keadaan ini pada baka ini.[32]

Remove ads

Kokerspaniel pekerja

Thumb
Seekor kokerspaniel Inggeris yang dibiakbakakan untuk padang dengan buruannya, common pheasant

Baka ini, seperti banyak yang lain dengan asal usul sebagai anjing pekerja, mempunyai sesetengah susur galur genetik yang tertumpu pada kemahiran anjing pekerja dan susur galur lain yang tertumpu pada kepastian bahawa penampilan anjing mematuhi piawaian baka; ini dirujuk sebagai strain "pekerja" (atau "baka padang") dan strain "pengakuran". Selepas Perang Dunia Kedua, kokerspaniel yang dibiakbakakan sebagai haiwan peliharaan dan untuk sukan penunjukan pengakuran meningkat dengan sangat besar kerana permintaan popular, dan, untuk seketika, merupakan baka berdaftar paling banyak The Kennel Club. Kepopularan ini meningkatkan pandangan bahawa semua cocker tidak berguna sebagai anjing pekerja.[33] Walau bagaimanapun, untuk kebanyakan anjing, ini adalah tidak benar, kerana sesetengah cocker baka pertunjukan telah mengekalkan naluri kerjanya.[34]

Kini, baka ini mengalami kebangkitan semula dalam penggunaan sebagai anjing pekerja dan pemburu. Anjing daripada susur galur pekerja berpenampilan berbeza dengan ketara. Seperti halnya dengan springerspaniel Inggeris, jenis pekerja telah dibiakbakakan secara eksklusif untuk beraksi di padang sebagai teman perburuan. Lapis bulunya lebih pendek dan telinganya kurang tergantung daripada jenis baka pertunjukan. Walaupun didaftarkan sebagai baka sama, kedua-dua strain telah mencapah dengan cukup ketara sehingga jarang disilangkan.[33] Anjing yang telah mendominasi ujian perburuan, ujian padang, dan adegan perburuan di Amerika Syarikat merupakan anjing baka padang daripada susur galur Inggeris yang diimport baru-baru ini.[35] Susur galur anjing pekerja kerap mempunyai ciri fizikal yang menghalangnya daripada memenangi gelanggang pertunjukan. Ini ialah hasil pemilihan trait berlainan daripada yang dipilih oleh pembiak baka anjing pertunjukan. Lapis bulu dan telinga lebih panjang, yang dipilih untuk gelanggang pertunjukan, merupakan penghalang di padang.[2] Pihak berkuasa Cuba melatih dan menggunakan kokerspaniel Inggeris sebagai anjing penghidu untuk memeriksa dadah atau produk makanan di dalam bagasi penumpang di lapangan terbang di Cuba.[36][sumber lebih baik diperlukan]

Remove ads

Lihat juga

Catatan

  1. Jawi: کوکرسڤانيئل ايڠݢريس, کوکر سڤانيئل ايڠݢريس; bahasa Inggeris: English cocker spaniel

Rujukan

Bacaan lanjut

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads