Spaniel
jenis anjing From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Spaniel[a] ialah sejenis gundog. Spaniel dibiakbakakan secara khusus untuk menggarah buruan dari belukar lebih tebal. Menjelang lewat abad ke-17, spaniel telah dikhususkan menjadi baka air dan baka darat. Spaniel air Inggeris yang pupus digunakan untuk mengutip unggas air yang ditembak jatuh dengan anak panah. Spaniel darat ialah setting spaniel — yang merangkak ke hadapan dan menuding buruannya, lalu membolehkan pemburu menjerat buruan dengan jaring, dan springing spaniel — yang memeranjatkan pheasant dan partridge (untuk perburuan dengan falkon) dan juga arnab dan mamalia lebih kecil seperti tikus dan mencit (untuk perburuan dengan grehaun). Semasa abad ke-17, peranan spaniel berubah secara dramatik apabila orang Inggeris mula berburu dengan senapang batu untuk penembakan sayap. Charles Goodall dan Julia Gasow (1984)[1] menulis bahawa spaniel "diubah daripada pemukul liar tidak terlatih kepada gundog cemerlang."


Perkataan "spaniel" kelihatan diterbitkan daripada espaigneul bahasa Perancis zaman pertengahan ("Sepanyol") kepada espagnol bahasa Perancis moden.
Remove ads
Takrif dan perihal
Oxford English Dictionary mentakrifkan spaniel sebagai "baka anjing dengan lapis bulu sutera panjang dan telinga labuh".[2]
Tidak banyak yang telah berubah tentang spaniel pada umumnya selama bertahun-tahun, seperti yang dapat terlihat dalam entri tahun 1921 ini dalam Collier's New Encyclopedia:
Ciri-ciri pembezanya merupakan muncung agak lebar, telinga sangat panjang dan penuh, bulu yang banyak dan beralun-alun dengan indah, khususnya yang pada telinga, ekor, dan bahagian belakang paha dan tungkai. Warna lazim ialah hati dan putih, kadang-kadang merah dan putih atau hitam dan putih, dan kadang-kadang perang pekat, atau hitam pada muka dan dada, dengan tompok sawo matang di sebelah luar setiap mata. Spaniel Inggeris ialah baka unggul dan sangat tulen. King Charles [spaniel] ialah keragaman kecil bagi spaniel yang digunakan sebagai anjing riba. Spaniel air, besar dan kecil, berbeza daripada spaniel biasa hanya dari segi kekasaran lapis bulunya dan dalam menyatukan kecenderungan akuatik anjing Newfoundland dengan kualiti perburuan elok bagi baka sendiri. Spaniel mempunyai sebahagian besar kecerdasan, kasih sayang, dan kepatuhan, yang merupakan kualiti, yang sekali dengan banyak keindahan, menjadikannya sangat dihargai sebagai teman.
Remove ads
Sejarah
Asal usul perkataan spaniel diterangkan oleh Oxford English Dictionary berasal daripada perkataan bahasa Perancis Kuno espaigneul yang memaksudkan "[anjing] Sepanyol"; ini pula berasal daripada Hispaniolus bahasa Latin yang memaksudkan "Sepanyol" (kata sifat).[2]
Dalam The Master of Game karya Edward, Duke York ke-2, yang kebanyakannya merupakan terjemahan abad ke-15 bagi karya terdahulu oleh Gaston III dari Foix-Béarn yang berjudul Livre de chasse, spaniel diterangkan berasal dari Sepanyol sebagaimana semua grehaun berasal dari England atau Scotland.[3] Pakar perubatan Inggeris abad keenam belas John Caius menulis bahawa spaniel pada masa itu kebanyakannya berwarna putih, bertanda dengan tompok-tompok yang lazimnya berwarna merah. Beliau menerangkan keragaman baharu yang muncul dari Perancis, yang berbintik-bintik merata-mata dengan warna putih dan hitam, "yang warna-warna bercampurnya cenderung ke arah biru marmar".[4]
Teori asal usul Celt
Dalam lampiran yang ditambahkan kepada cetakan semula tahun 1909 bagi karya Caius, para penyunting mencadangkan bahawa jenis anjing itu mungkin telah dibawa masuk ke Kepulauan British seawal tahun 900 SM oleh cabang orang Celt yang berpindah dari Sepanyol ke Cornwall dan selanjutnya ke Wales, ke England, dan ke Ireland.[3] Teori tentang asal usul springerspaniel Wales menyokong teori ini, kerana baka itu khususnya dipercayai sebagai keturunan langsung kepada "anjing pemburu Agassian" yang diterangkan dalam puisi perburuan Cynegetica yang diatributkan kepada Oppianos dari Apamea, yang dimiliki oleh suku Celt dari Britain Rom:[5]
Terdapat baka anjing pemburu kuat, bersaiz kecil tetapi tidak kurang layak mendapat pujian hebat. Ini ialah puak liar Briton dengan belakang bertatu mereka dan dipanggil dengan nama Agassian. Saiz mereka seperti saiz anjing meja domestik yang tidak bernilai dan tamak; mencangkung, kurus kering, berjumbai, mata kusam, tetapi dikurniai kaki yang bersenjatakan cakar kuat dan mulut tajam dengan gigi pencabik rapat berbisa. Walau bagaimanapun, berdasarkan hidungnya, orang Agassian ialah yang paling dimuliakan, dan untuk penjejakan ia merupakan yang terbaik yang ada; kerana ia sangat mahir menemukan jejak benda-benda yang berjalan di atas tanah, dan juga mahir menandakan bau bawaan udara.[6]
Teori asal usul Rom
Satu lagi teori asal usul spaniel ialah bahawa orang Rom kuno mengimport spaniel ke Britannia melalui laluan perdagangan ke Timur Jauh. Kolonel David Hancock[7][halaman diperlukan] menambahkan kepercayaan bahawa jenis spaniel sukan berasal dari China daripada leluhur anjing bermuka pendek seperti anjing Peking, pug, dan shih tzu. Teorinya berbunyi bahawa leluhur ini diperkenalkan ke Eropah Selatan dan ber-evolusi menjadi spaniel sukan kecil bagi zaman sekitar tahun 1300–1600 M. Isu tentang cara perubahan anjing bermulut pendek menjadi anjing bermulut lebih panjang ditangani dengan peralihan tumpuan kepada evolusi King Charles spaniel menjadi cavalier King Charles spaniel dalam masa kurang daripada satu abad.[8][sumber terbitan sendiri?]
Remove ads
Perburuan

Dalam membantu pemburu, sebaik-baiknya spaniel bekerja dalam jarak senapang, mantap terhadap tembakan, dan dapat menandakan kejatuhan dan mengutip buruan yang ditembak kepada tangan dengan mulut lembut. Hidung bagus sangat dihargai, seperti untuk kebanyakan baka gundog. Ia merupakan pemburu serba guna yang digunakan secara tradisional untuk burung buruan tanah tinggi, tetapi sama mahir dalam pemburuan arnab, unggas air, tikus, dan mencit. Sama ada memburu di padang terbuka, di hutan kayu, di tanah ladang—di dalam semak berduri, di sepanjang padang pagar, atau di tanah rawa, spaniel mampu menyelesaikan tugas itu.[9]
Berdasarkan fungsi dan gaya perburuan, Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) membezakan antara spaniel benua dengan spaniel Inggeris-Amerika. FCI menempatkan anjing benua daripada jenis spaniel dalam kumpulan penuding (Kumpulan 7, seksyen 1.2) kerana berfungsi lebih seperti seter yang "membeku" dan menuding ke arah buruan. Baka dalam kumpulan ini termasuk spaniel biru Picardie, spaniel Perancis, spaniel Bretagne, spaniel Pont-Audemer, dan anjing penuding kecil Münster.[10] FCI mengelaskan kebanyakan anjing lain daripada jenis spaniel sebagai anjing penggarah atau anjing air (Kumpulan 8, seskyen 2 dan 3).[11]
Baka
Semasa
Pupus
Nama tidak padan
Baka-baka berikut bukanlah spaniel sebenar, tetapi dinamai sedemikian kerana keserupaan dengan spaniel.[perlu rujukan]
Remove ads
Lihat juga
- Senarai baka anjing
- Alanorarius, pembela spaniel
- Anjing pemburu
- Jenis anjing
Catatan
Kutipan
Rujukan umum dan kutipan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads