Kolej Yayasan Melaka

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kolej Yayasan Melaka
Remove ads

Kolej Yayasan Melaka atau lebih dikenali sebagai KYM merupakan antara institusi pendidikan di Melaka yang terkenal dan terkemuka.

Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
Thumb
Moto Menjana Sumber Manusia Terdidik dan Terlatih
Ditubuhkan 23 Mac 1997
Rektor Hj. Wan Ahmad Kamil bin Wan Embong
HEP Mohamad Nawawi bin Saad
Lokasi Bukit Sebukor, Melaka
Pelajar Sarjana muda, Diploma & Sijil
Laman web http://www.kym.edu.my
Thumb
Kolej Yayasan Melaka

Merupakan di antara kolej swasta yang terawal di negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Ia telah berjaya melahirkan ribuan mahasiswa dalam pelbagai bidang akademik dan pengajian sejak dari penubuhannya.

Remove ads

Pengenalan

Sejarah

Misi

  • Membina perkhidmatan yang cemerlang kepada pelajar. Menghasilkan produktiviti yang tinggi.
  • Untuk melahirkan para intelektual yang profesional dan berkualiti, penggabungan keimanan, ilmu pengetahuan dan akhlak merupakan komprehensif dalam meneruskan pembangunan ini.
  • Mewujudkan hubungan yang amat rapat antara pelajar dan pekerja bagi memudahkan pertukaran idea dan perkongsian pendapat, serta bekerjasama dalam melaksanakan apa sahaja projek yang dianjurkan pelajar ataupun organisasi yang baik.

Moto

  • Menjana Sumber Manusia Terdidik dan Terlatih -

Visi

  • TERUNGGUL dalam melahirkan graduan yang bermutu, terdidik dan berdisiplin.
  • TERUNGGUL dalam menyediakan pendidikan dan kemudahan yang terlengkap untuk pelajar.
  • TERUNGGUL dan bekerjasama ke arah memperbaiki dan menaikkan kualiti hidup pelajar.
  • TERUNGGUL dalam penyusunan organisasi. Memperbaiki kualiti pentadbiran dari masa ke semasa dan terbuka kepada kritikan yang membina.

Piagam

  • Pelajar merupakan pelanggan yang mempunyai keutamaan dalam setiap keputusan yang melibatkan mereka. Kakitangan adalah aset yang amat bernilai ke arah membangunkan sesuatu organisasi. Penggabungan idea dan tenaga antara kakitangan dan pelajar akan memantapkan sesuatu organisasi. Pendidikan bermutu akan melahirkan graduan yang cemerlang, terdidik dan terlatih dari segi rohani dan jasmani.

Sesungguhnya...........

"Bekerja dengan bijak memungkinkan kejayaan, pelajar dan pekerja yang berinsiatif akan membawa pembaharuan dan pekerja dan pelajar yang bagus akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan."

Lokasi

Remove ads

Akademik

Program Kerjasama

Antara program kerjasama yang dijalankan oleh Kolej Yayasan Melaka ialah:

Program KYM

  • Sekolah Teknologi Media & Seni ( SMART) -
  • Sekolah Pengurusan Perniagaan (SPP) -
  • Sekolah Teknologi Maklumat (SIT) -
  • Sekolah Teknologi Perindustrian (STP) -
  • Aerounatic Deveploment Centre ( ADC)
  • Sekolah Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti (SHTM)

Program MLVK

  • Sijil Kemahiran Malaysia (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan - MLVK)
Remove ads

Pentadbiran

Ketua Pegawai Eksekutif/Rektor


Maklumat lanjut Nama, Mula berkhidmat ...


Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Peranan

  1. Menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pelajar
  2. Memastikan pembangunan dan sahsiah pelajar selaras dengan misi dan visi kolej.
  3. Menyediakan dan menjamin kebajikan pelajar dalam pelbagai aspek.
  4. Memantau, mengurus dan menjadi pemangkin kepada semua kegiatan pelajar.
  5. Membantu merancang kerjaya dan masa depan pelajar.

Perkhidmatan

  1. Penginapan
  2. Surat dan pos
  3. Kebajikan
  4. Kaunseling & rundingcara
  5. Pembangunan sahsiah
  6. Latihan & kursus

Kegiatan dan aktiviti

  1. Sukan
  2. Kebudayaan
  3. Kerohanian
  4. Kemasyarakatan
  5. Akademik
  6. Rakan Muda
  7. Kelab & persatuan

Perpustakaan

Perpustakaan Kolej Yayasan Melaka terletak di Aras bawah

Pusat Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum di setiap institusi pengajian tinggi amat ditekankan. Sejak akhir-akhir ini kebanyakan universiti menjadikan kokurikulum sebagai salah satu aspek pengiraan jam kredit dalam keperluan keseluruhan pembelajaran di universiti. Aktiviti kokurikulum menjadi penyumbang ke arah pembentukan sahsiah, kepimpinan, kreativiti dan sebagainya kepada pelajar. Mereka perlu diberi peluang untuk memilih kursus yang diminati agar matlamat kegiatan kokurikulum ini dapat dicapai. Memandangkan sebahagian besar daripada program di kolej merupakan program kerjasama dengan universiti-universiti tempatan, pihak kolej perlu mengikuti syarat dan keperluan akademik sebagaimana di IPTA.

Program Kokurikulum adalah kegiatan akademik dan diwajibkan kepada semua pelajar yang mendaftar di Kolej Yayasan Melaka berdasarkan kepada keperluan sekolah. Para pelajar dikehendaki lulus dalam kegiatan yang disertainya dan menyertai sepenuhnya aktiviti yang dijalankan sebagaimana keperluan kursus akademik yang lain sebelum pelajar layak menerima penganugerahan ijazah atau diploma.

Pusat Kokurikulum dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap pengurusan kegiatan kokurikulum. Pemantauan yang sepenuhnya akan di buat oleh jabatan ini bagi memastikan bahawa perlaksanaan aktiviti adalah sejajar dengan keperluan sekolah/akademik masing-masing.

Antara Kokurikulum yang ditawarkan adalah:

  1. Kembara
  2. Pertahanan Awam
  3. Persatuan Bulan Sabit Merah
  4. Siswaniaga
  5. Silat Cekak
  6. Gamelan
  7. Kor Wira Siswa

Jabatan Kebudayaan & Kesenian

Remove ads

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads