Amorphophallus konjac

spesies tumbuhan berumbi From Wikipedia, the free encyclopedia

Amorphophallus konjac
Remove ads

Amorphophallus konjac ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Araceae yang tumbuh asli di Yunnan, barat daya tanah besar China. Ia ditanam di kawasan-kawasan tropika dan subtropika di Vietnam dan kepulauan Asia Tenggara di Asia Tenggara, dan selatan Jepun dan China di Asia Timur (zon ketahanan USDA 6-11).

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...

Umbisi besar tumbuhan ini mengandungi kanji yang boleh dibuat menjadi konnyaku (こんにゃく/コンニャク/蒟蒻/菎蒻), sejenis penganan tradisional di Jepun.[2]:595 Ia juga digunakan untuk membuat tepung dan jeli sebagai bahan berasaskan sayuran menggantikan gelatin.

Remove ads

Botani

Ia tumbuhan saka yang tumbuh daripada umbisi besar dengan garis pusat lebih 25 sentimeter. Daun tunggalnya berbentuk pelepah kembar lebih 1.3 m panjang melintang dan terpecah menjadi banyak daun kecil.[3]

Bunganya muncul pada tongkol yang dilitupi seludang berukuran lebih 55 sentimeter panjang dan berwarna ungu gelap.

Sejarah

Nama tempatan:

Baka liar ubi ini tumbuh semulajadi di Asia Tenggara dan tanah besar China.[4] Dari situ, konnyaku diperkenalkan ke Jepun sama ada pada zaman Asuka sebagai ramuan ubat[5] ataupun melalui biku sami menyebarkan ajaran Buddha serata pepulau Jepun.[6] Catatan sejarah pada tahun 5 An'ei bersamaan 1776 Masihi ada menyatakan seorang samurai bernama Nakajima Tōemon (島藤右衛門 • なかじま とうえもん) mengusahakan idea mengisar umbi konnyaku menjadi tepung agar tahan lebih lama di kampung Yamagata terangkum dalam kota Aikawa, Prefektur Ibaraki moden.[7]

Semasa zaman Edo bermula pada awal abad ke-17, Jepun telah mengimport sayur konnyaku dari China.[8] Sebuah buku bertajuk Konnyaku Hyakusen ("100 resipi Konnyaku") terbit tahun 1846 menunjukkan populariti tumbuhan ini di Jepun pada masa itu.

Remove ads

Penggunaan

Ia dimasak dan dimakan terutamanya di Jepun dan Korea. Dua bentuk dasar penganan ini ialah yang putih dan hitam.

Jepun dan China

Thumb
Penganan konnyaku dengan campuran rumpai laut hijiki.

Dalam masakan Jepun, gel konnyaku digunakan dalam hidangan seperti oden yang biasanya berwarna kelabu dengan keselarasan lebih tegang berbanding kebanyakan gelatin. Konnyaku biasa mempunyai rasa manis tetawaran seakan garam laut (hasil penambahan serbuk rumput laut, meskipun tidak perlu pada konnyaku lain). Tumbuhan ini lebih dikehendaki atas faktor teksturnya berbanding rasa.

Parutan umbi konnyaku diperah keluar toksinnya sebelum diproses menjadi tepung. Tepung konnyaku dicampur larutan natrium karbonat atau kapur tepu[9] dan direbus sehingga mengeras kental; buku-buku konnyaku lazim diwarnakan dengan rerumpai hijiki, arame dan hitoegusa.[10] Konnyaku turut dijadikan mi shirataki yang digunakan dalam hidangan saji termasuk sukiyaki dan gyudon.[2]:595

Nilai nutrisi

Konnyaku hampir tiada kalori namun sebaliknya mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi. Oleh itu, konnyaku sering digunakan sebagai makanan diet. Syarikat Omikenshi telah membangunkan satu proses mencampurkan pulpa kayu terawat dengan konnyaku yang boleh menyingkirkan gluten dan lemak dari tepungnya; tepung yang dirawat ini hampir tiada karbohidrat bahkan mengandungi hanya 60 kg kalori jika dibandingkan dengan 3,680 kg kalori dalam tepung gandum.[11]

Serat umbisi dari Amorphophallus konjac digunakan sebagai komponen makanan tambahan berat badan.[12] Pemakanan serat ini pada tahap sederhana telah ditunjukkan berkesan dalam menggalakkan penghasilan asid butirik melalui ekologi flora usus yang lebih baik serta meningkatkan pembuangan air besar dalam kalangan orang dewasa yang menghidapi sembelit.[13][10]

Kegunaan lain

Konnyaku juga boleh digunakan dalam alatan aksesori urutan muka yang kini sedang popular di Korea (Korea: 곤약, rumi: gonyak) dan juga negara-negara Barat; biasanya dalam bentuk span yang boleh digunakan pada kulit sensitif yang mudah rengsa jika menggunakan alat pengelupasan kulit yang biasa (seperti petola atau tuala kecil).

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads