Jajahan Jeli

From Wikipedia, the free encyclopedia

Jajahan Jelimap
Remove ads

Jajahan Jeli (Jawi: جلي) merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Jajahan Jeli terletak di barat negeri Kelantan. Beberapa kawasan utama di Jeli termasuklah Batu Melintang, Air Lanas dan Kuala Balah. Jajahan Jeli juga merupakan jajahan ketiga terbesar di Kelantan.[5]

Fakta Segera Jeli, Transkripsi lain ...
Remove ads

Sejarah

Pada mulanya Jeli berada di bawah pentadbiran jajahan Tanah Merah. Pada 1 Julai 1982, Jeli telah diisytiharkan sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai. Pada 1 Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jajahan penuh.[6]

Geografi

Jajahan Jeli terletak di barat laut negeri Kelantan dan berkeluasan lebih 1,280 kilometer persegi.[5] Jajahan Jeli bersempadan dengan Tanah Merah di timur, Gua Musang di barat daya dan Kuala Krai di tenggara dan selatan.

Jajahan Jeli juga bersempadan dengan bekas negeri Reman yang dijajah oleh Thailand dan Perak yang sekarang membentuk jajahan Yala di bahagian utara dan daerah Hulu Perak di bahagian barat.

82% kawasan dalam jajahan Jeli mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit bukau, berhutan rimba, dan banyak alur serta sungai. Jajahan ini berketinggian antara 45 meter – 1861 meter dari paras laut.

Rupa bumi Jeli dipengaruhi oleh cabang banjaran utama Semenanjung Melayu Perbukitan Tanah Seri iaitu Banjaran Titiwangsa dan juga Sungai Pergau, Sungai Rual, Sungai Long, Sungai Renyut/Renyuk/Renyok, Sungai Suda dan Sungai Balah yang mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakau. Bandar Jeli terletak diantara lembah Sungai Pergau dan Sungai Rual.[6]

Remove ads

Pecahan pentadbiran

Jajahan Jeli ditadbir satu pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Daerah Jeli dan dibahagikan kepada tiga daerah dan tujuh mukim. Terdapat sebanyak 26 kampung dalam jajahan Jeli.

Thumb
Peta Jajahan Jeli

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Jajahan Jeli ialah seramai 54,656 orang dengan kepadatan penduduk 43 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di Jajahan Jeli berbangsa Melayu, seramai 51,943 orang.[7][8]

Maklumat lanjut Status, Bangsa ...

Agama

Di jajahan Jeli, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 99 peratus diikuti agama Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama yang mencatatkan kurang satu peratus.[8]

Remove ads

Kemudahan

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh jajahan Jeli. Terdapat sebanyak 21 buah sekolah di jajahan ini;[9]

Maklumat lanjut Jenis sekolah, Bilangan ...

Jajahan Jeli juga mempunyai sebuah hospital daerah, tiga klinik kesihatan dan 11 klinik desa di sekitar jajahan Jeli.[10]

Pengangkutan

Jaringan jalan raya yang utama di jajahan Jeli termasuklah Lebuhraya Timur-Barat dan Laluan Persekutuan 66.

Remove ads

Kawasan pelancongan menarik

  • Tasik Pergau, Lebuhraya Timur Barat
  • Gunung Reng, Batu Melintang, Jeli
  • Kolam Air panas Jeli di Kampung Kolam Air Panas, Lebuhraya Timur Barat
  • Lata Kashmir
  • Lata Janggut, Kuala Long, Jeli
  • Lata Keding Resort(Hadapan UMK Jeli)
  • Lata Renyok, Jalan Jeli-Dabong, Kg Renyok Jeli.
  • Lata Chenang, Jalan Jeli-Dabong, Kg Relak,Jeli

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads