Krash Kozz
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Krash Kozz merupakan kumpulan hip hop Malaysia.[1] Ahli klasik kumpulan ini terdiri daripada Fawzi, Albert, Najee,[2] Jakeman, Suresh, Noramin, Joe Siva[3][4] dan DJ Gabriel. Sepanjang tempoh singkat penglibatan dalam industri muzik antara 1989 dan 1994, Krash Kozz telah dianggap sebagai perintis muzik hip hop tempatan dan turut dikenali kerana memperkenalkan New Jack Swing kepada industri muzik tanahair.[5][6] Kumpulan ini dibubarkan pada 1994, nama kumpulan ini merupakan olahan daripada frasa bahasa Inggeris, 'crash course'.
Remove ads
Sejarah
Krash Kozz ditubuhkan pada 1989 dan dianggotai oleh Fawzi Kamaruddin,[7] Albert Hue dan Najee Abdullah.[8] Ahli lain juga termasuk Jakeman, Joe Siva, Gabriel, Suresh Dharan dan Noramin. Pada 20 April 1992, kumpulan ini melancarkan EP yang mengandungi 4 lagu, dua dalam bahasa Inggeris dan dua lagi dalam bahasa Melayu.[9][10]
Mereka kemudian melancarkan album ketiga (dan terakhir) bertajuk New Jack The Street Beat pada April 1993 yang memperkenalkan irama New Jack Swing kepada pendengar Malaysia buat pertama kali.[11][12][13] "Give It All You’ve Got", "Berhati-Hati Di Jalanraya" dan "Pada Kasih Cinta Berbunga" dikeluarkan sebagai single. Kumpulan ini juga dikenali kerana merakamkan semula lagu 4U2C iaitu "Fiona" dalam versi bahasa Inggeris sebagai tanda penghargaan kepada kumpulan itu.[14] Selain itu, kumpulan ini turut menyumbangkan lagu ciptaan mereka, "Kepastian dan Pengertian" yang dipersembahkan oleh Res 2.
Krash Kozz mula meraih kejayaan selepas pelancaran New Jack The Street Beat, mereka telah diundang mengadakan persembahan First Asian Dance Music Convention di Manila, Filipina bersama Lisa Stansfield, Black Machine dan Apache Indian pada Jun 1993.[15][16] Mereka kemudian mewakili Malaysia dengan mengadakan persembahan di World DJ Mixing Finals yang diadakan di Ministry of Sound di London pada 18 dan 19 Januari 1994.[17] Ini merupakan persembahan terakhir mereka apabila Krash Kozz dibubarkan sebaik sahaja mereka pulang ke Malaysia.[6] Sejak dibubarkan, kesemua ahli Krash Kozz terikat dengan komitmen masing-masing.[6] Siva meninggal dunia pada 26 April 2016 pada usia 61 tahun,[3] diikuti oleh Najee pada 13 April 2017 pada usia 50 tahun.[2]
Remove ads
Diskografi
Pita adunan
EP
Album studio
Single
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads