Kubuntu
edaran Linux dari cabang sistem pengendalian Ubuntu From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kubuntu (/kʊˈbʊntuː/ kuu-BUUN-too)[1] ialah salah satu daripada edaran Linux dari cabang rasmi Ubuntu. Ia menggunakan antara muka pengguna grafik berasaskan KDE berbanding Ubuntu yang menggunakan GNOME. Sebagai sebahagian daripada projek Ubuntu, Kubuntu menggunakan dasar sistem yang sama dan berkongsi repositori yang sama dengan Ubuntu[2] serta diterbitkan secara berkala mengikut jadual yang sama seperti Ubuntu[3].
Pada mulanya, Kubuntu ditaja oleh Canonical Ltd. sehingga tahun 2012, selepas itu ianya dipindah milik kepada syarikat Blue Systems. Semasa pengambilalihan, Kubuntu mengekalkan penggunaan pelayan yang digunakan untuk projek Ubuntu dan pembangun sedia ada. Kubuntu 12.10 merupakan versi pertama yang diterbitkan setelah Kubuntu berada di bawah naungan Blue Systems[4].
Remove ads
Sejarah
Idea pembangunan Kubuntu mula tercetus pada bulan Disember 2004 semasa dalam acara Persidangan Ubuntu Mataró di Mataró, Sepanyol[5] apabila seorang pekerja Canonical, Andreas Mueller dari Gnoppix mencadangkan untuk membangunkan projek Ubuntu berasaskan KDE. Idea ini telah mendapat kelulusan dari Mark Shuttleworth bagi memulakan pembangunan sistem pengendalian baru dari varian Ubuntu pertama, yang dipanggil sebagai Kubuntu. Pada masa yang sama, Chris Halls dari projek OpenOffice.org dan Jonathan Riddell dari KDE menyertai projek ini secara sukarela.
Sejurus bermulanya projek Ubuntu, Mark Shuttleworth pernah menyatakan dalam satu wawancara bahawa beliau maklum akan perlunya sistem yang berasaskan KDE bagi mengekalkan kepelbagaian dalam edaran Linux, di mana kepercayaan beliau adalah sejajar dengan tujuan projek Ubuntu secara keseluruhan bagi meningkatkan penerimaan terhadap perisian bebas[6].
K Desktop Environment 3 digunakan sebagai antara muka pengguna grafik yang asal sehingga Kubuntu 8.04. Versi itu memasukkan KDE Plasma Desktop sebagai pilihan yang tidak disokong, kemudian dijadikan sebagai antara muka pengguna grafik lalai dalam kemaskini berikutnya, 8.10[7]..
Pada 6 Februari 2012, Jonathan Riddell dari Canonical mengumumkan penamatan penajaan Kubuntu dari Canonical[8]. Pada 10 April 2012, Blue Systems diumumkan sebagai penaja baru menerusi laman web rasmi Kubuntu. Hasilnya, dua orang pekerja Canonical dipindahkan ke Blue Systems bagi menyambung kerja-kerja berkaitan pembangunan Kubuntu; Jonathan Riddell dan Aurélien Gâteau[9] .
Sejak tahun 2019, Kubuntu telah bekerjasama dengan MindShare Inc. bagi menawarkan produk berasaskan Kubuntu iaitu laptop dan PC-Mini yang dipertingkatkan dan disokong secara spesifik untuk kemaskini LTS[10].
Remove ads
Perbandingan dengan Ubuntu
Kubuntu berbeza dengan Ubuntu dari segi penggunaan aplikasi bergrafik dan alatan:
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads