Metalian
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Metalian merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Kajang, Selangor. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Latar belakang
Metalian, bersama kumpulan-kumpulan Fotograf, Bloodshed dan Damasutra, merupakan antara gergasi-gergasi rock dari bandar yang terkenal dengan julukan "Bandar Sate" ini. Mereka membawakan muzik yang berkonsepkan heavy metal dan hard rock.
Metalian pernah muncul sebagai kugiran pembukaan untuk konsert Alleycats di Stadium Kajang pada tahun 1984, yang ditaja oleh Salem.[1] Pada waktu itu, mereka diterajui oleh Ramadhan yang berasal dari Batu 9, Cheras. Mereka juga sempat merakamkan lagu bergenre slow rock dalam album album Juara-Juara Rock, nyanyian Thana, penyanyi berketurunan India yang juga seorang guru. Selepas siri album Juara-Juara Rock, Metalian sempat merakamkan dua buah album berjudul Era dan Identiti sebelum berpecah.
Dari Metalian ke Wow
Setelah berpecah, sebahagian dari mereka telah menubuhkan Kumpulan Wow yang popular dengan lagu Kau Yang Satu. Sepertimana bekas kumpulan mereka, Wow juga bernaung di bawah Warnada. Pemain gitar Metalian dan Wow iaitu Lan juga pernah muncul dengan album solo.
Remove ads
Barisan keanggotaan
- Ramadhan
- Thana
- Lan
- Megat
- Azman@Man
- Khairul
- Hamid
Diskografi
Album Studio
- Identiti (1987)

- Era (1989)
Album Kompilasi
- Juara Juara Rock 1 (1987)
- Juara Juara Rock 2 (1987)
- Juara Juara Rock 3 (1987)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads