Res 2

From Wikipedia, the free encyclopedia

Res 2
Remove ads

Res 2 (permainan kata bagi 'Restu', kadangkala diolah sebagai Res2) merupakan sebuah kumpulan gadis Malaysia.[1] Ditubuhkan pada 1992 dan merupakan kumpulan muzik pertama di bawah payung syarikat rakaman Suria Records, ahli klasik kumpulan ini terdiri daripada Erin, Baby Arin, Umie, Watie, Yatie dan Dida. Kumpulan ini mula dikenali umum menerusi lagu hits mereka, "Kepastian dan Pengertian" yang dimuatkan dalam album sulung mereka, 3C - Cita-Cita & Cinta.[2][3]

Fakta Segera Maklumat latar belakang, Juga dikenali sebagai ...
Remove ads

Sejarah

Res2 ditubuhkan pada penghujung 1992 ketika demam muzik hip hop sedang melanda Malaysia. Mungkin berinspirasikan nama kumpulan rap yang sedang popular iaitu 4U2C, maka Res2 juga memilih nama yang menggunakan nombor sebagai pengganti (sebahagian) perkataan. Pada mulanya pihak media cetak agak bercelaru untuk menulis nama Res2, ada yang menulisnya sebagai Rest-2 dan ada pula yang menulisnya sebagai Res'2. Hanya selepas album mereka dikeluarkan tidak lama kemudian barulah ejaan nama Res2 dapat dipastikan.[4][5]

Ahli Res2 semasa awal kemunculan mereka ialah Baby Arin, Erin, Ezza, Yati dan Wati. Mereka berlima pada asalnya merupakan penari sambilan dalam kumpulan Tag Dancers pimpinan Shawal. Tugas mereka ketika itu ialah sebagai penari iringan kepada penyanyi-penyanyi popular yang membuat persembahan pentas. Pengarah Promosi syarikat rakaman Suria Records (SRC) iaitu Mas Omar telah mengesan bakat mereka dan seterusnya membentuk mereka menjadi sebuah kumpulan penyanyi.[6]

Pada 28 November 1993, album pertama Res2 berjudul 3C - Cita-Cita & Cinta telah dilancarkan.[7] Album lagu-lagu pop, tarian dan berunsur rap itu mendapat perhatian meluas dan dilaporkan menerima tempahan awal sebanyak 30 ribu unit. Antara lagu popular Res2 ialah "Kepastian dan Pengertian" yang muziknya digubah oleh kumpulan hip hop terawal Malaysia, Krash Kozz. Lagu Kepastian dan Pengertian ialah saduran daripada lagu popular "Don't Turn Arrouns" nyanyian asal penyanyi Amerika Syarikat, Tina Turner. Lagu-lagu lain dalam album tersebut ialah 3C, Rasa Sayang, Pesta Res2, Jejaka Idaman, Wawasan & Remaja. Sebuah lagi lagu yang berjudul "Sentuhan Cinta" ialah saduran daripada lagu popular "(Dying Inside) To Hold You" nyanyian asal penyanyi Amerika Syarikat, Timmy Thomas.

Pada 1994, Res2 telah ditampilkan sebagai penyanyi undangan dalam filem Putera arahan Zulkeflie M. Osman. Pada waktu itu juga mereka mula ditonjolkan oleh majalah-majalah hiburan dalam gaya dan imej yang seksi, terutama sekali anggota dua beradik, Baby Arin & Erin. Mereka kemudiannya muncul dengan album kedua, Kiriman Rindu pada 10 April 1995.[8][9]

Pada 11 Disember 1995, Res2 muncul dengan album ketiga, Rindu dan ini merupakan album terakhir mereka bersama Suria Records sebelum kontrak mereka tamat pada awal 1997, pada masa yang sama Res2 secara rasminya dibubarkan.

Remove ads

Ahli kumpulan

  • Baby Arin (Lily Zarina Khalil)[10]
  • Erin (Edrina Khalil)
  • Yati
  • Watie (Salawati Salleh; meninggalkan Res2 selepas album pertama)[11]
  • Umie
  • Dida (menyertai Res2 untuk album ketiga)
  • Fida (sertai Re2 untuk album keempat)

Diskografi

Album studio

Maklumat lanjut Tajuk, Butiran album ...

Lagu dan single

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads