Samudera (kumpulan muzik)

Kumpulan Rock Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Samudera merupakan sebuah kumpulan rock 90-an[1] yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Kumpulan ini muncul sekitar awal 1990-an.

Fakta Segera Asal, Genre ...

Antara lagu-lagu hit mereka adalah Aduh Usahlah Berubah, Bila Diburu Kenangan, Janji Yang Terakhir, Salam Sejahtera, Titian Hasrat, dan banyak lagi.

Remove ads

Latar belakang

Sebelum Allahyarham Sarfen Husin (Ujang) dan Allahyarham Azizan Hamid (Jimmy) menganggotai Samudera, mereka pernah menganggotai Axthara.

Pada 1993, Samudera mengeluarkan album yang berjudul Titian Hasrat. Pada tahun 1994 Samudera sekali lagi mengeluarkan album yang berjudul Terminal Cinta. Bagaimanapun nama kumpulan ini melonjak pada tahun 1995 dengan lagu Salam Sejahtera.

Pasca-Samudera

Kematian Ujang

Ujang tidak menyanyi bersama Samudera kerana sakit dan kumpulan itu juga sudah menggunakan vokalis baru. Sekitar penghujung usianya, Ujang tidak aktif lagi dan bekerja di sebuah kilang sawit di FELDA Palong Timur, Segamat. Beliau juga sering menjadi penyanyi undangan dalam persembahan kugiran orang kahwin sekitar Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Pada 31 Januari 2017, beliau telah ditemukan meninggal dunia di kediamannya.

Kematian Jimmy

Remove ads

Keahlian

  1. Ujang - penyanyi pertama (meninggal dunia pada 31 Januari 2017) http://www.utusan.com.my/hiburan/ujang-samudera-meninggal-dunia-1.438666
  2. EJ - penyanyi kedua (1994-1998.kini kembali bergabung 2023- kini)
  3. Ijam - penyanyi ketiga (2lagu baru pada thn 2000 album Pengembaraan)
  4. Syed - pemain gitar utama
  5. Tajul - pemain gitar kedua
  6. Azmi - pemain gitar ketiga
  7. Jimmy - pemain bes (meninggal dunia pada 18 November 2017) http://www.kosmo.com.my/negara/pemain-bass-samudera-jimmy-meninggal-dunia-1.555927
  8. A'ai - pemain dram (Ketua Kumpulan)

Diskografi

Single

Tangisan Rindu (2023)

Album studio

Album kompilasi

  • Pengembaraan (2000)
  • Kerinduan (2012)

Album pasaran Indonesia

  • Salam Sejahtera (1995)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads