LCROSS

From Wikipedia, the free encyclopedia

LCROSS
Remove ads

Lunar CRater Observation and Sensing Satellite (LCROSS) ialah sebuah kapal angkasa lepas robot kendalian NASA. Ia dilancarkan bersama dengan Lunar Reconnaissance Orbiter (LRO) pada 18 Jun 2009, sebagai sebahagian daripada Lunar Precursor Robotic Program, misi pertama Amerika Syarikat ke Bulan dalam tempoh 10 tahun. LCROSS dan LRO bersama-sama membentuk barisan hadapan kembalinya NASA ke Bulan,[2] dan dijangka mempengaruhi keputusan kerajaan Amerika Syarikat sama ada untuk meneroka Bulan.

Fakta Segera Pengendali, Jenis misi ...

LCROSS direka untuk memerhatikan tahap atas roket Centaur yang telah digunakan, dengan jisim hentaman nominal 2,305 kg (5,081 lb), menghentam kawah Cabeus[3] berhampiran kutub selatan Bulan. LCROSS mengalami pincang tugas pada 22 Ogos, menghabiskan separuh bahan bakarnya dan meninggalkan sedikit sekali sisa bahan bakar di kapal angkasa itu.[4] Namun akhirnya, kapal angkasa ini berjaya menghentam Bulan pada 9 Oktober 2009, jam 11:31 UTC, diikuti pengesannya beberapa minit kemudian.[5] Ia berjaya mengesan air di kawah kutub selatan Cabeus.[6]

Remove ads

Keputusan

Kehadiran air

Pada 13 November 2009, NASA melaporkan beberapa garisan bukti bahawa air terdapat dalam kedua-dua kepulan wap sudut tinggi dan tirai lecitan yang terhasil oleh hentaman Centaur LCROSS. Kepekatan dan taburan air dan bahan lain memerluan analisis lanjut.[6] Pengesahan tambahan diperoleh dari pancaran dalam spektrum ultraungu yang mempunyai sifat serpihan hidroksil, terhasil daripada pemecahan air oleh cahaya matahari.[6]

Imejan

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads