La bohème

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

La bohème[1] (sebutan "La Bo-vem") ialah opera empat babak arahan penggubah Giacomo Puccini untuk libreto Itali, ditulis bersama Luigi Illica dan Giuseppe Giacosa, berdasarkan cerita Scènes de la vie de Bohème oleh Henri Murger.

Maklumat lanjut Senarai opera Giacomo Puccini ...

Persembahan pertama La bohème dibuat di Teatro Regio (sekarang dikenali sebagai Teatro Regio Torino), di Turin, pada 1 Februari, 1896, di bawah pimpinan konduktor muzik yang muda Arturo Toscanini.

Remove ads

Latar belakang

Pada tahun 1946, lima puluh tahun selepas persembahan pertama tersebut, Toscanini sekali lagi menjadi konduktor muzik untuk persembahan La bohème untuk rancangan di radio Amerika Syarikat. Persembahan itu kemudiannya dirakamkan di dalam rekod dan juga cakera padat. Rakaman tersebut merupakan satu-satunya rakaman kerjaseni Puccini yang dibuat oleh konduktor asal opera.

Ruggiero Leoncavallo, seorang penggubah Itali juga membuat opera yang menggunakan nama La bohème tetapi membuat libretonya sendiri. La bohème arahan Leoncavallo dipersembahkan buat pertamakali pada 1897, lebih menumpukan kepada hubungan Musetta dan Marcello berbanding dengan hubungan Mimì dan Rodolfo di dalam opera Puccini.

La bohème arahan Leoncavallo sudah hampir hilang masakini tetapi opera Puccini kekal sehingga ke hari ini, malah menurut Persatuan opera Amerika, La bohème arahan Puccini adalah opera nombor 2 yang paling kerap dipersembahkan di Amerika utara, [2],hanya satu tangga di bawah Madama Butterfly, yang juga hasil karya Puccini.

Remove ads

Peranan

Thumb
Poster asal
Maklumat lanjut Peranan, Jenis suara ...
Remove ads

Aria-aria terkenal

  • "Che gelida manina" - Rodolfo dalam Babak I
  • "Sì, mi chiamano Mimì" - Mimì dalam Babak I
  • "O soave fanciulla" - Rodolfo & Mimì dalam Babak I
  • "Quando me'n vo soletta per la via" - Musetta dalam Babak II
  • "Donde lieta uscì al tuo grido d'amore" - Mimì dalam Babak III
  • "O Mimì, tu più non torni" - Rodolfo & Marcello dalam Babak IV
  • "Vecchia zimarra" - Colline dalam Babak IV
  • "Sono andati? Fingevo di dormire" - Mimì dalam Babak IV
  • "Gichi Macko a culcha candela masiro e passer" - Mimi Bualetto V

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads