Manon Lescaut (Puccini)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Manon Lescaut (sebutan "Ma-non Les-ko") ialah opera empat babak arahan penggubah Giacomo Puccini untuk libreto Itali, ditulis bersama Ruggero Leoncavallo, Marco Praga, Giuseppe Giacosa, Domenico Oliva dan Luigi Illica, berdasarkan buku L’histoire du chevalier des Grieux et de Manon Lescaut oleh Abbé Prévost. Penerbit buku tersebut , Giulio Ricordi, menyumbang kepada libreto untuk opera ini. Persembahan sulung dibuat di Teatro Regio (sekarang dikenali sebagai Teatro Regio Torino), di Turin, pada 1893 dibawah pimpinan konduktor muzik Alessandro Pomè.
Remove ads
Latar belakang
Manon Lescaut adalah opera ke-tiga Puccini yang juga opera pertama yang menempah nama beliau di arena opera dengan kejayaan yang gemilang.
Penerbit beliau tidak bersetuju dengan projek ini kerana opera ini telah pun dibuat oleh penggubah lain seperti Jules Massenet untuk opera yang sama berjudul "Manon" yang telah pun terkenal. Dalam masa yang sama, penggubah Perancis, Auber Daniel juga telah menulis opera ini dengan tajuk yang sama "Manon Lescaut".
Walaupun telah diingatkan berulangkali, Puccini tetap dengan pendiriannya untuk mempersembahkan opera ini. Menurut beliau, "Manon ialah seorang heroin, oleh itu beliau tak akan gagal menawan hati orang ramai. Mengapa tidak boleh ada lebih dari satu opera mengenainya? Perempuan seperti Manon boleh mempunyai lebih dari satu teman". Beliau menambah, "Massenet ialah seorang Perancis dengan gaya beliau, saya ialah seorang Itali dengan perasaan yang penuh berahi"
Remove ads
Peranan
Remove ads
Plot
- Tempat: Paris dan New Orleans
- Masa: Pertengahan abad ke-18
Aria-aria terkenal
- "Tra voi, belle, brune e bionde" - Des Grieux dalam Babak I
- "Donna non vidi mai" - Des Grieux dalam Babak I
- "Sei splendida e lucente" - Lescaut dalam Babak II
- "L'ora, o Tirsi, è vaga e bella" - Manon Lescaut dalam Babak II
- "Ah Manon, mi tradisce" - Des Grieux dalam Babak II
- "In quelle trine morbide" - Manon Lescaut dalam Babak II
- Intermezzo sinfonico
- "No! No! pazzo son!" - Il Cavaliere Renato des Grieux dalam Babak III
- "Sola, perduta, abbandonata" - Manon Lescaut dalam Babak IV
Remove ads
Rakaman terpilih
Nota: "Kat:" ialah singkatan untuk nombor katalog syarikat rakaman; manakala ASIN ialah nombor rujukan amazon.com
Remove ads
Buku rujukan
- Plot yang diambil dari The Opera Goer's Complete Guide oleh Leo Melitz, versi 1921.
- Julian Budden: 'Manon Lescaut', Grove Music Online, 2005.
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads