Laksamana Armada (Royal Navy)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Laksamana Armada (Admiral of the Fleet singkatan ADMF) adalah pangkat pegawai tentera laut lima bintang dan pangkat tertinggi sekali dalam Royal Navy yang dizahirkan secara rasmi pada tahun 1688.[1] Kod pangkat lima bintang NATO ialah OF-10, setaraf dengan Fil Marsyal dalam Tentera Darat British atau Marsyal Tentera Udara Diraja. Selain lantikan kehormat tiada lagi laksamana armada baru yang dinamakan sejak tahun 1995.
Laksamana Armada Admiral of the Fleet | ||
| ||
Negara | ![]() | |
Cabang perkhidmatan | ![]() | |
Singkatan | ADMF | |
Kumpulan pangkat | Pegawai berbendera | |
Pangkat | Lima bintang | |
Kod NATO | OF-10 | |
Diperkenalkan | 1688 | |
Pangkat rendah seterusnya | Laksamana | |
Persamaan pangkat tentera darat | Fil Marsyal (TD) | |
Persamaan pangkat tentera udara | Marsyal Tentera Udara Diraja (RAF) | |
Remove ads
Sejarah

Asal usul pangkat ini boleh dikesan dari Sir John de Beauchamp, Baron Beauchamp de Warwick Pertama, yang telah dilantik 'Laksamana Raja Armada Selatan, Utara dan Barat' pada 18 Julai 1360.[2] Lantikan ini memberikan kuasa memerintah tentera laut Inggeris kepada seseorang buat pertama kalinya; jawatan berkembang menjadi jawatan Laksamana Armada.[3] Pada zaman kapal layar pangkat pelbagai laksamana kemudian digunakan oleh Royal Navy apabila armada dibahagikan kepada tiga bahagian – merah, putih, atau biru. Setiap bahagian ditugaskan seorang Laksamana, yang kemudiannya memerintah seorang Laksamana Madya dan seterusnya seorang Laksamana Muda. Pangkat Laksamana Armada secara rasminya dizahirkan pada tahun 1688: sebelum tarikh ini Laksamana Putih adalah pangkat tertinggi dan dianggap secara tidak rasmi sebagai laksamana armada.[4] Pada abad ke-18, sembilan pangkat asal mula di isi oleh lebih dari seorang pada satu-satu masa. Laksamana merah adalah pangkat tertinggi dan mula dikenali sebagai laksamana armada.
Pada November 1805, satu pangkat baru Laksamana Merah yang berada dibawah Laksamana Armada telah dicipta, pengisytiharan pada muka surat 1373 oleh terbitan 15859 London Gazette menyatakan "Baginda Raja memerintahkan Pangkat Laksamana Merah di hidupkan semula[5] dalam Tentera Laut Baginda Raja..." dan menaikkan 22 orang ke pangkat itu.[6]
Penyusunan armada British kepada skuadron berwarna dibatalkan pada tahun 1864, namun Royal Navy mengekalkan Bendera Putih. Apabila ketua profesional Royal Navy telah diberikan jawatan First Naval Lord pada tahun 1828 (dinamakan semula First Sea Lord pada 1904), pangkat laksamana armada menjadi satu lantikan kehormat bagi First Naval Lord yang bersara membolehkan lebih dari seorang laksamana armada wujud pada satu-satu masa. Adalah lazim bagi Laksamana kanan dalam senarai aktif dilantik sebagai Laksamana Armada (selepas tahun 1870 para Laksamana di wajibkan bersara pada usia 65 tahun) sama ada atau tidak dia berkhidmat sebagai First Naval Lord. Namun, tidak ada Laksamana Armada antara tahun 1854 dan 1857 (Laksamana kanan, Thomas Le Marchant Gosselin[7][8] tidak pernah berkhidmat sejak dia menjadi Kepten pada tahun1809) dan pada kematian Provo Wallis pada 1892 kenaikkan pangkat itu diberikan pada John Edmund Commerell dan bukannya Algernon Frederick Rous de Horsey yang lebih senior. Pada tahun 1914 kriteria ini disemak semula dan pada tahun 1940 Laksamana Armada dikecualikan dari persaraan wajib.[9]
Sejak tahun 1811 lima ahli kerabat Diraja British, selain raja, dan empat ahli kerabat diraja asing telah dilantik sebagai laksamana armada. Daripada kebanyakan wangsa British yang dikurniakan pangkat itu, hanya seorang, Putera Wales (kemudian Raja Edward VII) yang tidak pernah berkhidmat dalam Royal Navy.
Semasa dua Perang Dunia beberapa pegawai khidmat memegang tauliah aktif sebagai laksamana armada, serta sebagai First Sea Lord. Susulan dari penubuhan jawatan Ketua Turus Pertahanan pada tahun 1959, lima orang pegawai tentera laut dilantik ke jawatan itu menjadi laksamana armada. Sebagai mengiktiraf pengurangan saiz Angkatan Tentera British pasca–Perang Dingin, tiada lagi kenaikkan pangkat dibuat selepas tahun 1995 apabila Sir Benjamin Bathurst telah dilantik laksamana armada pada hari persaraannya sebagai First Sea Lord. Pangkat itu tidak dimansuhkan dan pada 2012 Putera Wales menjadi laksamana armada kehormat (serta Fil Marsyal dan Marsyal Tentera Udara Diraja), sebagai pengiktirafan sokongannya pada Ratu Elizabeth II selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera British. Pada tahun 2014, Lord Boyce, mantan First Sea Lord dan Ketua Turus Pertahanan, juga telah dilantik sebagai laksamana armada kehormat.[10]
Remove ads
Para Laksamana Armada
Remove ads
Lihat juga
- Panji-panji British
- Perbandingan pangkat tentera British dan A.S.
- Skuadron berwarna Royal Navy
- Perbandingan pangkat tentera
- First Sea Lord
- Lord High Admiral United Kingdom
- Lencana pangkat pegawai Royal Navy
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads