Latvia

From Wikipedia, the free encyclopedia

Latvia
Remove ads

Latvia (Bahasa Latvia: Latviya) atau nama rasmi, Republik Latvia (Latvijas Republika) ialah sebuah negara di timur laut Eropah. Latvia merupakan salah satu daripada negara-negara Baltik, bersama sama Estonia dan Lithuania yang bersempadan dengan negara ini di utara dan selatan masing-masing. Di timur pula, Latvia berkongsi sempadan dengan Russia dan Belarus.

Fakta Segera Republik Latviaريڤوبليك لاتۏيا‎Latvijas Republika, Ibu negaradan bandar terbesar ...

Pada 20 September 2003, rakyat Latvia memilih untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) dan menjadi ahli rasmi oaganisasi tersebut pada 1 Mei 2004. Latvia menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada 29 Mac 2004.

Remove ads

Penamaan

Nama Latvija berasal dari nama Latgalia kuno, satu daripada empat suku Indo-Eropah Baltik (selain Couronia, Selonia dan Semigallia) yang membentuk asas kaum Latvia moden bersama-sama orang Livonia Finn.[10]

Henry dari Latvia menciptakan perumian nama-nama "Lettigallia" dan "Lethia" keduanya-duanya berasal daripada orang Latgalia. Daripada istilah itu, beberapa variasi nama negara dalam bahasa-bahasa Romawi dari "Letonia", dan dalam bahasa-bahasa Germanik dari "Lettland".[11]

Remove ads

Geografi

Latvia terletak di Eropah Utara di kawasan pesisir timur Laut Baltik di antara latitud 55° dengan 58° U, dan longitud 21° dengan 29° T. Keluasan Latvia ialah 64,559 km2. Kawasan barat laut Latvia disempadani oleh Teluk Riga. Kebanyakan kawasan Latvia berkedudukan kurang daripada 100 meter di atas paras laut; puncak tertinggi ialah Gaizinkalns dengan ketinggian 312 meter.[12] Iklim Latvia ialah bersuhu sederhana. Kawasan pesisir Latvia cenderung memiliki iklim lautan manakala kawasan timur pula lebih cenderung terhadap iklim benua.[13]

Remove ads

Politik

Sistem politik Latvia menuruti prinsip republik demokratik berperwakilan berparlimen. Parlimen Latvia memiliki satu dewan, iaitu Saeima yang terdiri daripada 100 kerusi yang ditanding dalam pilihan raya setiap empat tahun. Presiden Latvia bertindak sebagai ketua negara serta panglima tertinggi angkatan tentera negara, dan dipilih oleh ahli-ahli Saeima setiap empat tahun. Perdana Menteri Latvia ialah ketua kerajaan negara.

Pembahagian pentadbiran

Sebagai negara unitari, Latvia terbahagi kepada 110 buah perbandaran serta sembilan buah "bandar republik" dengan pentadbiran dan dewan bandar yang tersendiri.

Ekonomi

Sebagai negara EU, masyarakat Latvia menggunakan mata wang euro sejak 2014, menggantikan mata wang Lats. Hampir kesemua sistem ekonomi negara telah mengalami penswastaan melainkan beberapa buah syarikat besar kerajaan.

Demografi

Anggaran jumlah penduduk Latvia pada 1 Januari 2020 ialah 1,908,100 orang.[14] Sejak kebelakangan ini, jumlah penduduk Latvia mengalami penurunan yang ketara dengan punca-punca utama termasuk kadar kelahiran rendah serta kadar emigrasi yang terlalu banyak;[15] jumlah penduduk Latvia mengalami penurunan paling besar dalam kalangan negara-negara EU pada 2018.[16]

Sejak berabad-abad lalu, penduduk Latvia sudah terdiri daripada kaum-kaum yang pelbagai walaupun pada abad ke-20, ada perubahan yang cukup drastik akibat Perang Dunia I dan II, repatriasi orang Jerman Baltik, Holokus, dan pendudukan Kesatuan Soviet.

Bahasa

Satu-satunya bahasa rasmi negara ialah bahasa Latvia, sejenis bahasa Balto-Slav. Selain itu, bahasa Livonia, sebuah bahasa peribumi yang hampir pupus serta bahasa Latgalia, dialek bahasa Latvia mendapat pengiktirafan dalam perundangan negara. Bahasa Rusia menjadi bahasa asing paling banyak ditutur dalam kalangan masyarakat Latvia.[17] Bahasa Inggeris juga lazim digunakan dalam bidang perniagaan dan pelancongan.

Agama

Agama Kristian merupakan agama majoriti masyarakat Latvia (kira-kira 79% penduduk), kebanyakannya tergolong dalam fahaman Lutheranisme Statistik rasmi menunjukkan bahawa terdapat 416 orang Yahudi, 319 orang Muslim dan 102 orang beragama Hindu menetap di Latvia setakat 2011. Kira-kira 21% penduduk Latvia tidak terikat dengan sebarang agama.[18]

Remove ads

Budaya

Cerita rakyat Latvia tradisional seperti tarian dari lagu-lagu rakyat sudah diketahui wujud lebih dari seribu tahun yang lalu. Lebih daripada 1.2 juta teks dan 30,000 lagu daerah telah dikenal pasti.[19]

Masakan Latvia biasanya terdiri daripada hasil pertanian, dengan daging sering hadir dalam sebahagian besar hidangan utama. Ikan umumnya dimakan disebabkan oleh kedudukan Latvia di Laut Baltik. Masakan Latvia telah dipengaruhi oleh negara-negara jiran. Bahan-bahan umum dalam masakan Latvia ditemukan secara tempatan seperti kentang, gandum, gandum, kubis, bawang, telur, dan babi. Masakan orang Latvia umumnya cukup berlemak dan menggunakan beberapa rempah.[20]

Remove ads

Lihat juga

  • Perhubungan di Latvia
  • Pelancongan di Latvia
  • Ketenteraan di Latvia
  • Pengangkutan di Latvia
  • Hubungan Luar Latvia
  • Daftar negara

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads