Lithuania
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lituania atau nama bahasa Inggerisnya Lithuania (Bahasa Lituania: Lietuva) –secara rasminya Republik Lituania (Lietuvos Respublika)– ialah sebuah negara yang terletak di timur laut Eropah. Lituania merupakan salah satu daripada negara-negara Baltik dan bersempadan dengan Latvia di utara, Belarus di tenggara, Poland di selatan dan Russia di barat daya. Ibu kotanya Vilnius.
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Lituania
Remove ads
Penamaan
Nama bahasa Inggeris Lithuania untuk nama tempat Lituania yang sebenar pada sekitar tahun 1800-an hasil salah sangka para cendekiawan Inggeris bahawa ia kata asal Yunani yang ditulis berhuruf θ theta lalu dirumikan sebagai th. Nama Lituania yang sebenar pula terbitan kata Litua (disebut [litua]) menyerap Lietuva dalam bahasa setempat;[7] ia mula terakam dalam naskhah Babad Quedlinburg berbahasa Latin bertarikh 9 Mac 1009.[8][9]
Nama Lietuva adalah kata sifat terbitan diimbuhkan -uva tetapi kata dasarnya yang asal dipertikaikan[10] sama ada dari sungai Lietava mengalir dekat Kernavė pusat kerajaan Lituania tidak jauh dari Vilnius[11][12] mahupun kelompok pahlawan setiaraja (leitis)[13] yang sekaligus menjadi asas gelaran bangsa Lituania (lietuviai) sejak abad-abad ke-14–16 terutamanya dalam bahasa Latvia yang serumpun.[14][15][16]
Remove ads
Demografi
Sejak zaman Neolitik, penduduk peribumi Lituania tidak digantikan oleh mana-mana kumpulan etnik, jadi besar kemungkinan penduduk Lituania sekarang mempunyai genetik daripada nenek moyang mereka. Penduduk Lituania tidak mempunyai perbezaan genetik yang agak ketara antara kumpulan etnik. Kajian pada 2004 mendedahkan MtDNA rakyat Lituania mirip kepada orang Slav dan Finno-Ugrik yang tinggal di utara dan timur Eropah. Kajian juga menunjukkan kromosom-Y orang Lituania mirip kepada orang Latvia dan Estonia.
Berdasarkan anggaran pada tahun 2014, kumpulan umur penduduk ialah: 0-14 tahun, 13.5% (lelaki 243,001/perempuan 230,674); 15-64 tahun: 69.5% (lelaki 1,200,196/perempuan 1,235,300); 65 tahun dan ke atas: 16.8% (lelaki 207,222/perempuan 389,345). Umur median ialah 41.2 tahun (lelaki:38.5/perempuan:43.7).
Lithuani mempunyai kadar kelahiran yang rendah; jumlah kadar kelahiran di Lituania ialah 1.59 kanak-kanak untuk setiap wanita (2015). Pada 2014, 29% kelahiran adalah dari wanita yang tidak berkahwin. Umur semasa perkahwinan pada 2013 ialah 27 bagi wanita dan 29.3 bagi lelaki.
Kumpulan etnik
Etnik Lituania mewakili sekitar lima per enam daripada penduduk negara. Berdasarkan bancian pasa tahun 2011, populasi Lituania 3,043,400, 84% daripadanya etnik Lituania yang bertutur dalam bahasa Lituania, bahasa rasmi negara. Etnik-etnik minoriti yang wujud ialah Poland (6.6%), Rusia (5.8%), Belarus (1.2%) dan Ukraine (0.5%).
Orang Poland merupakan etnik minoriti terbesar yang tinggal di tenggara Lituania. Etnik Rusia pula minoriti kedua terbesar dan tinggal di dua bandar. Mereka merupakan minoriti utama di Vilnius (14%) dan Klaipeda (28%), dan majoriti di bandar Visaginas (52%). Sekitar 3000 orang Roma tinggal di Lituania, kebanyakannya di Vilnius, Kaunas dan Paneverys; pertubuhan mereka disokong oleh Jabatan Emigrasi dan Minoriti Negara. Selama berkurun-kurun, komuniti Tatar tinggal di Lituania.
Bahasa
Bahasa rasmi ialah Bahasa Lituania, bahasa lain seperti Rusia, Poland, Belarus dan Ukraine dituturkan di bandar-bandar besar, di daerah Salcininkai dan Vilnius. Bahasa Yiddish dituturkan oleh komuniti kecil Yahudi di Lituania. Berdasarkan bancian Lituania pada 2001, sekitar 84% populasi bertutur dalam Bahasa Lituania sebagai bahasa asli mereka, 8% pula penutur Bahasa Russia dan 6% dalam bahasa Poland. Berdasarkan kajian pada 2012, 80% penduduk Lituania boleh bertutur dalam Bahasa Russia dan 38% boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan sekolah di Lituania mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing pertama, tetapi pelajar juga boleh belajar Bahasa Jerman, Perancis dan Rusia. Sekolah yang menggunakan Bahasa Rusia dan Poland sebagai bahasa pengantar juga wujud di kawasan yang diduduki oleh etnik minoriti ini.
Agama
Bancian pada 2011 menunjukkan 77.2% rakyat Lituania ialah penganut Roman Katholik. Agama ini menjadi mazhab majoriti sejak kristianisasi Lituania pada akhir kurun ke-14. Paderi-paderi memimpin pergerakan menentang rejim komunis.
Pada separuh pertama abad ke-20, fahaman Lutheran mempunyai sekitar 200,000 ahli, 9% daripada jumlah penduduk, kebanyakannya dari etnik Jerman, tetapi telah menurun sejak tahun 1945, seiring dengan perpindahan etnik tersebut. Komuniti kecil Protestant tinggal di bahagian utara dan barat negara. Penganut agama telah ditindas ketika penaklukan Soviet, ramai yang dibunuh, diseksa dan dihalau ke Siberia. 4.1% ialah Orthodoks (dianuti oleh minoriti etnik Rusia), 0.8% Protestant dan 6.1% tiada agama.
Lituania merupakan rumah kepada komuniti Yahudi sejak kurun ke-18 hingga Perang Dunia kedua. Sebelum perang,populasi Yahudi di luar Vilnius mencecah 160,000. Pada September 1939, puluhan ribu Yahudi menjadi tumpuan Lituania apabil Soviet memindahkan wilayah Vilnius dari Poland ke Lituania dan tambahan pelarian Yahudi yang tiba di Lituania ketika tempoh sebelum Jun 1941. Anggaran 220,000 Yahudi tinggal di Republik Lituania pada Jun 1941, kesemuanya dihapuskan sepenuhnya ketika Holokus. Komuniti ini berjumlah sekitar 4000 pada akhir tahun 2009.
Berdasarkan kaji selidik oleh Eurobarometer pada 2010,47% penduduk Lituania percaya kepada tuhan, 37% memberi jawapan mereka percaya kepada sesetengah perkara tentang alam ghaib, dan 12% tidak mempercayai tuhan dan alam ghaib.
Remove ads
Lihat juga
- Perhubungan di Lituania
- Pelancongan di Lituania
- Ketenteraan di Lituania
- Pengangkutan di Lituania
- Hubungan Luar Lituania
- Daftar negara
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads