Lee Chung-yong
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lee Chung-yong (Korea: 이청용; lahir 2 Julai 1988) ialah pemain bola sepak profesional Korea Selatan yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris Crystal Palace dan pasukan kebangsaan Korea Selatan.
Remove ads
Karier kelab
FC Seoul
Pada tahun 2006, dia membuat penampilan sulungnya dalam Liga K. Pada tahun 2007, Şenol Güneş menyertai FC Seoul sebagai pengurus. Pada tahun itu, Lee Chung-yong mula menembusi skuad utama, bermain dalam 15 perlawanan liga dan menjaringkan tiga gol.
Pada tahun berikutnya, dia meletakkan dirinya sebagai pemain tetap FC Seoul, bermain 22 perlawanan liga dan menjaringkan lima gol. Pada tahun 2009, Lee meneruskan aksi cemerlangnya dan membuat tiga bantuan gol ketika menentang Chunnam Dragons pada 7 Mac 2009. Pada 4 April 2009, dia menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Suwon Samsung Bluewings.
Bolton Wanderers
FC Seoul mengesahkan bahawa Lee Chung-yong telah bersetuju dengan perjanjian untuk menyertai Bolton Wanderers. Perpindahan itu disahkan pada 14 Ogos 2009.[3] Dia membuat penampilan pertamanya untuk Bolton pada 15 Ogos 2009 ketika kalah 1–0 kepada Sunderland di Stadium Reebok dan menjaringkan gol pertamanya ketika menang 2-1 ke atas Birmingham City pada 26 September. Dia dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika menentang Tottenham Hotspur, membuat bantuan gol kepada Ricardo Gardner. Dia membuat bantuan gol kepada Ivan Klasnic ketika seri 3–3 dengan Manchester City di Stadium Reebok.[4]
Pada 25 November, dia menandatangani kontrak lanjutan, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2013.[5]
Semasa perlawanan persahabatan pra-musim menentang Newport County pada 30 Julai 2011, Lee mengalami patah kaki selepas kekasaran dari Tom Miller. Pada 4 Mei 2012, Owen Coyle menolak kemungkinan Lee beraksi pada musim itu,[6] tetapi dua hari kemudian, Lee kembali beraksi ketika seri 2–2 dengan West Bromwich Albion. Pada 29 Mei 2012, ia telah disahkan bahawa Lee telah menanadatangani kontrak baru, melanjutkan tempohnya di Reebok sehingga musim 2014–15.[7]
Dia menghabiskan musim 2012-13 dengan menjaringkan empat gol dan membuat tujuh bantuan gol dalam Championship. Lee kekal dalam Championship bersama Bolton untuk musim 2013–14.
Crystal Palace
Pada 2 Februari 2015, Lee menyertai Crystal Palace dengan yuran yang tidak didedahkan.[8] Kontrak Lee berkekalan sehingga bulan Jun 2018.[9]
Remove ads
Karier antarabangsa
Pada 31 Mei 2008, Lee membuat penampilan antarabangsa pertamanya dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Jordan. Dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya menentang pasukan yang sama pada 5 September 2008.
Pada 17 Jun 2010, Lee menjaringkan gol ketika menentang Argentina dalam Piala Dunia FIFA 2010.[10] Lee sekali lagi menjaringkan gol dalam pusingan 16 menentang Uruguay dimana mereka kalah 2-1.[11]
Lee disenaraikan dalam skuad Korea Selatan untuk Piala Dunia FIFA 2014.
Remove ads
Statistik karier
- Sehingga 16 Ogos 2015
Gol antarabangsa
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads