Liechtenstein

From Wikipedia, the free encyclopedia

Liechtenstein
Remove ads

Liechtenstein (disebut [/ˈliːçtənʃtaɪn/ ]) atau nama rasminya Kerajaan Liechtenstein (Jerman: Fürstentum Liechtenstein, ˈfʏʁstəntuːm ˈliːçtənʃtaɪn , bahasa Inggeris: Principality of Liechtenstein) ialah sebuah negara mikro terletak di Eropah Barat. Ia bersempadan dengan Switzerland di barat dan selatan serta Austria di timur. Luas negara ini hanya sedikit melebihi 160 km² (kira-kira 61.7 batu persegi) manakala jumlah penduduknya dianggarkan seramai 35,000. Ibu negaranya ialah Vaduz, manakala bandar terbesarnya pula ialah Schaan.

Fakta Segera Kerajaan Liechtensteinكراجان ليختنشتاين‎Fürstentum Liechtenstein, Ibu negara ...

Liechtenstein merupakan negara berbahasa Jerman terkecil di dunia dan satu-satunya negara Alp yang keseluruhannya terletak di Banjaran Alp. Ia juga merupakan negara berbahasa Jerman yang tidak berkongsi sempadan dengan Jerman. Liechtenstein ialah sebuah negara Raja Berperlembagaan yang dibahagkan kepada 11 perbandaran. Kebanyakan kawasan permukaan bumi Liechtenstein bergunung-ganang, menjadikannya destinasi sukan musim sejuk. Sektor kewangan negara yang kukuh terletak di ibu negara Vaduz, dan dikenali dengan nama syurga cukai. Liechtenstein ialah ahli Perjanjian Perdagangan Bebas Eropah. Walau bagaimanapun, Liechtenstein bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah.

Remove ads

Geografi

Negara ini terletak di antara Switzerland (Kanton St. Gallen di barat dan Graubünden di selatan) dengan Austria (Vorarlberg) di timur. Liechtenstein berkeluasan 160 km2, menjadikan negara ini sebagai negara keenam terkecil di dunia.[4] Sungai Rhine mengalir dan membentuk sempadan barat negara. Puncak tertinggi negara ialah Grauspitz dengan ketinggian 2,599 m.

Remove ads

Politik

Negara ini mempunyai Putera Liechtenstein sebagai ketua negara. Perdana Menteri pula bertanggungjawab sebagai ketua kerajaan yang dibantu oleh empat orang kaunselor kerajaan (menteri). Kuasa legislatif adalah tertakluk pada Landtag, parlimen ekadewan yang terdiri daripada 25 kerusi dengan penggal hingga empat tahun.

Pembahagian pentadbiran

Liechtenstein dibahagikan kepada 11 buah perbandaran (gemeinde) seperti di bawah:

  • Vaduz
  • Schaan
  • Balzers
  • Triesen
  • Eschen
  • Mauren
  • Triesenberg
  • Ruggell
  • Gamprin
  • Schellenberg
  • Planken
Remove ads

Demografi

Jumlah penduduk Liechtenstein ialah 38,557 orang setakat Jun 2019. Kebanyakan daripada penduduk Liechtenstein adalah berketurunan Alamanni manakala kira-kira sepertiga penduduk negara ialah warganegara asing, lazimnya orang Eropah.[1] Bahasa Jerman ialah bahasa rasmi negara, dan kebanyakan dalam kalangan masyarakat bertutur dalam loghat Alamanni. Kristian Katolik ialah agama rasmi menurut perlembagaan negara, dan semua agama dijanjikan perlindungan dalam perlembagaan itu.[5]

Ekonomi

Liechtenstein memiliki nilai KDNK sebanyak $6.215 billion (nominal, 2018)[6] dan memiliki nilai KDNK per kapita sebanyak $165,028 setakat 2016, salah satu nilai-nilai tertinggi dunia.[7] Negara ini menjalinkan hubungan kastam dengan Switzerland dan menggunakan mata wang Franc Swiss.

Kebudayaan

Oleh kerana saiz negara yang kecil, Liechtenstein sangat dipengaruhi oleh budaya luar, terutama dari kawasan selatan Eropah berbahasa Jerman seperti Austria, Baden-Wuttemberg, Bavaria, Switzerland dan khususnya Tirol serta Vorarlberg. Persatuan Sejarah Kerajaan Liechtenstein berperanan dalam melestarikan budaya dan sejarah negara ini.

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads