Lightsum
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lightsum (Korea: 라잇썸; RR: Raitsseom; MR: Raitssŏm, biasanya digayakan sebagai LIGHTSUM), adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Cube Entertainment pada tahun 2021. Kumpulan ini terdiri dari enam orang ahli iaitu: Sangah, Chowon, Nayoung, Hina, Juhyeon dan Yujeong. Pada asalnya lapan orang ahli, Huiyeon dan Jian meninggalkan kumpulan ini pada bulan Oktober 2022. Kumpulan ini debut pada bulan 10 Jun 2021 dengan album single pertama mereka Vanilla.
Remove ads
Nama
Nama kumpulan ini, Lightsum, adalah gabungan dari kata "light (cahaya)" dan "sum (jumlah)", yang melambangkan "benda-benda yang bersinar kecil berkumpul untuk menerangi dunia, memberikan tenaga positif yang lebih besar melalui pesanan harapan".[1]
Sejarah
2017–2020: Aktiviti pra-debut
Juhyeon mengambil bahagian dalam The Unit: Idol Rebooting Project pada tahun 2017-2018 di mana dia berjaya di tempat ke-25.[2] Chowon, Nayoung dan Yujeong mengambil bahagian dalam Produce 48 pada tahun 2018 di mana mereka masing-masing berada di tempat ke-13, tempat ke-21 dan tempat ke-51.[3][4][5] Ia kemudiannya didedahkan bahawa Chowon telah dicurangi daripada barisan Iz*One, dan kedudukan terakhirnya yang sebenar ialah tempat ke-6.[6] Juhyeon kemudian mengambil bahagian dalam Dancing High pada tahun 2018, tetapi tidak lulus pusingan penilaian.[7]
Chowon berlakon dalam Bully Bad Guys dan The Dominator 3: Junior Bullies pada tahun 2020.[8]
2021–sekarang: Pengenalan, debut dengan Vanilla, Light a Wish, Into the Light, Huiyeon, Jian meninggalkan kumpulan dan Honey or Spice
Pada 15 April 2021, Cube Entertainment mengumumkan bahawa mereka akan mula mendebutkan kumpulan wanita baru, yang pertama sejak (G)I-dle pada tahun 2018.[9] Ahli-ahli kumpulan ini didedahkan secara berpasangan dari 19 hingga 22 April (mengikut urutan: Juhyeon, Sangah, Chowon, Jian, Nayoung, Huiyeon, Hina dan Yujeong).[10][11][12][13] Sebuah trailer video dengan lapan orang ahli didedahkan pada 23 April 2021.[14][15] Pada 27 Mei 2021, diumumkan bahawa kumpulan ini akan mengeluarkan album single pertama mereka Vanilla pada 10 Jun.[16] Kumpulan ini membuat debut pentas mereka di Mnet M Countdown pada 10 Jun di mana mereka mempersembahkan single debut mereka.[17]
Pada 13 Oktober 2021, kumpulan ini mengeluarkan album single kedua mereka Light a Wish dengan single utama "Vivace".[18]
Pada 24 Mei 2022, kumpulan ini mengeluarkan album mini pertama mereka Into The Light dengan single utama "Alive".[19]
Pada 25 Oktober 2022, Cube Entertainment mengumumkan Huiyeon dan Jian meninggalkan kumpulan ini dan Lightsum akan disusun semula sebagai kumpulan enam orang ahli.[20]
Pada Jun 2023, Sangah menyertai rancangan survival kumpulan wanita Mnet Queendom Puzzle sebagai peserta,[21] dia tersingkir dalam pusingan penyingkiran pertama.[22]
Pada 11 Oktober 2023, kumpulan ini mengeluarkan album mini kedua mereka Honey or Spice dengan single utama dengan nama yang sama.[23]
Remove ads
Ahli
- Sangah (상아)
- Chowon (초원)
- Nayoung (나영)
- Hina (히나)
- Juhyeon (주현)
- Yujeong (유정)
Bekas ahli
- Huiyeon (휘연)
- Jian (지안)
Diskografi
Album mini
Album single
Single
Remove ads
Videografi
Video muzik
Remove ads
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
