Lompat parti
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dalam bidang politik, lompat parti merujuk kepada perbuatan seorang ahli politik, lazimnya yang berjawatan, berpindah kesetiaan daripada satu parti politik ke parti politik yang lain. Dalam demokrasi, menukar parti lazimnya ialah proses yang sah. Kekerapan amalan lompat parti adalah berbeza mengikut negara; di sejumlah negara dengan tradisi demokrasi yang kurang maju, boleh berlaku lompat parti untuk memperoleh wang, pejabat atau-kelebihan lain. Lompat parti berlaku lebih kerap apabila sesebuah parti mengubah hala tuju politik, membentuk gabungan baru atau berpecah menjadi parti-parti serpihan. Amalan lompat parti adalah diharamkan di sesetengah negara seperti kes di India, Rusia dan Ukraine (2004-2010).[1]
Remove ads
Kelaziman
Di Malaysia
Pada 28 Julai 2022, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat lompat parti diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan dan dengan itu Malaysia juga menjadi salah satu negara yang mengharamkan 'lompat parti' atau 'parti curang'.[2]
Sejak 25 Mei 2023, 9 negeri di Malaysia telah meluluskan "Undang-undang Anti-Bertukar Parti" atau "Undang-undang Anti-Lompat Parti" untuk bahagian ADUN termasuk Sabah dan Sarawak.[3]
Remove ads
Lihat juga
- Disiplin parti
- Menyebelahi lawan
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads