Lothar Rendulic

German general From Wikipedia, the free encyclopedia

Lothar Rendulic
Remove ads

Lothar Rendulic (23 Oktober 1887 17 Januari 1971)[1][2] ialah seorang panglima kumpulan tentera darat dalam Tentera Darat Jerman semasa Perang Dunia II. Rendulic merupakan salah seorang dari tiga rakyat Austria yang naik ke pangkat Generaloberst (jeneral kanan) dalam Wehrmacht.

Fakta Segera Dr. Lothar Rendulic, Kelahiran ...

Di bicarakan di Nuremberg pada tahun 1948 dan, walaupun dibebaskan daripada tuduhan sengaja melakukan taktik bumi hangus sewaktu pengunduran dari Lapland, beliau telah disabitkan dengan kesalahan membunuh tebusan di Yugoslavia dan dipenjarakan. Selepas dibebaskan pada tahun 1951 beliau membuat beberapa penulisan.

Remove ads

Biografi

Kehidupan awal

Rendulic dilahirkan di Wiener Neustadt, Austria, kepada keluarga bangsa Croatia (ejaan nama keluarga Croatia adalah Rendulić). Bapanya Lukas adalah seorang Kolonel dalam tentera Austria-Hungary. Selepas Abitur, Lothar mempelajari undang-undang dan sains politik di universiti di Vienna dan Lausanne; pada tahun 1907, beliau dimasukkan ke Theresianische Militärakademie (kemudian dinamakan semula sebagai Kriegsschule Wiener Neustadt) di kampungnya, Wiener Neustadt. Pada bulan Ogos 1910, Rendulic telah ditauliahkan sebagai Leftenan dalam Tentera Darat Austria-Hungary dan ditugaskan ke 99. Infanterieregiment Georg I., König der Hellenen, di Vienna. Beliau kekal bersama rejimen ini pada tahun pertama Perang Dunia I sebelum dihantar ke 31 .Infanterie-Division pada tahun 1915 dan XXI.Korps pada tahun 1918.

Selepas Perang Dunia I, Rendulic mempelajari undang-undang di Universiti Vienna dan pada tahun 1920 telah dianugerahkan doktor falsafah dalam undang-undang (Dr. iur. dalam bahasa Jerman). Beliau juga menyertai tentera darat republik Austria yang baru ditubuhkan dan pada tahun 1932 menyertai Parti Nazi Austria yang diharamkan. Dari tahun 1934, Rendulic berkhidmat dalam kor diplomatik sebagai atase tentera bagi Perancis dan England dengan pejabat di Paris. Walau bagaimanapun, kerjaya tentera dan diplomatiknya yang semakin naik terputus pada tahun 1936, apabila beliau diletakkan dalam senarai tidak aktif sementara kerana keahlian awalnya dalam Parti Nazi yang dianggap tidak diingini bagi seseorang pegawai Austria dan diplomat.

Perang Dunia II

Rendulic dipanggil masuk kedalam Tentera Jerman, Wehrmacht, pada tahun 1938, selepas pengilhakan Austria kepada Jerman. Menjelang tahun 1940, Rendulic telah bertugas sebagai pemangku panglima 14. Infanterie-Division (23.6.40 - 10.10.40). Dari tahun 1940 hingga 1942, beliau adalah panglima Divisyen Ke-52. Dari tahun 1942 hingga 1943, beliau merupakan panglima Kor XXXV. Tetapi, pada tahun 1943, Lothar Rendulic diletakkan dalam bahagian simpanan.

Yugoslavia

Dari tahun 1943 hingga 1944, Rendulic bertugas sebagai panglima Tentera Darat Panzer Ke-2 semasa Perang Dunia II di Yugoslavia. Pada awal tahun 1944, Führer Adolf Hitler mengarahkan Rendulic merangka suatu rancangan untuk menangkap pemimpin partisan Yugoslavia Josip Broz Tito. Dalam paduan serangan di Drvar pada 25 Mei 1944, askar payung terjun Jerman menyerbu ibu pejabat Partisan di Drvar (barat Bosnia) untuk mencari Tito dan hampir-hampir menangkap beliau.

Finland dan Norway

Selepas kematian Jeneral Dietl pada bulan Jun 1944, Rendulic bertugas sebagai panglima Tentera Darat Gunung Ke-20 dan juga panglima tentera Jerman yang ditempatkan di Finland dan Norway. Ia sering menyatakan bahawa Rendulic dalam bulan Oktober 1944 mengarahkan bandar Finland iaitu Rovaniemi dibakar kerana membalas dendam terhadap Finland yang telah membuat perdamaian yang berasingan dengan Kesatuan Soviet. Rendulic sebenarnya mengarahkan bangunan awam Rovaniemi dimusnahkan manakala harta persendirian orang Finland dikosongkan. Sewaktu pengawal tempatan Jerman sedang membuat kemusnahan, kereta api peluru di stesen Rovaniemi meletup dan membakar rumah-rumah kayu bandar tersebut. Tentera Jerman mengalami banyak kecederaan, terutamanya daripada serpihan kaca. Ironinya, satu unit komando Finland mendakwa telah meletupkan kereta api peluru dan ini telah menjadi punca utama kehancuran bandar tersebut. Puncanya tidak diketahui dan secara amnya dianggap cubaan sengaja Rendulic.

Barisan Timur

Thumb
Lothar Rendulic (kanan) dan Karl Weisenberger (Disember 1944)

Pada tahun 1945, Rendulic bertugas sebagai panglima Heeresgruppe Kurland (Kumpulan Tentera Darat Courland) di Barisan Timur. Pada masa ini, Kumpulan Tentera Darat tersebut telah benar-benar terputus dalam Kepungan Courland. Tidak lama selepas itu, Rendulic berkhidmat sementara sebagai panglima Heeresgruppe Nord (Kumpulan Tentera Darat Utara, ketika itu terletak di utara Jerman), sebelum kembali memerintah Kumpulan Tentera Darat Courland (memperjuangkan saki baki Latvia), dan akhirnya memerintah Heeresgruppe Sud (Kumpulan Tentera Darat Selatan, kemudian dinamakan semula Heeresgruppe Ostmark, di Austria dan Czechoslovakia).

Pada 7 Mei 1945, sewaktu Serangan Prague, Lothar Rendulic, bersama Kumpulan Tentera Darat Ostmarknya menyerahkalah kepada elemen-elemen Tentera A.S. di Austria.

Pemenjaraan dan kematian

Selepas penyerahannya, Lothar Rendulic telah ditahan dan dibicarakan sebagai penjenayah tentera dalam "perbicaraan tebusan" di Nuremberg, kerana penglibatan beliau dalam serangan Wehrmacht ke atas orang awam di Yugoslavia dan dasar bumi hangus di Lapland. Pada 19 Februari 1948 beliau telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua puluh tahun, walapun beliau telah dibersihkan daripada tuduhan memusnahkan (bumi hangus) Lapland. Hukuman ini kemudiannya dikurangkan kepada sepuluh tahun, dan pada 1 Februari 1951 Rendulic dibebaskan dari penjara tentera di Landsberg am Lech dalam Bavaria.

Selepas dibebaskan, beliau bekerja sebagai seorang penulis dan terlibat dalam politik tempatan di Seewalchen am Attersee, di Salzkammergut wilayah Austria. Beliau meninggal dunia di Fraham berhampiran Eferding, Austria, pada 17 Januari 1971.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada 4 September 1916 Rendulic mengahwini Nella Zöbl.

Ringkasan kerjaya tenteranya

Tarikh kenaikkan pangkat

Anugerah kebesaran

Anugerah Tarikh Negara
Lencana Cedera with one stripe tidak diketahui  Austria-Hungary
Karl Troop Cross, 3rd Class with War Decoration and Swords tidak diketahui  Austria-Hungary
Order of the Iron Crown, 3rd class tidak diketahui  Austria-Hungary
Military Merit Medal, in bronze and silver on the Ribbon of the Bravery Medal with Swords tidak diketahui  Austria-Hungary
Military Merit Cross, 3rd class on the Ribbon of the Bravery Medal with war decoration and Swords tidak diketahui  Austria-Hungary
Iron Cross (1914), Kelas 1 dan 2 tidak diketahui  Empayar Jerman
Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang Knight Cross pada 6 Mac 1942 sebagai Generalleutnant dan panglima 52. Infanterie-Division[3]
Daun Oak Ke-271 pada 15 Ogos 1943 sebagai General der Infanterie dan panglima XXXV. Armeekorps[3]
Pedang Ke-122 pada 18 Januari 1945 sebagai Generaloberst dan panglima 20. Gebirgsarmee[3]
 Jerman Nazi
Lencana Iron Cross (1939) Kelas Kedua pada 20 September 1939[4]
Kelas Pertama pada 10 Oktober 1939[4]
 Jerman Nazi
German Cross warna Emas 26 Disember 1941 sebagai Generalmajor dan panglima 52. Infanterie-Division[5]  Jerman Nazi
Pingat Barisan Timur 1942  Jerman Nazi
Pingat Kehormatan Pejuang tidak diketahui  Jerman Nazi
Penglilit lengan bertulis ''Kurland'' 1945  Jerman Nazi
Lambang Perisai Lappland 1945  Jerman Nazi
Lencana Cedera warna Hitam tidak diketahui  Jerman Nazi
Lencana Emas Parti 19 September 1944  Jerman Nazi
Nama Rendulic disebut empat kali dalam Wehrmachtbericht 6 Jun 1944, 28 Disember 1944, 14 Mac 1945 and 9 Mei 1945  Jerman Nazi
Remove ads

Buku-buku yang ditulis oleh Lothar Rendulic

  • Rendulic, L: Gekämpft, gesiegt, geschlagen. (Fought, victorious, vanquished) Welsermühl Verlag, Wels and Heidelberg, 1952. 384 p.
  • Rendulic, L: Glasenbach - Nürnberg - Landsberg. Ein Soldatenschicksal nach dem Krieg (A soldier's fate after the war), Leopold Stocker Verlag, Graz, 1953. 222 p.
  • Rendulic, L.: Die unheimlichen Waffen : Atomraketen über uns. Lenkwaffen, Raketengeschosse, Atombomben (Monstrous weapons: atomic rockets over us. Guided weapons, rockets, atom bombs) 1957
  • Rendulic, L: Weder Krieg noch Frieden. Eine Frage an die Macht. (Neither war nor peace. A question to the powers) Welsermühl Verlag, Munich and Wels, 1961. 250 p.
  • Rendulic, L: Soldat in stürzenden Reichen. (Soldier in falling empires) Damm Verlag, Munich 1965. 483 p.
  • Rendulic, L.: Grundlagen militärischer Führung, 1967
  • Rendulic, L: Aus dem Abgrund in die Gegenwart. (From the abyss to the present) Verlag Ernst Ploetz, Wolfsberg, 1969. 259 p.
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads