Luna Fantasiku
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Luna Fantasiku ialah sebuah siri drama Internet yang disiarkan di gua.com.my selepas berakhirnya Kerana Karina 2. Siri drama ini merupakan percubaan sulung Aziz M. Osman di platform hiburan Internet setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia hiburan.[1] Barisan pelakon utama siri drama yang diilhankan dari seni anime ini semuanya merupakan wajah-wajah serba baru, iaitu Sahee Shamsudin, Miera Leyana, Samsul Ariffin Muktar, Scha Al-Yahya dan Shahz Jaszle.
Remove ads
Sinopsis
Luna Fantasiku mengisahkan pencarian Midus untuk seorang kekasih yang mirip watak wanita utama di dalam anime kegemarannya. Kehidupan Midus terumbang-ambing apabila kekasih hatinya, Sarah, memutuskan hubungan mereka apabila wujud orang ketiga. Sebagai seorang animator, dunia Minus lebih cenderung ke arah legar siber lantar menimbulkan kesunyian yang menyebabkan dirinya ingin mencari kekasih baru. Kerana minatnya yang mendalam kepada anime Final Fantasia, Midus nekad mencari seorang yang mirip Luna, salah seorang watak utama di dalam anime kegemarannya itu. Keputusan Midus mendapat sokongan mantap daripada sahabat karibnya, Nico. Usaha menemui kekasih idamannya di laman web GUASPACE disulami pelbagai insiden yang melucukan. Tetapi akhirnya Midus berjaya menemui seorang gadis yang juga bernama Luna. Namun, percintaan mereka yang baru memutik diganggu apabila Sarah muncul kembali dalam kehidupan Midus. Dugaan Midus ditambah apabila Luna terpaksa pulang ke Singapura atas urusan keluarga.[2]
Remove ads
Watak
- Midus (Sahee Shamsudin)
- Watak utama siri Luna Fantasiku. Mula-mulanya, dia bekerja sebagai animator di Singapura, tetapi setelah diberhentikan kerja atas sebab ekonomi, dia berpindah kembali ke Kuala Lumpur untuk mengambil kerja pelukis komik. Midus asyik mengidam-idamkan teman wanita yang seayu watak Luna dari siri anime Final Fantasia, sehingga pada suatu hari hajatnya tertunai apabila bertemu dengan gadis seayu watak anime tersebut yang kebetulan namanya Luna. Nama Midus dipetik dari "Tidus", seorang watak permainan video Final Fantasy X; begitu juga dengan nama Final Fantasia sendiri yang diilhamkan oleh nama siri permainan video berkenaan.
- Luna (Miera Leyana)
- Gadis Singapura yang menepati ciri-ciri wanita yang diidamkan Midus. Pertama kali mereka bertemu di Singapura masa Midus baru kehilangan kerja, mereka belum saling berkenalan lagi. Sejak itu, Midus berhubung dengan seorang bernama "Luna" melalui GUASPACE tanpa menyedari memanglah dia itu Luna yang pernah ditemuinya di Singapura dahulu, sehingga mereka bertemu di KL atas janji yang diluahkan di ruang siber, lalu semakin rapat sesama sendiri. Luna diilhamkan oleh Yuna dari Final Fantasy X.
- Nico (Samsul Ariffin Muktar)
- Kawan karib Midus yang "lurus bendul" kerana terlalu mudah percaya orang di ruang siber tanpa meneliti siapa mereka yang sebenar. Dialah yang memperkenalkan GUASPACE kepada Midus di mana Midus berhubung dengan Luna sebelum jatuh hati kelak.
- Sarah (Scha Al-Yahya)
- Bekas teman wanita Midus yang materialistik sampai sanggup berpecah dengannya agar bersama Fendi di awal siri, tetapi setelah hubungannya dengan Fendi kian renggang, dia cuba menawan kembali hati Midus pula, padahal Midus tengah bercinta dengan Luna.
- Fendi (Shahz Jaszle)
- Watak jahat siri ini yang disifatkan mementingkan diri sendiri. Dia pernah memikat Sarah untuk satu tempoh yang singkat.
Remove ads
Penerbitan
Drama Luna Fantasiku banyak menampakkan usnur siber dan pengaruh manga dan anime (komik dan animasi Jepun). Kata Aziz, mula-mulanya beliau ragu-ragu untuk membikin drama Internet, tetapi setelah melakukan penyelidikan barulah beliau lebih yakin untuk membuat karya sedemikian. Tambahan pula, skrip yang diterimanya cukup menarik kerana beliau dan anaknya amat meminati manga. Luna Fantasiku ditulis oleh Khairul Shah Hassan, yang juga bekerja sebagai seorang eksekutif transkoder di Alt Media. [1]
Dengan penggabungan beberapa efek khas, penonton bakal menikmati sepenuhnya drama yang diolah secara kreatif. Tambah Aziz lagi, “Amat mudah bagi penonton untuk menghayati karakter-karakter yang terdapat dalam Luna Fantasiku kerana karakter-karakter ini menggambarkan aktiviti remaja masa kini yang cenderung dengan cyber-chatting, pesanan ringkas SMS dan juga temu janji siber.”[3]
Episod
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads