Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer

Pengorbit qamari. From Wikipedia, the free encyclopedia

Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer
Remove ads

Kapal angkasa lepas Lunar Atmosphere and Dust Environment Explorer (LADEE)[7]) (Pengembara Atmosfera dan Persekitaran Habuk Qamari) ialah sebuah misi pengembaraan qamari dan demonstrasi teknologi yang diketuai Pusat Penyelidikan Ames NASA dengan kerjasama Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard. Ia dilancarkan dengan menggunakan roket Minotaur V dari Mid-Atlantic Regional Spaceport pada 7 September 2013.[8] Sepanjang misinya selama tujuh bulan, LADEE mengorbit mengelilingi khatulistiwa Bulan dan menggunakan peralatannya bagi mengkaji eksosfera qamari dan habuk yang terdapat dekat dengan Bulan. Peralatan-peralatan yang digunakan termasuk pengesan habuk, spektrometer jisim neutral, spektrometer ultraungu boleh lihat dan juga sebuah demonstrasi teknologi, iaitu sebuah terminal komunikasi laser (lasercomm).[9] Misi ini berakhir pada 18 April 2014, apabila pengawal kapal angkasa ini dengan sengaja menjatuhkan LADEE ke sisi jauh Bulan.[10][11]

Fakta Segera Jenis misi, Pengoperasi ...
Thumb
Pada saat fajar dan senja, anak-anak kapal Apollo melihat cahaya dan sinaran di atmosfera Bulan.[6] Lakaran Apollo 17 ini menunjukkan sinaran senja yang penuh misteri.
Remove ads

Objektif

LADEE ialah sebuah misi strategik yang direka menangani tiga matlamat sains utama:[12]

  • Menentukan kemampatan tuntas, rencaman dan kebolehubahan mengikut masa eksosfera qamari yang halus sebelum ia diusik lagi oleh aktiviti manusia;
  • Menentukan sama ada apa yang dilihat angkasawan Apollo, iaitu pancaran baur yang dilihat berpuluh kilometer di atas permukaan Bulan itu bara natrium ataupun habuk dan;
  • Mencatatkan persekitaran penghentam habuk (saiz-kekerapan) bagi membantu kejuruteraan seni bina buat pangkalan terpencil dan juga misi-misi robot pada masa mendatang.

dan satu matlamat demonstrasi teknologi:

  • Menunjukkan komunikasi laser dua hala dari orbit qamari.[13]
Remove ads

Galeri

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads